Membaca buku merupakan sesuatu yang sukar bagi kebanyakan pekerja gomen. Membaca buku tidak termasuk di dalam kategori membaca akhbar, surat, minit mesyuarat, majalah picisan, email, diari mahupun membaca slip gaji.
Oleh itu, satu kaedah yang diambil agar pekerja gomen membaca buku (secara terpaksa) ialah dengan mengadakan satu peperiksaan. Peperiksaan ini pula hendaklah dijadikan syarat untuk menaikkan apa-apa yang patut agar semua pekerja gomen akan rajin membaca buku.
Maka diwujudkanlah peperiksaan PTK dan dijadikan syarat untuk naik gaji dan naik pangkat.
Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan buku bertajuk Buku Panduan Diplomatik untuk rakan-rakan di Wisma Putra iaitu Pegawai Diplomatik.
Semoga dengan adanya buku ini dapat dijadikan panduan bagi Pegawai Diplomatik untuk lebih berani berdepan dengan cabaran dari negara luar.
Bacalah...bacalah...bacalah
Friday, December 28, 2007
Buku untuk diplomat
Posted by Civil Servant @ 16:27 0 comments
Sunday, December 23, 2007
Hadiah Latihan Persekutan bagi Para Pendidik
Kepada para pendidik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, permohonan biasiswa bagi HLP tahun 2008 telah pun dibuka. Tawaran ini hanyalah kepada para pendidik yang sedang berkhidmat sahaja dan terhad kepada bidang-bidang seperti yang dinyatakan.
Posted by Civil Servant @ 12:43 0 comments
Friday, December 14, 2007
Konvensyen Tritahunan Cuepacs ke 24
Ucapan Tuan Haji Omar Osman, Presiden Cuepacs.
Didalam ucapan beliau, 75% daripada 1.2 juta penjawat sektor awam telah melakukan anjakan perkhidmatan terbaik. Kakitangan sektor awam yang berilmu dan pemikiran yang baru merupakan matlamat kearah wawasan 2020 selain memantapkan dan memperkasakan kakitangan sektor awam dibawah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Tidak ramai yang mengetahui bahawa perjuangan kesatuan sebenarnya adalah seiring atau menjadi rakan kongsi kerajaan di mana secara tidak langsung telah diiktiraf sebagai wakil kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam menyalurkan sebarang tuntutan atau rasa ketidakpuasan mereka.
Konvensyen Tritahunan ini diadakan bagi menilai kerja-kerja dan aktiviti CUEPACS sepanjang tiga tahun dan ia juga turut menilai usaha dilakukan terhadap isu-isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang hangat diperkatakan dan perlanjutan tempoh pesaraan oleh semua kakitangan kerajaan pada masa ini. Ia juga diharapkan dapat memantapkan perjuangan kesatuan-kesatuan sektor awam agar nasib pekerja akan terbela melalui saluran perundingan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Posted by Civil Servant @ 17:43 0 comments
Tuesday, November 27, 2007
Aduan Terus Ke KSU
Kepada orang awam yang ingin membuat aduan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui kenyataan akhbarnya menyeru agar orang ramai menghantar maklumat atau aduan kementerian itu secara terus kepada KSU dan TKSU kementerian tersebut melalui e-mel.
Diulangi... e-mel sahaja.
Orang ramai kini boleh menghantar e-mel terus kepada Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Musa Muhamad di alamat musmad@mecd.gov.my, Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Mohd Hashim Abdullah (hashim@mecd.gov.my) ataupun Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Alwi Ibrahim (alwi@mecd.gov.my), menurut kenyataan kementerian itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
Katanya orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan, pertanyaan atau untuk mendapat maklumat mengenai agensi dan bahagian yang bernaung di bawah kementerian itu.
Ia termasuk mengenai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), SME Bank Berhad, Yayasan Tekun Nasional, Kumpulan Bank Pembangunan, UDA Holding Berhad, Maktab Kerjasama Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.
Posted by Civil Servant @ 15:15 0 comments
Thursday, November 22, 2007
Anugerah Penyapu PBT dan PTD HS
Cuepacs secara jelas tidak bersetuju dengan anugerah tersebut yang disifatkan terlalu 'menghina' serta mengaibkan pekerja gomen. Menteri KeKKWA juga mengulas perkara ini dan juga tidak bersetuju serta mencadangakan agar kaedah lain diguna pakai untuk mengatasi perkara ini.
Apakah punca yang menyebabkan anugerah 'Penyapu' dirangkul oleh dua agensi di Hulu Selangor itu. Bukan kerana tidak menjawab panggilan telefon, bukan kerana pasukan PBTnya tidak berjaya ke Liga-M, bukan kerana gerai sate dibiarkan dibina secara haram, bukan kerana ada kilang haram yang membuang sisa di sungai dan macam-macam bukan lagi.
Sebabnya adalah kerana kutipan hasil cukai yang tidak mencapai sasaran. Itu sahaja... Untuk mengatakan kutipan cukai merupakan indikator kepada keseluruhan prestasi sesuatu agensi tentunya adalah tidak tepat. Kutipan cukai merupakan salah satu daripada banyak lagi tugas utama agensi di peringkat negeri.
Isu yang dibangkitkan oleh banyak pihak adalah mengenai item 'penyapu' tersebut. Penyapu itulah yang menjadi topik hangat mengenai anugerah tersebut. Mungkin jika penyapu itu ditukar kepada benda-benda lain, maka benda lain itu pulalah yang akan dibahaskan. Tak apalah, kita lupakan penyapu, lupakan ular, atau pun anugerah tukang angguk.
Mengikut MB yang pernah merasakan adanya 'pembohongan terancang' ini, mana-mana pekerja gomen yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan dibersarakan ataupun ditawarkan VSS. Ini mungkin kerana beliau mungkin sudah menyedari agensi kerajaan di negerinya tidak menunjukkan mutu seperti yang diharapkan. Seorang Timbalan Menteri juga pernah mengatakan bahawa adanya operasi seperti 'kongsi gelap' di agensi peringkat negeri.
Lantas timbul pula pertanyaan, jika mutu yang diberikan tidak menunjukkan prestasi yang baik, tetapi mengapa semasa Anugerah Khidmat Cemerlang begitu ramai penerimanya? Agaknya inilah yang muncul dibenak fikirannya selaku MB.
Jika prestasi agensi-agensi dinegerinya masih belum mencukupi, mengapa Ketua-Ketua Jabatan dapat pula kenaikan pangkat?
Ini kerana Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor juga merupakan penerima anugerah 'Penyapu' tersebut dan siapakan D.O Hulu Selangor pada tahun 2006? D.O tersebut telah dapat naik pangkat dan hanya memerhatikan dari jauh sahaja anugerah tersebut. Tidakkan beliau merasa bertanggungjawab terhadap prestasi agensi yang dipimpinnya?
Namun bagi mereka yang tahu bahawa kenaikan pangkat mereka bukan bersandarkan prestasi, itu semua merupakan perkara kedua. Situasi dasar sumber manusia di peringkat negeri juga harus diperbaiki.
Posted by Civil Servant @ 18:08 0 comments
Thursday, November 15, 2007
Kajian Laman Web Kerajaan
Satu kajian untuk mengenalpasti portal dan laman web kerajaan Malaysia sedang dijalankan oleh MDec. Berikut adalah antara tujuannya,
Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah untuk mengukur tahap penggunaan perkhidmatan agensi Kerajaan dalam usaha meningkatkan ketelusan serta memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Kajian tertumpu kepada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan agensi-agensi terlibat melalui portal/laman web kepada orang ramai.
Maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan hasil kajian akan digunakan untuk laporan dalaman sahaja.
Sukacita jika anda semua dapat bersama-sama mengambil bahagian di dalam kajian tersebut dan klik di sini.Posted by Civil Servant @ 17:59 1 comments
Friday, November 2, 2007
JPA jawab DG41
Mengikut pekeliling ini, guru-guru berkenaan layak untuk menerima hadiah satu pergerakan gaji di gred DG41.
Secara umumnya JPA mengiktiraf akan wujudnya kelemahan di dalam dasar sebelum ini lalu mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Walaupun demikian, saya percaya kira-kira 8000 guru yang terlibat dari DGA29 ke DGA41 serta bakal guru-guru yang ingin menyambung pelajaran akan melihat keputusan ini tidak memberikan apa-apa pemangkin kepada dasar sedia ada. Cuba kita lihat,
i.Kenaikan tahunan DGA29 ialah RM65.04
iii.Kenaikan tahunan DG41 ialah RM90.45
Secara umumnya guru perlu menunggu tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sebelum boleh dinaikkan pangkat. Bagi yang naik ke gred DGA32 dan DGA38, mereka tidak akan kehilangan tempoh 'time based' berbanding dengan yang dinaikkan ke DG41.
Oleh itu, saya percaya lebih ramai yang bersedia untuk ke DGA32 dan seterusnya ke DGA38 berbanding ke DG41 memandangkan pulangan yang lebih menarik. Cuba lihat pula kepada seseorang yang telah berkhidmat selama 4 tahun (tempoh yang agak cepat), kemudian menerima tawaran melanjutkan pelajaran selama 4 tahun lagi, menjadikan tempoh keseluruhannya ialah 8 tahun. Harus diingat bahawa sepanjang tempoh cuti belajar tersebut mereka hanya mendapat separuh gaji dan jika gajinya di P1T4, maka separuh gaji bermakna RM800.42. Selepas tamat, barulah boleh dilantik ke DG41 dan tempoh 'time based' semasa di DGA29 tidak dikira. Mereka perlu menunggu 10 tahun lagi untuk memohon ke DG44 menjadikan tempohnya 18 tahun.
Gaji P1T10 DG41 ialah 2509.90,
Gaji P1T8 DGA32 ialah 3104.23,
Gaji P1T18 DGA29 ialah 2544.66.
Jika mengikut sistem sekarang, guru-guru menyambung pengajian di OUM secara sambilan setelah selesai kursus selama setahun di IPG. Ini bermakna mereka perlu bekerja sambil belajar serta tidak mendapat cuti belajar.
Kelemahan kecil di dalam sistem tangga gaji ini hanya akan menyebabkan moral serta semangat modal insan untuk meningkatkan taraf kelulusan kurang berkesan. Keputusan yang dibuat oleh JPA walaupun memberi sedikit insentif, saya percaya tidak mencapai matlamatnya.
Posted by Civil Servant @ 18:29 2 comments
Monday, October 29, 2007
Pensyarah Matrikulasi
Kepada guru-guru yang ingin memohon untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi, bolehlah merujuk kepada laman web Kementerian Pelajaran atau di sini. Tarikh tutup ialah 15 Disember 2007. Permohona ini hanya untuk guru-guru yang sedang berkhidmat sahaja kerana ini merupakan jawatan kanan.
Untuk permohonan guru lantikan baru, prosesnya adalah seperti yang sedia ada.
Selamat Memohon.
Posted by Civil Servant @ 12:12 0 comments
Tuesday, October 16, 2007
Cerita TKSU MOSTI
Dipetik daripada laman web TranungKite dan juga ada disiarkan di blog ini. Hasil rujukan di laman web MOSTI, profile TKSU ini adalah seperti berikut:
Jika untuk membodek, itu mungkin ada berlaku lebih-lebih lagi daripada pihak atasan Kementerian. Angguk-angguk geleng-geleng.
Posted by Civil Servant @ 18:03 2 comments
Angkasawan Negara ialah Pekerja Gomen
Kedua-dua mereka membuktikan bahawa pekerja gomen bukan terdiri daripada calang-calang orang. Bukan seorang tetapi dua orang yang menjadi calon akhir peserta angkasawan negara. Seorang berkhidmat di HUKM manakala seorang lagi merupakan anggota tentera.
Seperti yang telah dinyatakan di sini, ramai di kalangan pekerja gomen sebenarnya terdiri daripada mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan. Kedua-dua mereka ini telah membuktikan perkara ini jika diberikan peluang. Cuma pekerja gomen yang berkebolehan dan berkeupayaan ini tidak dapat menunjukkan keupayaan mereka di dalam sektor awam disebabkan oleh perkara-perkara tertentu. Tetapi saya yakin dan percaya, jika padang rata yang dihamparkan di dalam sektor awam, sektor awam akan berkembang maju dengan lebih pesat. Padang rata ini tentulah tidak mengehadkan kepada skim-skim tertentu sahaja untuk memonopoli peluang-peluang tertentu.
Berbalik kepada program Angkasawan Negara, ada pandangan daripada beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan program ini. Dengan mengatakan kos tinggi yang dibelanjakan iaitu sebanyak RM95 juta. Dengan RM95 juta memang macam-macam lagi yang boleh dibelanjakan di negara kita ini. Tapi sebenarnya juga bukan mudah untuk memohon sesebuah negara mengizinkan warganegara lain menggunakan kemudahan yang telah dibangunkan dengan begitu teliti dan penuh rahsia. Kemudahan angkasa lepas tersebut daripada latihan, peralatan, stesen perlepasan, teknologi, stesen angkasa lepas dan berbagai lagi yang tidak terjangkau oleh negara yang baru 50 tahun merdeka.
Tentu kita memerlukan satu jalan pintas untuk menyelami rahsia angkasa lepas dan dengan cara ini diharapkan ia dapat menjadi pemangkin kepada generasi seterusnya untuk menarik minat mereka. Saya juga mengharapkan jika ada program seterusnya, pihak berkenaan dapat mengambilkira kos yang telah banyak diperkatakan ini.
Mengenai eksperimen yang dijalankan di angkasa tersebut, kelebihan dan kepentingan eksperimen ini akan hanya terjawab dengan hasil keputusan yang akan dibawa balik oleh Sheikh Muszaphar. Pihak yang tidak mengetahui akan cepat melatah dengan mengatakan eksperimen ini tidak membawa manfaat kepada negara.
Sebelum mengatakan sedemikian, eksperimen ini dilakukan di angkasa lepas untuk mendapatkan tindakbalas yang bakal berlaku terhadap diri angkasawan, barah, protein dan bakteria semasa di dalam keadaan mikrograviti.
Jika didapati hasilnya positif, langkah seterusnya dapat diteruskan dengan melaksanakan kajian di bumi di dalam persekitaran mikrograviti. Untuk menyediakan persekitaran mikrograviti ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu, kajian tersebut boleh dijadikan sebagai kajian awal pengesanan sel di dalam keadaan mikrograviti ini. Banyak kemungkinan boleh berlaku di dalam keadaan mikrograviti tetapi itu cerita lain.
Mengenai istilah tersebut, boleh rujuk di wiki. Secara umumnya, seseorang yang sedang mengikuti pengajian di universiti tidak akan digelar siswazah jika belum menerima ijazah di majils konvokesyen. Begitu juga jika belum menamatkan ekspedisi di angkasa lepas, tentulah belum boleh dikatakan sebagai angkasawan. Selepas ini tentulah istilah angkasawan atau cosmonaut akan menjadi lebih tepat.
Akhir sekali, gambar di atas menunjukkan negara yang telah menghantar warganegaranya ke angkasalepas.
Posted by Civil Servant @ 13:42 0 comments
Friday, October 12, 2007
PATI Tidak RELA
Dengan melihat kepada skop tugasnya ia lebih kepada kerja-kerja pasukan beruniform yang berteraskan 'separa-penguatkuasa'. Namun begitu ia mempunyai akta yang tersendiri. Ada pihak yang mahu ianya dibubarkan, ada yang sudah bosan dan terus menyalahkan Ketua Pengarahnya, negara jiran juga sudah tidak tahan lagi sehingga mahu kerajaan memperbetulkan agensi yang satu ini. Ternyata agensi ini bermasalah. Itu yang telah dizahirkan. Mungkin boleh dikatakan ianya adalah kes terpencil jika hanya satu dua isu yang berlaku tetapi jika sudah berbilang isunya, seharusnya ada yang patut risau.
Di dalam sektor awam, RELA ini agak unik sedikit kedudukannya. Ini kerana sebahagian besar anggota RELA adalah merupakan sukarelawan dan bukannya pekerja gomen yang tetap atau kontrak. Pekerja gomen yang tetap juga ada tetapi jumlahnya adalah kecil dan tidak seramai anggota RELA. Oleh kerana ramainya anggota RELA ini, maka satu langkah bersepadu dalaman perlu diambil untuk menangani perkara ini.
Tidak sukar untuk saya bersetuju bahawa organisasi RELA ini bermasalah. Organisasi ini perlu diperbetulkan. Rombak organisasi ini dan meletakkan orang yang layak untuk menerajuinya. 'Ikan yang busuk bermula dari kepalanya.' Bagi organisasi yang beruniform ditambah pula bersangkutan dengan keselamatan negara, sepatutnya Ketua Pengarahnya pun memiliki pengalaman dan kepakaran di dalam hal ehwal ini.
Saya tidak dapat lari dari mengatakan ini sekali lagi isu asas iaitu isu sumber manusia. Ini bukan sepenuhnya kesilapan KP RELA ini. Ini kesilapan organisasi yang menguruskan kenaikan pangkat 'kawan-kawan'nya. Jika meletakkan yang bukan ahli pada tempatnya, tunggulah kebinasaan. Ini perkara asas untuk memperbaiki RELA.
Seterusnya pemantapan di peringkat ibu pejabat RELA dahulu harus diambil sebelum koordinasi diperingkat negeri sebagai langkah selanjutnya. Dengan ahli yang ramai, kaedah sekarelawan ini masih boleh diteruskan cuma pemilihan sukarelawan perlu diperketat serta latihannya diperkemas. Penekanan terhadap disiplin diambil kira dan kadar elaun dikaji jika perlu untuk menarik pelbagai lapisan masyarakat aktif di dalamnya.
Oleh kerana isu RELA ini telah melangkaui sempadan negara, ia harus diberi perhatian teliti oleh pihak tertinggi kerajaan. Kasihanilah rakan-rakan di Wisma Putra yang terpaksa memberikan perhatian pula kepada isu RELA ini. Banyak lagi isu ASEAN yang lebih penting yang perlu diberi perhatian oleh mereka.
Posted by Civil Servant @ 19:03 0 comments
Thursday, October 11, 2007
Sekadar Pekerja Gomen
Mengikut kata KSN, mereka-mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan. KSN merujuk kepada Laporan Audit Negara 2006 yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu yang bersalah akan dikenakan tindakan. Ini lumrah dan biasa serta tidak ada apa-apa kejutan. Tak perlu ditanya KSN untuk mendapatkan jawapan tersebut, tanya orang ramai pun boleh mendapat jawapan yang sama.
Kali ini beliau ada memberikan satu lagi cadangan. Bukan...bukan pasal VSS itu lagi. Kali ini cadangannya lebih bernas. Mulai tahun depan, beliau mencadangkan agar Laporan Audit mengandungi tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil terhadap teguran audit tahun sebelumnya. Ini kerana sebelum ini, tiada kaedah khusus bagi memastikan samada organisasi-organisasi yang ditegur telah membetulkan atau membaiki mengikut teguran audit.
Walaupun demikian, seperti yang diketahui pekerja gomen kebanyakannya hanya melaksanakan tugas megikut arahan. Lebih-lebih lagi kepada pekerja gomen yang bertaraf biasa sahaja. Bagaimana pula jika ada arahan daripada pihak atasan yang lantas terpaksa dituruti walaupun membelakangkan prosedur. Perkara ini perlu juga diberi perhatian oleh pihak KSN jika pekerja gomen tersebut dapat membuktikannya.
Sekadar contoh, disertakan surat (ihsan Malaysia Today) yang adakalanya diterima oleh organisasi kerajaan. Perkara ini juga memang mengganggu tugasan seharian. Berbalik kepada teguran audit, ingin juga kita ketahui apakah tindakan yang akan diambil oleh KSN jika kes yang dinyatakan melibatkan sama orang-orang politik?
Jika merujuk kepada kes di KBS, perkara ini membabitkan rundingan terus. Penganugerahan rundingan terus ini mestilah melalui MOF. Untuk mendapatkan rundingan terus, banyak modal diperlukan. Wah...nampaknya banyak pihak perlu diselidiki jika mahu diperhalusi perkara ini. Tetapi jika mahu mengambil jalan mudah, 'kambinghitam' saja yang dua orang itu!
Posted by Civil Servant @ 18:11 0 comments
Sunday, October 7, 2007
Boikot barangan mahal
Namun 'orde' kali ini agak berbeza dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi. Harga barang yang meningkat mula terasa semenjak bermula musim bulan ramadan. Ianya dikejutkan dengan harga ayam yang diistiharkan naik.
Sebenarnya sudah banyak harga barangan yang naik tetapi tidak diwar-warkan kerana mungkin bukan barang kawalan. Sebagai contoh, harga susu pekat sudah mencecah RM 2.30 sedangkan harga sebelum ini ialah RM1.90. Itu belum dikira harga lampin pakai buang, susu bayi, makanan di pasar ramadan dan banyak lagi.
Salah satu cara yang selalu disebut-sebut ialah berbelanja dengan bijak. Untuk berbelanja dengan bijak memerlukan pengguna yang bijak. Pengguna yang bijak ialah pengguna yang menggunakan kuasa membeli secara teratur dan berorganisasi. Langkah Cuepacs dan MTUC menganjurkan program boikot perlu disokong. Bukannya dengan menyindir tindakan ini sedangkan kebaikannya untuk manfaat semua.
Walaupun siapa sahaja yang menganjurkannya, saya akan menyokong kerana ia adalah untuk kebaikan semua. Mungkin kita perlu melihat serta mencontohi budaya kepenggunaan yang amat tinggi di U.K. Kali ini saya sendiri hanya membeli ayam sekali di dalam tempoh bulan ramadan ini serta hanya singgah ke pasar ramadan tiga kali sahaja. Di pasar ramadan, memang menakutkan melihatkan kepada harganya. Dengan RM18 ringgit, saya hanya mendapat 4-5 barangan sahaja yang bertaraf makanan sampingan. Tak perlulah disebut apa yang saya beli ...tetapi sebagai contoh harga ayam golek tahun ini ialah RM15 seekor.
Memang sukar untuk memilih menjadi pengguna bijak jika hanya beberapa kerat yang terlibat. Pengguna lain juga harus mainkan peranan dan bersama-sama meneruskan tindakan ini.
Posted by Civil Servant @ 09:01 0 comments
Friday, October 5, 2007
PAC Arahkan Surcaj
Dipanggil oleh PAC merupakan satu 'fobia' hatta kepada sesiapa pun termasuklah pekerja gomen. Tak kiralah apa jawatan yang dipegang...sedangkan KSU pun akan mengeluh apabila dipanggil oleh PAC. Tentulah mengeluh kerana setem yang diberikan oleh masyarakat umum ialah, apabila dipanggil oleh PAC menandakan adanya masalah. Bila ada masalah, maka adalah unsur kecuaian. Bila ada unsur kecuaian adalah kesilapan dan kesilapan ini perlu dipertanggungjawabkan kepada seseorang.
Itulah sebabnya di dalam laporan awal kepada Ketua Audit, KBS seolah-olah mempertanggungjawabkan kecuaian ini kepada KPSU dan PSU nya. Mudah...memang mudah untuk mencari 'scapegoat'. Itulah nasib PTD bawahan ops... PTD kan 'cekap' mengurus. Tapi itulah realitinya bila kita terjun di pelayaran sebenar dan bukan di angan-angan.
Sekarang ini kerja tambahan bagi KSU KBS ini ialah untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab untuk dikenakan tindakan surcaj seperti yang dicadangkan oleh PAC. KSU ini memang boleh terlepas kerana apa yang berlaku adalah bukan di zamannya. Ini salah satu cara KSU ini 'terselamatkan' diri sendiri. Oleh kerana kaedah yang digunapakai oleh JPA untuk menaikkan pangkat 'orang-orangnya', maka dalam tempoh 2003 hingga 2007, ada empat orang KSU di KBS. Oleh itu ada yang menjadi KSU hanya untuk tempoh setahun sahaja dan jika di KBS, ada yang tempohnya lebih singkat. Adakah sistem ini sesuai? Sendiri mau fikir...
Tindakan surcaj ini merupakan antara tindakan yang ringan berbanding dengan tindakan lain yang telah digariskan. Mengenalpasti mereka yang perlu dikenakan tindakan adalah satu hal. Mereka mungkin tidak lagi di KBS tetapi mungkin ditempat baru.
Mengira surcaj adalah satu hal yang lain. Jika dilihat kepada amaun yang terlibat, saya merasakan sesuatu yang amat perit bakal ditanggung oleh 'scapegoat' itu. Jumlah potongan yang mungkin diambil adalah tinggi. Selaku pekerja gomen, saya bersimpati. Simpati saya adalah kerana kesalahan tersebut bukan kepada dua orang tadi sahaja dan banyak faktor yang terlibat.
Saya percaya kisah ini lebih besar daripada yang digambarkan. Penglibatan pihak-pihak lain di peringkat atasan perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil.
Posted by Civil Servant @ 18:43 0 comments
Tuesday, October 2, 2007
Pihak Berkuasa Tempatan Bermasalah?
Mengapa label sedemikian boleh timbul tambahan pula daripada seorang Timbalan Menteri? Mungkin bagi yang jarang berurusan dengan PBT tidak dapat menerima kata-kata sedemikian. Umum telah mengetahui bahawa operasi di PBT merupakan antara operasi yang bermasalah. Apa masalahnya bergantung kepada urusan masing-masing. Masalah tentang urusan tanahlah yang selalu dibangkitkan. Nak tukar status tanah, nak geran tanah, nak tanak TOL, nak beli tanah, nak pecah sempadan, pusaka tanah, nak buat pembangunan, nak mohon kelulusan, dan sebagainya. Ada macam-macam kes yang telah berlaku sehinggakan ada yang telah sampai ke peringkat tanah boleh hilang begitu sahaja.
Jika dilihat kepada laman web MAMPU, usaha 'questionnaire' ini tentu dianjurkan oleh pihak berkenaan. Usaha ini mungkin salah satu inisiatif PERMUDAH untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Walaupun demikian, ianya mungkin ada sedikit pertindihan dengan Biro Pengaduan Awam. Seharusnya usaha ini lebih sesuai dilaksanakan oleh Biro berkenaan selain tugasnya dikatakan menjadi 'posmen' sahaja terhadap aduan orang awam.
Aduan demi aduan boleh dibuat dan diharapkan ramai warga Malaysia akan menyertai maklumbalas ini. Cuma yang saya dan ramai lagi khuatir, aduan ini tidak akan ke mana jika bersangkut paut dengan pihak-pihak tertentu. Lihat sahajalah contoh yang telah sedia ada dan telah disiarkan oleh akhbar.
Banyak kerja masih perlu dibuat!
Posted by Civil Servant @ 16:16 0 comments
Friday, September 28, 2007
Raya dan Wang
Namun ada juga yang terpaksa bekerja semasa musim tersebut terutamanya pekerja gomen seperti pasukan PDRM, bomba, sektor kesihatan, JPJ, imigresen, pasukan tentera, APMM, penguatkuasa KPDNHEP, dan bermacam lagi sehingga ada yang dibekukan cuti mereka dan ada yang bercuti singkat sahaja. Ini merupakan sebahagian komitmen yang ditunjukkan oleh pekerja gomen.
Pada sektor kesihatan pula, ternyata sumbangan mereka tidak dapat dinafikan melalui perkhidmatan di hospital yang menunggu kebanyakannya mangsa kemalangan jalan raya ops statik serta bomba yang bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit. Semoga kita semua dijauhkan dari bencana.
Namun begitu keprihatinan PDRM terhadap anggotanya boleh dikira menarik kerana PDRM mengakui perlunya polis mendapatkan keizinan sebelum berkahwin. Walaupun setahu saya, keizinan hanyalah perlu daripada wali tetapi sekarang ini ada wali PDRM! Langkah ini mungkin bertujuan di atas faktor keselamatan. Jika sampai ke tahap itu sekali penelitian yang dibuat oleh PDRM, maka diharapkan perkara lain yang lebih besar tentu tidak akan lepas dari pemerhatian pihak atasan PDRM.
Setakat menyemak dan meneliti pengisytiharan harta pegawai polis tentu bukan sesuatu yang sukar. Adalah mudah untuk mengesan keraguan yang timbul akibat daripada pemilikan harta anggota PDRM. Lebih-lebih lagi setelah Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM dahulu telah mendapat maklumat daripada orang ramai.
Entah mengapa tempoh untuk menyiasat perkara ini mengambil masa yang amat lama. Hanya setelah KP BPR bertukar baru nampak sedikit perubahan. Sepatutnya ianya tidak perlu tunggu BPR untuk membuat penyiasatan, pasukan PDRM sendiri boleh memulakan penyiasatan.
Namun harus diakui adalah sukar untuk membuka pekung di dada.
Posted by Civil Servant @ 13:48 0 comments
Saturday, September 15, 2007
KBS Jawab Audit
Tentulah setiap Kementerian perlu memberi penjelasan kepada laporan tersebut seperti yang diarahkan. KBS juga secara khusus diminta menjelaskan perkara ini pada 9 September lalu oleh TPM. Sebelum ini ada terdengar alasan yang menyatakan "perkara tersebut berlaku di dalam zaman sebelum saya dilantik,...". Alasan ini memang alasan yang popular selalu yang digunapakai di seantero negara untuk melepaskan diri. Alasan ini sering digunakan oleh pekerja gomen yang selalu berpindah atau dipindahkan di kementerian atau negeri.
Walaupun alasan ini sukar diterima minda, namun ianya menjadi lumrah dan jarang ada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap salah urus dana awam tersebut. Mengapa ini berlaku.? Adakah kerana terlalu ramai pihak yang harus dipertanggungjawabkan, atau kerana ianya membabitkan golongan tertinggi di kementerian tersebut?
Merujuk kepada Buletin Utama semalam, alasan KBS ialah 'kementerian tidak berpengalaman dan berpengetahuan di dalam menguruskan tender rundingan terus tersebut'. Wah! Inikah alasannya....lantas membuatkan teori ini betul. Ketua Audit sendiri semasa sidang medianya menyatakan bahawa Kementerian tersebut tidak mempunyai pegawai yang kompeten. Tak tahulah pula samada pegawai tersebut lulus PTK atau pun menggunakan sistem borong sahaja. Itu cerita lain.
Kemudian ianya ditambah, 'ini menyebabkan salah tafsir dan hilang tumpuan'. Lantas Kementerian tersebut menyatakan hanya ada seorang KPSU dan PSU di dalam bahagian pembangunan. Ini mungkin bagi menunjukkan bahawa kurangnya pegawai untuk membuat kerja ataupun untuk menunjukkan bahawa dua pegawai ini sahaja yang tidak kompeten (huh). Kementerian juga mencadangkan bahawa kedua-dua pegawai tersebut tidak dikenakan tindakan surcaj.
Entah bagaimana pula boleh keluar cadangan ini yang akan memperlihatkan bahawa kesalahan tersebut seolah-olah dilakukan oleh mereka berdua sahaja. Di dalam kes ini memang akan berlaku ketidakadilan kepada KPSU dan PSU tersebut jika mereka berdua sahaja dikenakan tindakan. Bagaimana dengan SUB, TKSU dan KSU? Mungkin ada pihak atasan lain juga perlu dipertanggungjawabkan. Semuanya ingin lepas tangan dan tidak mahu menerima tanggungjawab. Tetapi jika ada berlaku kejayaan atau kebanggaan kementerian, laju sahaja untuk menonjolkan diri.
Secara umumnya, KBS mengakui tidak mahir dan kurang berpengetahuan. Oleh itu marilah kita perbaiki sistem sedia ada ke arah yang lebih baik semoga jentera sektor awam semakin berprestasi tinggi. Jangan buatkan orang seperti Hamdan Ibrahim (pembaca Malaysiakini) semakin marah. Ramai lagi orang seperti Hamdan ini diluar sana menunggu pengurusan yang lebih cekap di sektor awam.
Posted by Civil Servant @ 10:49 0 comments
Sunday, September 9, 2007
Pekerja kontrak JUSA
Mengikut kata PM, untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan awam, kaedah yang dikatakan telah berjaya diaplikasikan kepada GLC akan digunakan. Kaedah ini berjaya mentransformasikan GLC untuk mengamalkan budaya berprestasi tinggi termasuk juga di dalam menggunakan satu indeks yang dinamakan sistem prestasi utama (KPI).
Oleh itu, cadangan yang diberikan ialah dengan menawarkan skim kontrak kepada semua KSU dan Ketua Perkhidmatan selama 3 tahun dan ditambah lagi dengan ganjaran jika menunjukkan prestasi yang baik.
Melalui cadangan ini kelihatan seolah-olah pekerja gomen tersebut tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik kerana tidak cukup masa. Alasan yang diberikan kepada PM mungkin disebabkan kerana tempoh menjadi KSU adalah lebih kurang dalam tempoh 1-1.5 tahun, maka tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KSU tersebut. Jadi 'masa' yang dipertanggungjawabkan di atas 'kegagalan' tersebut.
Disini izinkan saya untuk memberikan sedikit scenario yang mungkin, saya jelaskan lagi yang mungkin berlaku bagi mengatasi perkara ini. Saya tidak menghadiri mana-mana mesyuarat (siapalah kita) dan oleh itu saya tidak tahu apa yang berlaku jika ada perbincangan atau mesyuarat untuk mendapatkan keputusan seperti ini.
Berdasarkan pengamatan, keputusan mengenai perkara ini tentulah dibincangkan ke dalam mesyuarat dan tentunya di dalam mesyuarat tersebut, ianya akan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan gomen. Iyalah...keputusan yang hebat sebegini tentulah bukan calang-calang orang yang boleh membincangkannya.
Oleh kerana keputusan mengenai perkara ini akan membabitkan perkhidmatan pekerja gomen, mahu tidak mahu kesannya juga akan dirasai oleh para pekerja kanan gomen tersebut. Mereka juga pasti tidak mahu ketinggalan dan mahu juga diberi peluang. Lebih lama menjawat jawatan tersebut tentu lebih baik. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jalan mudah diambil iaitu dengan skim kontrak tersebut. Kaedah menang-senang!
Entah di mana kurangnya kemahiran kita di dalam menyelesaikan masalah. Bagi menyelesaikan masalah tersebut sebenarnya telah ada mekanisma yang sedia ada iaitu melalui perlanjutan secara kontrak tahun ke tahun. Walaupun di dalam kerja gomen ini, perlanjutan kontrak tidak berapa digemari oleh kebanyakan orang kerana memberi kesan terhadap kerjaya seseorang, tidak dinafikan ada beberapa ketika perlanjutan adalah diperlukan.
Masalah tempoh singkat di KSU itu berpunca daripada 'sistem tempang' yang diamalkan. Maaf kepada semua kerana telah berkali-kali menyebut perkara ini. Sistem yang digunapakai itu memang membuatkan keadaan berlaku sedemikian. Bukan sahaja kepada KSU, malah ada jawatan KP pun menggunakan 'sistem tempang' tersebut.
Senario ini tidak sama dengan GLC yang mana pemilihan CEO atau MD adalah berdasarkan kepada kredibiliti dan kebolehan yang telah ditunjukkan. Sesiapa sahaja yang berkebolehan dan berkredibiliti walau dari mana pun boleh menjadi CEO atau MD kepada GLC. Bagi sektor awam, calon-calon yang layak untuk menjadi KSU seharusnya dipilih secara bijak daripada mereka yang berkelayakan dan bukannya dihadkan kepada segelintir kelompok sahaja. Ini yang membezakan GLC tersebut dengan senario di sektor awam.
Seperti saya dan semua rakyat yang sayangkan perkhidmatan awam ini, seharusnya kita harus jujur di dalam memperkatakan mengenai perkara ini. Kajian harus dilakukan bagi memantapkan lagi perkhidmatan itu sendiri.
'Sebelum negara menjadi maju, sistem perkhidmatan awam harus maju dahulu'.
Posted by Civil Servant @ 19:38 0 comments
2007 Tiada Bonus
Menurut akhbar, oleh kerana kerajaan telah memberikan kenaikan gaji mulai bulan Julai maka bonus tidak diberikan. Untuk menguatkan alasan tersebut lagi, diambil pula satu contoh di mana ada pekerja gomen yang menerima kenaikan gaji tersebut bersamaan dengan 4 bulan bonus. Di dalam ucapan di Dewan Rakyat juga PM telah menggunakan alasan RM8 billion ini.
Di dalam akhbar ini pula, ditambah lagi satu sebab iaitu bagi memastikan wujudnya dana untuk menangani isu sosioekonomi. Ini mungkin merupakan alasan tambahan bagi memberikan lebih justifikasi tindakan tersebut.
Pekerja gomen memahami bahawa pemberian bonus adalah merupakan hak mutlak kerajaan selaku majikan dan bergantung kepada kemampuan. Walaupun demikian untuk mengatakan bonus tidak boleh diberikan kerana telah mendapat kenaikan gaji adalah sesuatu yang sungguh malang. Tentu mereka sedar bahawa bonus dan kenaikan gaji adalah dua perkara yang berbeza. Kenaikan gaji ini merupakan semakan setelah 15 tahun dan ianya merupakan satu tempoh yang lama. Kenaikan gaji adalah berdasarkan juga kepada kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi akhir-akhir ini ditambah dengan kenaikan harga minyak yang memberikan implikasi rantaian terhadap semua harga barangan.
Walaupun demikian, TPM ada mengatakan bahawa ada kemungkinan pengumuman pemberian bonus berkemungkinan berlaku walaupun selepas Bajet. Saya melihat ini merupakan satu langkah untuk meredakan ketegangan sahaja. Namun begitu pernah juga kerajaan memberikan bantuan khas Hari Raya (tidak dinamakan bonus) kepada pekerja gomen. Jika ini berlaku, pemberian bantuan tersebut biasanya adalah kurang daripada pemberian bonus.
Walaupun demikian segalanya masih berkemungkinan.
Posted by Civil Servant @ 18:59 0 comments
Thursday, September 6, 2007
Cuti Bersalin 5 Tahun?
Memang betul cuti tersebut akan dilanjutkan selama lima tahun tetapi cuti tersebut adalah cuti tanpa gaji yang bertujuan untuk menjaga anak. Rasanya tidak ada apa yang menariknya mengenai pengumuman ini kerana dipercayai hanya segelintir sahaja pekerja gomen yang mungkin akan memanfaatkan keistimewaan ini. Walaupun demikian, kewujudan pekeliling ini tetap disambut baik daripada tidak ada langsung.
Benar juga kata Cuepacs bahawa mereka terkejut dengan pengumuman ini kerana ia hanyalah 'feel good news' kepada pekerja gomen. Yang akan mengambil cuti tersebut pula perlu memikirkan dalam jangka masa panjang disebabkan dalam tempoh tersebut mereka tidak akan mempunyai pendapatan sedangkan kos untuk membesarkan bayi terutamanya adalah agak tinggi. Tiada pendapatan tentu tiada ketenangan.
Kesan daripada cuti tersebut juga menyebabkan tempoh perkhidmatan terputus lalu memberi kesan kepada kekananan seseorang. Ini juga faktor yang perlu diambil kira. Kita tidak menyatakan bahawa kerja itu lebih penting daripada menjaga anak kerana semua orang tahu yang mana lebih bermakna.
Disamping itu juga jika dilihat kepada pekeliling tersebut, seseorang itu akan mendapat 3 kali kenaikan gaji isyarat selama mengambil cuti tersebut. Ini bermakna, jika cukup tempoh yang ditetapkan, pergerakan gaji tahunan akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh tersebut dan gaji tersebut akan diperolehi hanya selepas melapor diri untuk bertugas.
Jika dikaji, apa amat diperlukan oleh para ibu-ibu ialah seperti mana yang berlaku di Sweden iaitu cuti bersalin selama 3.5 bulan, Singapore, 3 bulan manakala Hong Kong 2.5 bulan. Kesemua ini adalah cuti bersalin bergaji penuh. Tempoh yang dikira sesuai ini boleh diambil kira di dalam memberikan cuti bersalin kepada pekerja gomen. Setakat ini hanya kerajaan Negeri Kelantan yang sedang mengkaji tempoh yang lebih panjang daripada 2 bulan.
Posted by Civil Servant @ 14:14 0 comments
Tuesday, August 28, 2007
Pelan Strategik IPTA
Antara langkah yang dikenalpasti ialah meningkatkan tadbir urus sediri di kalangan IPTA. Langkah ini akan membolehkan IPTA diberikan lebih autonomi di dalam beberapa perkara tertentu dan para-para Naib Canselor tentulah menyambut baik langkah ini.
Aspek tadbir urus berkesan turut menekankan kepada pemilihan pegawai yang sesuai serta individu yang komited, efisien dan berintegriti. Untuk menyemai tadbir urus berkesan ini, adalah dipercayai ianya perlu bermula daripada pemilihan pegawai-pegawai tertinggi yang meneraju universiti itu sendiri.
Pemilihan pegawai-pegawai tinggi seperti NC dan TNC di IPTA memperlihatkan sedikit ketidaktelusan di dalam pemilihannya. Kriteria-kriteria yang selayaknya perlu ditetapkan bagi menjamin yang memegang tampuk peneraju IPT tersebut merupakan yang layak mengikut falsafah sebenar.
Bukan juga niat untuk mengatakan bahawa semua NC dan TNC tidak layak untuk berada di kerusi tersebut tetapi masih banyak ruang dan koridor dapat dilihat dan dipertikai oleh masyarakat IPT.
Sekarang inipun, isu Dr. Azly Rahman yang juga selalu dilaporkan oleh Malaysiakini dengan salah sebuah universiti di utara Malaysia juga masih belum selesai. Seharusnya ini dijadikan salah satu inisiatif bagi menjayakan projek 'BrainGain' iaitu memanggil pulang pakar-pakar Malaysia yang sedang berada diluar negara berkhidmat di Malaysia. Tetapi sehingga kini, tidak dapat dilihat satu usaha yang menyeluruh mengenai usaha ini.
Mengikut blog Univerct memang sukar untuk menaiki taraf Profesor di universiti. Berbagai-bagai penyelidikan dan tugasan yang perlu diselesaikan
Tugas pensyarah meliputi: Pengajaran, penyeliaan pelajar undergrad, postgrad dan post-doctorate, penyelidikan, pengembangan (consultancy), khidmat masyarakat, pentadbiran, seminar/proceedings, khidmat sbg ahli persatuan profesional dan paling penting untuk kenaikan pangkat- penerbitan serta lain-lain tugas seperti felo asrama, felo pusat kecemerlangan/penyelidikan dan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh pimpinan organisasi.
Melalui pemberian kuasa autonomi, kita tidak mahu lagi ada Naib Canselor yang dilantik bukan daripada kalangan ahli akademik. Tentu ramai yang tidak menyedari bahawa ada Naib Canselor IPT tidak pun perlu bersusah payah memberi kuliah, penyelidikan, post-doctorate dan lai-lain lagilah tetapi boleh pula menjadi Naib Canselor di IPT awam. Pemilihan mereka ini sebenarnya mengundang banyak kelemahan dan keraguan di kalangan masyarakat akademik. Keyakinan ahli akademik terhadap Kerajaan pada masa tersebut berada di tahap terendah.
Kita tidak tahu apa yang melayakkan mereka duduk disana. Kita juga tidak tahu apa keriteria yang meyebabkan mereka duduk di sana. Kita juga tidak tahu kenapa mereka sanggup menerima jawatan tersebut sedangkan tahu bahawa diri tidak seharusnya duduk di sana.
Apabila kerajaan memilih perkara sedemikian, lalu menyalahkan prestasi IPT yang tidak berada dalam 'ranking' yang baik tentulah tidak adil bagi para ahli akademik. Adakah dalam masa tiga tahun lagi kita bakal mencapai ojektif sekurang-kurangnya dua IPT berada di dalam senarai 100 terbaik? Memang memerlukan transformasi...
Apa yang menariknya, seperti ramai di dalam sektor awam sedar, golongan yang menduduki kerusi Naib Canselor ini adalah daripada golongan yang memiliki strategi monopoli jawatan-jawatan utama di sektor awam. Strategi monopoli ini telah dijelaskan dan dapat dilihat hasilnya serta kesan yang berlaku. Tidak meletakkan sesuatu yang AHLI pada tempatnya telah dilaksanakan.
Usahlah jika kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak diduga. Usahlah demi strategi tertentu, habis rosak susu sebelanga.
Posted by Civil Servant @ 11:11 0 comments
Tuesday, August 21, 2007
Peluang menceburi perguruan
Pelbagai halangan perlu ditempuhi sebelum boleh digelar pendidik. Mulai tahun 2007, calon-calon yang berminat perlu dahulu menduduki ujian MedSI. Hanya selepas lulus ujian MedSI ini barulah calon-calon tersebut akan ditemuduga. Selepas lulus temuduga barulah calon-calon tersebut layak untuk diterima mengikuti kursus untuk menjadi guru.
Wah...bagitu ketat sekali proses pemilihannya. Kepada calon yang lepasan SPM, bolehlah memohon untuk menduduki pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA tempatan yang akan mengambil masa selama 4 tahun.
Bagi yang telah memiliki ijazah, boleh memohon untuk mengikuti Diploma Pendidikan di IPTA yang akan mengambil masa selama setahun. Program ini adalah menyerupai program KPLI sebelum ini. Tarikh tutup kedua-dua program ini ialah 10 September 2007.
Bezanya sekarang ini, Kem. Pelajaran akan bertanggungjawab bagi urusan guru di sekolah rendah manakala IPTA (MOHE) bagi guru di sekolah menengah, politeknik, kolej komuniti dan kolej matrikulasi.
Sekali pandang kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena apabila sekolah menengah dan kolej matrikulasi yang dibawah MOE dipertanggungjawabkan kepada MOHE. Ini kerana yang menyelaraskannya adalah satu bahagian di MOHE iaitu bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar. Namun diharapkan, MOHE melalui bahagian PKP ini hanya menjalankan tugas meyelaras sahaja iaitu tugas yang rutin dan mudah serta latihannya oleh IPTA. Apa yang lebih penting ialah perancangan sumber manusianya adalah daripada kerjasama Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pengajian Tinggi.
Tidak mahu lagi kedengaran ada lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada IPTA yang terkapai-kapai tidak dapat menjadi guru hanya kerana salah faham diperingkat pembuat dasar hanya kerana mereka tidak ditaja oleh pihak Kementerian yang berkaitan. Yang menjadi mangsa ialah pelajar-pelajar ini yang selama 4 tahun menuntut ilmu pendidikan di IPTA hanya melihat rakan lain melalui KPLI bersorak gembira.
Pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dititikberatkan di dalam menjayakan keperluan guna tenaga perguruan yang optima
Posted by Civil Servant @ 17:22 1 comments
Friday, August 10, 2007
Umur Bersara
Jika melihat kepada kenyataan akhbar JPA, seolah-olah telah tahu akan keputusannya. Tetapi usahlah kita menimbulkan spekulasi dan dikatakan cuba mendahului zaman. Umur persaraan merupakan satu isu, siapa yang layak merupakan isu yang lain. Ada cadangan agar hanya beberapa perkhidmatan tertentu sahaja diberikan pencen sehingga 60 tahun seperti cadangan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau juga mencadangkan agar pemeriksaan khas diadakan bagi menguji keupayaan fizikal dan kesihatan pekerja gomen tersebut.
Beliau juga menyenaraikan sektor dalam kerajaan yang masih memerlukan mereka yang berpengalaman untuk terus kekal berkhidmat seperti peguam, jurutera, juru program, doktor, guru dan pensyarah.
Melihat kepada keadaan ini, adanya keperluan bagi sektor-sektor tertentu untuk menaikkan umur persaraan selaras dengan kepakaran sektor tersebut dan tentunya bagi mengurangkan kesan kepada masalah pengangguran yang sedang berlaku sekarang, ada juga pihak yang kurang bersetuju dengan cadangan umur persaraan ini.
Dengan isu VSS yang masih diperkatakan ini, cadangan umur persaraan ke 60 boleh dipertimbangkan kepada pekerja gomen dengan beberapa syarat. Bukan seperti tahun 2001 dahulu dimana semua pekerja gomen diberi opsyen. Itu merupakan kaedah pukul rata. JPA perlu memperincikan keperluan sektor-sektor berkaitan dan bukannya semua sektor secara umum. Setakat ini hanya Hakim yang boleh bersara diumur lebih daripada pekerja gomen biasa.
Jika dilihat umur persaraan dibeberapa negara lain, India pada bulan Julai 2007 telah meningkatkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun, Jepun pula 65, Singapura 62, Jerman 65 dan akan menuju ke 67.
Posted by Civil Servant @ 18:03 0 comments
Tuesday, August 7, 2007
VSS Sektor Awam
Mulanya ia dicetuskan oleh KSN di dalam satu ucapannya. Ia sebenarnya merupakan cadangan sahaja dan saya pasti KSN hanya 'test market' dahulu. Cadangan ini mungkin terhasil daripada pengamatan KSN bahawa terdapat ramai 'deadwood' atau 'penyapu buruk' dalam sektor awam ini.
Walaupun demikian sebenarnya KSN memberikan amaran kepada semua Ketua-Ketua Jabatan/Organisasi yang selama ini kurang memberikan tumpuan ke arah peningkatan produktiviti pekerja mereka. Ia sebenarnya berpunca daripada kurangnya penyeliaan yang berkesan daripada boss-boss di gomen ini. Kurangnya penyeliaan terhadap para pekerja gomen yang bermasalah ini menimbulkan tabiat 'Tak Pa' dan ditambah lagi jika ada jabatan yang mempunyai boss yang sendirinya kurang berdisiplin.
Ramai yang telah menyedari bahawa telah ada panduan-panduan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pekerja bermasalah ini. Ini telah terkandung di dalam peraturan tatatertib perkhidmatan awam yang semua pekerja gomen telah maklum mengenainya. Ia juga merupakan soalan popular bagi ujian PTK.
Oleh itu apa masalahnya? Mengapa tidak dilaksanakan panduan-panduan tersebut? Ini mungkin berlaku kerana Ketua-Ketua Jabatan merasakan tindakan sebegini akan membuang masa dan tenaga, tindakan ini juga membuatkan mereka kurang popular, oleh itu segala masa dan tenaga yang ada perlu dijuruskan kepada perkara lain yang boleh menaikkan imej dan seterusnya jawatan mereka. Jadi tindakan 'melepas batuk' yang diambil ialah meletakkan masalah itu di tempat lain.
Tindakan ini juga sebenarnya boleh bersifat duri dalam daging. Jika ada pekerja gomen yang mungkin bekerja secara jujur tetapi tidak disenangi oleh ramai yang tidak jujur (sekadar contoh, saya tidak mahu memasukkan elemen politik) oleh itu pekerja gomen itu ditukarkan.
Selain daripada amaran tersembunyi KSN mengenai VSS ini, apa rasionalnya cadangan tersebut. Seorang pembaca NST ada mengatakan bahawa 'pekerja cemerlang yang kecewa' juga akan mengambil kesempatan dan meninggalkan sektor awam. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana terdapat ramai di dalam pekerja gomen yang sememangnya lebih baik dan amat berpotensi tetapi tidak diberikan ruang yang sepatutnya.
Jika ada kajian mengenai perkara ini, ia seharusnya diberi perhatian yang serius dan mendalam. Juga para pengkaji-pengkaji tersebut perlu memiliki kepakaran yang meluas dan bukan hanya terhad kepada satu skim yang itu sahaja. Ini adalah kerana kajian tersebut akan memberikan impak dan kesan yang besar kepada keseluruhan sektor awam.
Posted by Civil Servant @ 13:15 0 comments
Thursday, August 2, 2007
Promosi Viva untuk Pekerja Gomen
Bagi pekerja gomen yang memiliki kemampuan yang terhad bolehlah merujuk kepada laman web Perodua untuk makluman lanjut.
Ingat, berbelanja dengan bijak. Tempoh yang terlalu lama bakal menjemukan.
Posted by Civil Servant @ 14:01 0 comments
Wednesday, August 1, 2007
Hospital Kuala Lumpur
Satu lagi kaedah yang diambil untuk mengurangkankesesakan ialah dengan menjadikan jalan-jalan di dalam kawasan sekitar HKL sebagai jalan sehala. Jika dibandingkan dengan dulu, memang keadaannya lebih kronik dengan kenderaan bersimpang siur di dalam kawasan HKL.
Walaupun demikian, suasana di dalam wad kelihatan agak menyedihkan. Jika dibandingkan dengan statusnya hospital yang utama, lebih banyak projek naik taraf perlu diluluskan untuk HKL ini. Wad yang sempat saya lihat adalah wad kelas 3.
Jika dilihat dengan keadaan semasa, orang yang tidak sakit pun boleh merasa sakit di dalam wad ini. Suasana yang tidak kondusif untuk proses penyembuhan akan merencatkan lagi tempoh penyembuhan.
Apabila melihat kepada para pekerja gomen hospital, mereka semangnya bertungkus lumus untuk merawat para pesakit. Dengan jumlah pesakit yang begitu ramai, tentulah macam-macam kerenah dapat dilihat. Walaupun begitu, para pekerja gomen ini perlu diucapkan tahniah kerana waktu makan tengahari mereka pun biasanya agak lewat. Ini semua adalah untuk memastikan rawatan yang sewajarnya diberikan kepada para pesakit.
Sebelum keluar daripada wad, caj bayaran rawatan perlu dijelaskan. Dengan rawatan yang diperolehi dan kadar bayarannya hanyalah RM3 sehari (termasuk makan minum), saya merasa sungguh terharu. Sememangnya murah dan diharapkan agar kadar sebegini dapat dikekalkan lagi untuk masa-masa akan datang. Hasrat untuk menjadikan hospital kerajaan 'full paying hospital' perlu dikaji sedalam-dalamnya. Untuk kadar bayaran lengkap, bolehlah merujuk kepada laman web HKL.
Saya juga akan bersetuju jika pekerja gomen di hospital kerajaan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya lebih daripada sekarang di atas kerjaya murni mereka. Bukan hanya terhad kepada doktor, tetai juga kepada para jururawat, ahli farmasi, pegawai sains, MLT, pegawai dietitik dan ramai lagi.
Sesungguhnya pemergian mereka ini ke swasta akan merugikan kerajaan serta majoriti rakyat Malaysia.
Posted by Civil Servant @ 11:23 1 comments
Thursday, July 26, 2007
Akujanji
Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Janji manusia tidak boleh dipaksa-paksa. Janji manusia adalah kenyataan sukarela. Jika ada orang yang memaksa orang lain berjanji ia seperti menaiki bas tanpa konduktor. Bas boleh bergerak, sampai tempat yang dituju tetapi tidak mampu untuk menyelenggara bas itu sendiri.
Oleh kerana ingin membaiki halatuju dan kesihatan universiti di Malaysia yang sedang sakit, maka para pekerja gomen di universiti telah memulakan inisiatif untuk tidak lagi membenarkan diri 'dipaksa berjanji' kepada warga universiti. Boleh rujuk laporan Malaysiakini di sini dan daripada blog Malaysianunplug di sini.
'Dipaksa berjanji' ini telah dimulakan pada tahun 2002. Sekeping dokumen yang ditaip di atas kertas tebal, ketebalannya lebih kurang seperti kertas sijil disediakan untuk semua pekerja gomen. Tidak dapat dipastikan samada semua jabatan/agensi menggunakan kaedah yang sama. Apa yang pasti semua pekerja gomen dikehendaki menurunkan tandatangan kepada sekeping kertas tersebut di hadapan ketua masing-masing.
Kertas inilah yang akhirnya dinamakan akujanji singkatan daripada 'aku terpaksa berjanji' (??). Kertas ini kemudiaannya dikembalikan kepada semua pekerja gomen untuk simpanan sehingga berpencen.
Kertas inilah yang kini menjadi duri dalam daging kepada universiti mengikut kacamata mereka. Bukan calang-calang orang yang bersetuju dengan hakikat ini. Daripada pensyarah sehinggalah kepada profesor dan bekas profesor pun menandatangani petisyen ini. Namun begitu terdapat ramai lagi diluar sana yang bersetuju tetapi tidak mahu nama mereka disiarkan. Kita memahami alasan sedemikian kerana pelbagai cara dan tekanan boleh dikenakan kepada pekerja gomen oleh pihak-pihak berkenaan.
Inilah sistem yang perlu dimajukan terlebih dahulu. Seolah-olah tidak ada ruang untuk pekerja gomen menganalisa, mengkaji dan memberikan pandangan secara berhemah tetapi lebih kepada mengikut arus sahaja. Oleh kerana lagi kerana ia berkaitan dengan diri pekerja gomen itu sendiri, maka seharusnya pertimbangan dengan mendalam harus diambil kira sebelum sesuatu arahan atau dasar dikuatkuasakan.
Oleh kerana golongan pekerja gomen yang bijak pandai telah mengenalpasti salah satu halangan kemajuan universiti, maka adalah halangan ini juga boleh merencatkan kemajuan perkhidmatan awam?
Akujanji sebenarnya secara tidak langsung 'merendah-rendahkan' pekerja gomen. Pekerja gomen seolah-olah diragui akan ketaatannya. Pekerja gomen diragui akan menjalankan tugas dengan penuh berhati-hati, jujur dan bertanggungjawab.
Ianya juga tidak membenarkan pekerja gomen membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan sebarang tuntutan berhubung perkhidmatan awam. Inilah klausa yang membelenggu pekerja gomen.
Posted by Civil Servant @ 09:28 0 comments
Saturday, July 21, 2007
Majukan Perkhidmatan Awam
Indikator ini terdiri daripada empat faktor utama iaitu ekonomi, perkhidmatan awam, kecekapan perniagaan dan infrstruktur. Indikator yang menarik minat KSN ialah kualiti perkhidmatan awam.
Indikator ini sebenarnya adalah bagi Laporan 'World Competitiveness Report' dan telah dikeluarkan di dalam bulan Mei 2007. Menurut kenyataan KSN, indikator kualiti perkhidmatan awam telah meningkat daripada 53% kepada 57% peratus tahun ini. Saya tidak pasti samada beliau gembira dengan angka tersebut ataupun merasa kecewa.
Apabila melihat ianya dibangkitkan di dalam Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (pembohongan terancang?) tentulah ucapan tersebut secara tidak langsung merupakan satu penghargaan kepada kakitangan yang menerima AKC lantaran oleh kerana sumbangan merekalah kualiti perkhidmatan awam telah meningkat.
Saya bersetuju bahawa ada berlaku peningkatan dan peningkatan adalah sesuatu yang positif. Peningkatan bermakna kemajuan dan kemajuan bermakna ada membuat kerja. Namun apabila melihat di dalam skop yang lebih luas, markah 57% menandakan kerja yang dibuat tak cukup. Ruang yang ada masih banyak yang perlu diperbaiki. Ruang yang perlu diperbaiki ini cukup luas. Daripada sistem pengurusan sehinggalah kepada 'parking' pelawat perlu diurus dengan baik. Jika ditanya kepada yang berada dikerusi empuk, tentulah jawapannya semua ok, semuanya baik.
Jangan hanya ditekankan kepada perkhidmatan kaunter dan bukan juga pada kecepatan mengangkat gagang telefon kerana itu semua perkara enteng dan mudah. Cuba perhalusi dan cerminkan perkara-perkara yang lebih penting. Sebagai contoh pertindihan skop, pertindihan dasar, birokrasi dasar dan berbagai lagi. Seperti yang telah dijelaskan, masih banyak ruang untuk diperbaiki. Hendak tak hendak, tau tak tau.
Takkanlah dengan segala kecanggihan yang ada pada sistem serba moden ini, kualiti perkhidmatan awam hanya bertaraf C+.
Posted by Civil Servant @ 18:56 0 comments
Friday, July 20, 2007
Hutang dengan bijak
Penghujung bulan Julai ini jugalah dianggarkan sebanyak RM560 juta akan memasuki pasaran ekonomi tempatan setiap bulan. Jumlah yang sebegini banyak dijangka akan membuatkan pasaran domestik negara memiliki peluang untuk mendapatkan sedikit sebanyak tempiasnya. Jumlah ini akan ditambah lagi dengan RM100juta sebulan bagi tambahan elaun sara hidup (cola).
Oleh itu berbagai tawaran ada disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Jika ada yang bercadang untuk membeli kenderaan, boleh merujuk kepada tawaran Bank Rakyat di sini. Saya tidak tahu butiran lanjut tetapi melihatkan kepada kadar 2.75% tersebut merupakan antara kadar terendah di pasaran.
Begitu juga jika ingin membuat pembiayaan peribadi, kadar 5.35% yang ditawarkan oleh BSN juga adalah antara kadar terendah bagi pembiayaan peribadi. Kebiasaannya kadar terendah adalah di antara lingkungan 5.6 - 5.7 %.
Walaupun begitu, nilai minimum pinjaman adalah RM20,000. Mungkin ini adalah strategi BSN bagi mengelakkan pinjaman kecil-kecilan daripada pemohon.
Walaubagaimanapun, bertindaklah dengan bijak kerana semuanya di tangan anda.
Posted by Civil Servant @ 06:01 0 comments
Sunday, July 15, 2007
Sarjana dan Ph.D
‘Kerajaan (JPA) tidak suka kepada yang bijak-bijak, sebab tu ada Master/Ph.D masih macam tu jugak’.
Posted by Civil Servant @ 18:15 10 comments
Friday, July 13, 2007
Ranking Kecekapan Kerajaan
Budaya kita di
Walaupun begitu, indikator ini menunjukkan bahawa
Posted by Civil Servant @ 10:12 0 comments
Monday, July 9, 2007
Anugerah Khidmat Cemerlang : Satu Pembohongan Terancang?
"Anugerah Khidmat Cemerlang adalah 'satu pembohongan terancang'!"
Kenyataan MB Selangor pada 9 Julai 2007 sebenarnya masih boleh dipertikaikan. Kenyataan ini mungkin timbul hasil pengamatan beliau terhadap sampel-sampel yang ada di negeri Selangor (satu-satunya negeri maju). Berdasarkan kepada sampel-sampel tersebut, beliau mendapati tahap produktiviti dan kecemerlangan masih di takuk lama sedangkan pegawai-pegawai di Selangor sudah hampir kesemuanya menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Oleh itu beliau merasa hairan.
Anugerah Khidmat Cemerlang ini mempunyai kriterianya yang tersendiri. Salah satunya ialah ia mempunyai kuota yang ditetapkan bagi penerimanya saban tahun. Dengan bersandarkan kepada markah LPNT, setiap jabatan itu mungkin mempunyai calon-calon yang layak untuk dipertimbangkan AKC melebihi daripada kuota yang ditetapkan.
Apabila calonnya lebih ramai, maka lebih sukarlah untuk membuat pemilihan bagi yang layak. Disinilah kebijaksanaan agensi berkenaan di dalam memilih penerima AKC perlu diperhalusi. Pemilihan perlu dibuat berdasarkan faktor yang ditetapkan.
Di dalam SSB, pemilihan AKC menjadi isu yang amat sensitif. Ini kerana penerima AKC akan menerima ganjaran sepanjang hayatnya (ini benar). Di tambah lagi dengan pemilihan yang berpilih menyebabkan ramai yang kurang berpuas hati. Semenjak SSM dilaksanakan, sudah kurang rungutan yang kedengaran mungkin kerana penerimanya mendapat ganjaran 'one-off' sahaja.
Walaubagaimanapun ini tidak harus menghilangkan prestij AKC ini. Jika saya merupakan penerima AKC, tentu saya merasakan segala penat lelah yang dihargai dengan AKC ini meruap begitu sahaja. Penerima AKC yang amat bersemangat mula lemat semangat.
Jika kita terserempak dengan penerima AKC yang boleh diragui pencapaiannya, ia sebenarnya kelemahan penilaian terhadap pegawai tersebut. Kelemahan berganda ini (kerana ada dua penilai) bakal melemahkan keseluruhan agensi tersebut. Dengan memberikan pengiktirafan 'memilih bulu' akan melemahkan moral kakitangan yang sebenarnya cemerlang.
Diakui juga bahawa ada segelintir yang melaksanakan AKC secara berpilih. Jika hanya muka-muka yang sama menerima AKC pula, akan dikatakan berlaku pilih kasih dan seolah kakitangan yang lain tidak ada sumbangan. Jika ramai yang menerimanya pula dikatakan dibuat secara bergilir-gilir.
Bagaimana pula jika pada tahun tertentu tiada langsung penerima AKC?
Posted by Civil Servant @ 19:10 1 comments
Friday, July 6, 2007
MOSTI Berhad
Seorang pembaca Malaysiakini menyatakan bahawa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi mempunyai banyak masalah. Mengikut ceritanya kementerian ini bermasalah disebabkan oleh berlakunya penyelewengan akibat daripada tindakan Menterinya sendiri.
Posted by Civil Servant @ 18:40 0 comments
Monday, July 2, 2007
Gaji Guru DG41
Sejak pengumuman kenaikan gaji baru-baru ini, keluhan dan rintihan yang kedengaran kebanyakannya adalah daripada kalangan guru di gred 41. Rintihan para-para guru kita ini secara umumnya adalah daripada kalangan guru yang telah lama berkhidmat di gred 29 dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Guru-guru ini merupakan guru yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah demi untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dan menyahut dasar pensiswazahan guru oleh kerajaan. Dengan memilih untuk melanjutkan pelajaran, mereka mendapat cuti belajar dan hanya dibayar separuh gaji sepanjang tempoh pengajian tersebut. Secara puratanya, tempoh pengajian adalah selama 3 tahun.
Walaubagaimanapun mengikut laporan akhbar ini, perkara ini telah dirujuk kepada JPA untuk diselesaikan.
Posted by Civil Servant @ 16:50 9 comments
Sunday, June 17, 2007
Gaji baru
Sabtu 16 Jun 2007, pihak JPA telah mengeluarkan pekeliling gaji baru bagi kakitangan awam. Maka dengan ini rasmilah pemberian kenaikan gaji (bukan semakan) kepada kakitangan awam. Bagi kakitangan awam diperingkat negeri, pengumuman daripada negeri masing-masing perlu dinantikan terlebih dahulu (ada negeri yang telah umumkan).
Proses kira mengira akan berlangsung dengan rancak, peningkatan aktiviti matematik secara ketara bakal dilihat kepada kakitangan awam. Jika soalan PTK ada yang bersangkut paut dengan bidang gaji dan peratusan, nescaya ramai yang akan menjawab dengan tepat dan betul. Harap JPA dengan angka 70% dan Cuepacs dengan angka 50% akan dapat membuktikan ketepatan pengiraan masing-masing.
Namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan dan alasan yang bermakna mengenai isu peratusan lulusan PTK di kalangan penjawat awam. Mungkin juga tiada angka tersebut...
Posted by Civil Servant @ 17:37 1 comments
Wednesday, June 13, 2007
Pekerja Kontrak
Posted by Civil Servant @ 18:26 13 comments
Tuesday, June 12, 2007
Sambung belajar dengan PTPTN
Rakan-rakan pekeja gomen yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran secara sendiri (PJJ, separuh masa, profesional) sekarang ini boleh menggunakan pinjaman PTPTN (hutang lagi) yang permohonannya boleh dibuat secara online mulai 15 Jun 2007.
Kursus yang layak diikuti adalah daripada peringkat diploma, ijazah, serta pasca ijazah. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dan memerlukan pembiayaan kewangan boleh merujuk kepada PTPTN.
Walaupun ramai para guru-guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah mengeluh mengenai beberapa perkara, namun apa yang seharusnya lebih penting ialah budaya cintakan ilmu. Ada juga rakan guru yang menyentuh mengenai perkara yang tidak seharusnya berlaku semasa melanjutkan pengajian itu. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya daripada sebilangan besar guru atau hanya segelintir.
Bagi yang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah, peluang untuk menerima kenaikan pangkat adalah terbuka luas walaupun ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Peningkatan kerjaya ini juga merupakan satu motivasi kepada pekerja gomen tersebut. Ini menunjukkan satu tahap pencapaian modal insan kepada pekerja gomen tersebut dan perkhidmatan awam secara umumnya.
Kita amat mengharapkan faktor pembangunan modal insan ini dapat diterjemahkan secara lebih menyeluruh demi mencapai tahap perkhidmatan yang bermutu tinggi.
Posted by Civil Servant @ 18:35 0 comments
Sunday, June 10, 2007
PDRM oh PDRM
Ramai yang tersangat arif dengan cerita 999 yang ditayangkan di sebuah stesen tv swasta setiap minggu. Cerita ini secara ringkasnya menunjukkan pekerja gomen yang beruniform terdiri antaranya pasukan polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), penguatkuasa KPDNHEP dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dikhabarkan bahawa siaran ini mempunyai ramai peminat yang setia menunggu untuk menonton samada aksi-aksi tangkapan, lakonan semula ataupun serbuan rumah urut. Oleh kerana peminatnya ramai, siarannya mengambil waktu ‘perdana’ dan disiarkan secara langsung walaupun tangkapannya masih merupakan rakaman.
Bagi yang meminati cerita 999 ini dan berupaya untuk melakukan sedikit latihan fikiran, tentu akan menyedari bahawa siri 999 ini pada mulanya bertujuan untuk membina keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis di mana suatu ketika dahulu tahap kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis telah jatuh ke paras terendah. Ditambah pula dengan laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan PDRM yang secara jelas telah dapat membuktikan bahawa banyak yang tidak kena terhadap pasukan polis.
Dengan peredaran masa, perkara berkaitan imej pasukan polis dilihat menunjukkan sedikit perubahan terutama sekali pada lencananya yang jelas terpampang ‘Saya Anti Rasuah’. Eloklah sekiranya lencana di dada kiri itu dapat memberi kesan kepada diri si pemakai dan orang disekeliling pemakai.
Namun pendedahan yang mengejutkan daripada Malaysia Today amat menyentak dan merunsingkan. Pendedahan yang bukan main-main ini (kerana disertakan dengan bukti dan saksi) sekiranya benar bakal menunjukkan bahawa siri 999 akan sentiasa menemui penonton dan peminatnya selama beberapa tahun lagi. Ini kerana stok tangkapan akan sentiasa ada. Ini berlaku kerana kononnya tangkapan yang dibuat adalah untuk mengabui mata seluruh rakyat
Patutlah sentiasa sahaja aktiviti pelacuran, Ah Long serta perjudian menjadi semakin meriah walaupun setiap minggu kita dicanangkan dengan tangkapan demi tangkapan. Pernah juga terfikir… mengapa tangkapan tersebut tidak dapat mencari puncanya. Bukannya susah sangat untuk mencari punca jika ekornya sudah diikat. Tapi masih tak habis-habis juga.
Juga dikhabarkan bahawa bapa-bapa ‘ayam’ telah ditangkap. Jika begitu lagi mudah kerjanya untuk mencari pembekal ‘ayam’, seterusnya pemborong ‘ayam’ dan seterusnya bapa pemborong ‘ayam’. Rantaian itu tidak akan putus dan akan sampai ke puncaknya. Untuk bersama menuju puncak memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi. Agaknya ini yang terkurang dan perlu diperbetulkan.
Kepada pasukan polis, harus diinsafi bahawa anda tidak selalunya mesra, cepat dan betul. Jika apa yang dilaporkan itu tidak benar, haruslah ada penafian yang berilmu dan bukannya sekadar tiada komen.
Posted by Civil Servant @ 18:39 0 comments
Tuesday, June 5, 2007
Polis dan PhD
Walaubagaimanapun, tanpa mahu menuduh mana-mana pihak, faktor-faktor lain juga harus diambilkira selain mengatakan alasan 'minat'. Alasan minat merupakan alasan umum yang boleh diterima oleh mereka yang lurus pemikirannya.
Oleh kerana tidak dihebahkan jurusan atau bidang kelulusan mereka, maka perkara ini tidak dibincangkan walaupun umum mengetahui bidang atau jurusan memainkan peranan penting didalam permohonan pekerjaan dan seterusnya kerjaya masing-masing.
Ada kemungkinan mereka tersebut telah memohon pekerjaan ditempat-tempat lain sebelum ini dan tidak berjaya, dan kali ini mereka mencuba nasib di bidang kepolisan. Kita tidak menyalahkan mereka kerana ia telah dijelaskan oleh pembaca Berita Harian tadi.
Jika disebabkan oleh minat yang teramat sangat untuk menyertai polis, tidak perlu untuk menghabiskan 2 tahun bagi Sarjana dan 3 tahun bagi PhD (tempoh 5 tahun utk mendapatkan PhD) untuk memohon jawatan polis. Selepas tamat ijazah sarjana muda pun sudah boleh memohon jawatan tersebut melainkan ijazah lanjutan yang dipelajari adalah berkaitan bidang kepolisan.
Jika lulusan Sarjana dan PhD tidak berjaya mencari pekerjaan yang setarafnya dengan ijazah mereka, ini bermakna iklim pekerjaan bagi golongan ini tidak diwujudkan secara meluas. Ini bermakna pasaran pekerjaan di negara ini hanya mewujudkan peluang bagi ijazah tinggi bagi bidang-bidang tertentu sahaja manakala beberapa bidang lain tidak mendapat tempat.
Kesan yang jelas dapat dilihat apabila peluang pekerjaan bagi golongan ijazah sarjana muda juga adalah terhad kepada bidang-bidang tertentu sahaja. Lantas maka wujudlah ramai graduan yang menganggur dan sebagai salah satu penyelesaiannya digerakkan kempen 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan' untuk sebagai penyelesaian jangka pendek dan arahan daripada kerajaan kepada JPA untuk mengisi kekosongan.
Dengan pengisian lulusan Sarjana dan PhD ini, secara tidak langsung peluang bagi mereka yang berkelulusan SPM semakin berkurangan. Ini kerana lima tempat ini telah diisi oleh mereka yang disebutkan tadi. Ini tidak termasuk dengan calon yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma yang juga mengisi jawatan konstable (jika ada). Oleh itu peluang calon yang berkelulusan SPM terhenti disini.
Disebaliknya, untuk menyedapkan keadaan serta menambah perisa, boleh juga dikatakan bahawa oleh kerana terlalu ramai lulusan Sarjana dan PhD di luar sana, maka saingan amat sengit dan ada yang memohon untuk menyertai pihak polis melalui pengambilan konstable. Ini juga boleh dijadikan salah satu sebab untuk negara kita berasa ceria kerana kita sudah mencapai taraf negara maju!! Ada ramai lulusan PhD!!
Posted by Civil Servant @ 19:10 0 comments