Friday, July 13, 2007

Ranking Kecekapan Kerajaan

Apabila meneliti ‘2007 Worldwide Governance Indicator’ daripada Bank Dunia secara khususnya bagi indikator Kecekapan Kerajaan (Government Effectiveness) adalah didapati pencapaian Malaysia bagi kategori tersebut melebihi 80.6% bagi tahun 2006. Secara jujurnya ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Markah 80 % ini jika di universiti ialah bergred ‘A’ dan mempunyai makna cemerlang. Namun begitu markah 80% bagi LPNT adalah bergred agak ‘malang’.

Budaya kita di Malaysia ini terhadap indikator atau ‘rating’ juga berpilih-pilih terutama jika ianya daripada pihak luar. Jika ianya memberi kesan yang baik, maka akan dicanang seluruh pelusuk Negara akan wujudnya indikator berkenaan. Jika ianya tidak menyebelahi Negara, ia akan dikatakan tidak tepat, hanya persepsi dan sebagainya.

Walaupun begitu, indikator ini menunjukkan bahawa Malaysia masih ketinggalan (jauh) di belakang Singapura selaku negara serantau. Kedudukan Malaysia di negara-negara Asean adalah di tempat kedua berbanding negara lain diikuti dengan Brunei di tempat ketiga.


No comments: