Friday, July 20, 2007

Hutang dengan bijak

Semua pekerja gomen pasti lega dan selesa apabila gaji baru akan mula diterima dalam tempoh beberapa hari lagi. Tahniah kepada semua pekerja gomen dan adalah menjadi harapan kita untuk terus berkhidmat dengan lebih tekun dan jujur. Perubahan dan kecekapan perlu dipertingkatkan demi merealisasi harapan negara.

Penghujung bulan Julai ini jugalah dianggarkan sebanyak RM560 juta akan memasuki pasaran ekonomi tempatan setiap bulan. Jumlah yang sebegini banyak dijangka akan membuatkan pasaran domestik negara memiliki peluang untuk mendapatkan sedikit sebanyak tempiasnya. Jumlah ini akan ditambah lagi dengan RM100juta sebulan bagi tambahan elaun sara hidup (cola).

Oleh itu berbagai tawaran ada disediakan oleh pihak-pihak berkenaan. Jika ada yang bercadang untuk membeli kenderaan, boleh merujuk kepada tawaran Bank Rakyat di sini. Saya tidak tahu butiran lanjut tetapi melihatkan kepada kadar 2.75% tersebut merupakan antara kadar terendah di pasaran.

Begitu juga jika ingin membuat pembiayaan peribadi, kadar 5.35% yang ditawarkan oleh BSN juga adalah antara kadar terendah bagi pembiayaan peribadi. Kebiasaannya kadar terendah adalah di antara lingkungan 5.6 - 5.7 %.

Walaupun begitu, nilai minimum pinjaman adalah RM20,000. Mungkin ini adalah strategi BSN bagi mengelakkan pinjaman kecil-kecilan daripada pemohon.

Walaubagaimanapun, bertindaklah dengan bijak kerana semuanya di tangan anda.


No comments: