Monday, March 26, 2007

Mesyuarat

Mesyuarat merupakan sesuatu yang bagaikan wajib dan rutin di dalam bidang ini. Mesyuarat diadakan oleh berbagai tujuan. Mesyuarat bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar dan wakil-wakil daripada pelbagai latarbelakang untuk duduk dan berbincang megenai satu-satu agenda atau isu dan mendapatkan satu keputusan yang berfaedah kepada semua pihak.

Oleh itu, jemputan dan panggilan ke mesyuarat merupakan satu penghormatan kepada ahli-ahli mesyuarat. Sebagai ahli satu-satu mesyuarat, peranan yang dimainkan adalah mewakili sama ada organisasi, bahagian atau unit masing-masing. Oleh itu, jika dijemput menghadiri sesuatu mesyuarat dan hanya bertindak sebagai pendengar yang setia dan menjamu jamuan yang dihidangkan jadilah ia parasit mesyuarat.

Sesiapa yang menghadiri sesuatu mesyuarat harus memberikan buah fikiran dan sumbangan kepada mesyuarat bukannya duduk dan dengar seperti yang banyak berlaku. Biasanya mesyuarat hanya dimonopoli oleh beberapa orang ahli yang biasanya berjawatan lebih tinggi manakala ahli-ahli lain hanya duduk dan mendengar dengan khusyuk.

Pengerusi juga harus memainkan peranan dengan membuka ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk bersuara. Masalah yang berlaku ialah apabila pengerusi mesyuarat hanya membenarkan dirinya bercakap tanpa henti dan membuat keputusan sendiri. Jika ini yang berlaku, mesyuarat hanya diadakan untuk 'melepaskan diri' daripada dituduh membuat keputusan seorang diri. Kesimpulannya ahli mesyuarat dipergunakan!

Fahamilah maksud mesyuarat.

Saturday, March 24, 2007

Benarkah hanya golongan tertentu pandai mengurus?

Tanggapan ini telah lama timbul... ada pendapat mengatakan di dalam perkhidmatan awam ini, hanya golongan tertentu yang tahu membuat kerja-kerja 'management'. Kerja-kerja 'management' ini tidak boleh dibuat oleh 'orang' lain kerana 'orang' lain tidak tahu dan tidak cekap. Kerja-kerja 'management' ini perlukan tahap yang tidak ada pada 'orang' lain kecuali golongan 'mereka'.

Tanggapan ini selalu dinyanyikan di kalangan 'mereka' dan kini lebih terserlah apabila isu bidang pendidikan awam muncul. Isu ini menyerlahkan usaha-usaha yang sedang dan akan dilakukan ke arah memusatkan jawatan-jawatan utama. Cuma kali ini, bezanya terdapat segolongan kumpulan guru yang amat bersatu hati dan berganding erat demi mengelakkan kejadian tragis ini daripada berlaku.

Kejadian ini sepatutnya menyedarkan banyak pihak daripada yang di atas hinggalah yang di bawah. Ini juga menandakan ramai yang telah sedar akan situasi dan keadaan sebenar. Yang menariknya, sidang parlimen minggu lepas juga telah membangkitkan isu ini.

Adakah benar pengurusan ini sukar? Yang 'lain' tidak mampu?

Tuesday, March 20, 2007

Biasiswa untuk lepasan diploma

Di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 19 Mac 2007, terdapat satu iklan yang menawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan diploma. Iklan ini menarik kerana ia merupakan satu-satunya iklan yang menawarkan biasiswa hanya untuk pelajar lepasan diploma.

Seperti yang semua sedia maklum, pelajar-pelajar lepasan diploma merupakan antara golongan yang seperti diketepikan di dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya di IPTA. Ini berlaku kerana hampir kesemua penaja, IPT-IPT lebih menumpukan kepada mereka yang baru menamatkan SPM. Oleh itu di dalam keghairahan ini, golongan lepasan diploma ini seperti 'dilupakan'.

Namun begitu, iklan daripada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti ini mungkin merupakan peluang bagi para lepasan Diploma ini untuk memohon bagi medapatkan biasiswa. Menurut iklan tersebut, peluang melanjutkan pengajian ini adalah bagi universiti di luar negara (England).

Walaubagaimanapun biasiswa ini hanya kepada lepasan Diploma yang mencapai CGPA 3.50 ke atas sahaja. Ini merupakan satu langkah untuk mencari yang terbaik dikalangan para pemohon kerana mereka ini akan dilantik menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Langkah untuk mendapatkan kakitanan yang terbaik untuk berkhidmat di dalam sektor awam ini merupakan satu langkah yang bijak. Dengan ini kita mengharapkan agar kualiti penuntut di Politeknik dan Kolej Komuniti akan turut meningkat.

Namun begitu persoalannya, jika diukur daripada suasana sistem perkhidmatan awam sekarang...

1. adakah mereka-mereka yang balik dan kemudian berkhidmat akan kekal di perkhidmatan awam?
2. adakah mereka-mereka yang cemerlang ini digilap sepenuhnya potensinya dengan berkhidmat di perkhidmatan awam?
3. adakah mereka yang cemerlang ini akan menjadi peneraju kepada perkhidmatan awam?
4. adakah mereka yang cemerlang ini akan terus bekerja dan bekerja sehingga pencen dengan hanya di gred 44?

Persoalan yang perlu dijawab dan sememangnya mudah untuk dijawab. Dengan scenario sekarang ini, kita merasakan adalah amat rugi dan membazir jika potensi anak-anak Malaysia yang bijak dan cemerlang ini terpendam setelah mereka mula berkhidmat dengan kerajaan.

Ubahlah minda, majulah ke depan.

Monday, March 19, 2007

Cuepacspa.com

Sewaktu melayari internet, saya terjumpa laman web www.cuepacspa.com. Ini adalah sebuah laman web mengenai pelan perlindungan kemalangan Cuepacs. Secara ringkasnya bayaran bulanan adalah sama ada RM6 atau RM12 sebulan. Jika dikira mengikut tahun, RM96 atau RM144 setahun.

Segala maklumat boleh didapati di laman web tersebut.

Wednesday, March 14, 2007

Gred 41

Apa itu gred 41? Jika di dalam sistem perkhidmatan awam ini, gred 41 ialah gred di mana mereka-mereka yang berkelulusan ijazah sarjana muda akan diterima berkhidmat di perkhidmatan awam. Kebiasaannya gred 41 merupakan gred asas bagi mana2 calon yang berkelulusan universiti untuk masuk berkhidmat di sektor awam.

Jika dilihat dari segi tangga gaji, secara umumnya lingkungan gaji adalah diantara RM1600 - RM2000 tidak termasuk elaun tetap. Gaji ini bolehlah dikira kompetitif jika dibandingkan dengan sektor swasta.

Walaubagaimanapun, bagi gred 41 kenaikan gaji tahunan adalah lebih kurang RM 80 ringgit setahun. Dengan bekerja selama lima tahun, kenaikan gaji keseluruhan adalah RM 400 ringit. Jika ini dibandingkan dengan sektor swasta (kepada golongan profesional), amat jauh dan besar bezanya. Bayangkan pengalaman dan kepakaran selama lima tahun itu membuatkan golongan profesional ini terasa perbezaannya.

Walaupun ramai yang memilih untuk keluar dan menyertai sektor swasta, namun begitu bukanlah gaji yang menjadi faktor utama. Tanyalah kepada para jurutera, doktor, peguam, arkitek dll. tentunya ramai yang mungkin tertanya-tanya mengapa terjadinya sedemikian.

Bukankah di dalam sektor awam ini lebih terjamin? Bukankah kerjaya juga terjamin? Bukankah orang mengatakan sektor awam ini kerjanya lebih ringan? Persepsi yang telah ditanam itu perlu dibuang jauh-jauh.

Kepada yang diluar sana yang mempunyai lulusan di dalam bidang yang berteraskan sains dan teknologi, tentunya anda merupakan pelajar yang cemerlang satu masa dahulu.Kerajaan juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menuntut di dalam bidang-bidang ini.

Walaupun begitu, inisiatif yang diambil oleh kerajaan di dalam perkhidmatan awam setakat ini menimbulkan rasa curiga tentang kesungguhan kerajaan di dalam memberikan pengiktirafan terhadap profesyen dan kerjaya bidang-bidang berkenaan di dalam sistem perkhidmatan awam.

Monday, March 12, 2007

Mengapa masih dikatakan lembab?

Dengan memiliki 1.2 juta kakitangan awam di kalangan 25 Juta rakyat Malaysia, sepatutnya perkhidmatan awam tidak mempunyai masalah dengan sistem penyampaian. Oleh kerana sistem penyampaian dilihat sebagai amat bermasalah, maka di dalam RMK-9, kerajaan telah menjadikannya sebagai salah satu teras kepada kejayaan RMK-9.

Sesungguhnya ini satu perkara yang memalukan! Memalukan kerana sistem perkhidmatan awam yang telah diwarisi daripada British telah menjadi tidak releven dengan suasana sekarang. Sistem penyampaian yang sepatutnya menjadi perkara asas telah ditandakan sebagai lemah, kurang berfungsi dan lembab.

Persoalan timbul mengapakan perkara ini terjadi? Bukankah sektor awam memiliki mereka yang 'hebat-hebat' yang bekerja di dalamnya. Di dalam organisasi, jika dikatakan 'sistem' yang lemah, maka ia akan memperlihatkan kelemahan kepada penggubal dasar-dasar awam. Para-para penggubal ini telah merangka satu sistem yang telah mengakibatkan berlaku kelembapan kepada sistem penyampaian seperti terlalu banyak birokrasi, tempoh yang terlalu lama, kekurangan kepakaran di dalam sektor tertentu ataupun kurang mesra kepada entiti perniagaan. Kesemua ini mendatangkan kesan yang besar kepada perancangan kerajaan di dalam RMK-9.

Penggubal dasar yang tidak pernah berniaga telah dipertangungjawabkan untuk mewujudkan suasana yang kondusif unttuk perniagaan. Oleh kerana telah sedar dengan kelemahan para penggubal dasar ini, maka telah diwujukan satu organisasi yang dinamakan PERMUDAH. Bagi membantu penggubal dasar ini yang tidak pernah pun menjalankan perniagaan, dilantik ahli-ahli korporat untuk membantu mereka.

Daripada keadaan ini dapat dilihat bahawa sikap kerajaan untuk mengekalkan dan melantik penggubal dasar yang sama akan memberi implikasi negatif kepada sistem perkhidmatan awam.

Perlantikan ini sepatutnya dibuat dengan mengambilkira kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu. Perlantikan yang dibuat ini hanya bersandarkan ke atas jawatan di mana semua telah sedia maklum bahawa jawatan yang diisi tersebut bukanlah di atas kepakaran tetapi peraturan.

Sunday, March 11, 2007

Biasiswa JPA

Salah satu cara untuk mendapatkan pendidikan peringkat tinggi secara percuma ialah melalui cara mendapatkan bantuan biasiswa. Di Malaysia, antara biasiswa yang popular ialah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Biasiswa ini mempunyai syarat-syarat yang ketat dan kebiasaannya mereka yang berjaya merupakan mereka yang berjaya dengan cemerlang di dalam keputusan peperiksaan SPM. Mereka yang berminat untuk memohon bolehlah click di sini sebelum 22 Mac 2007.

Berjaya mendapatkan biasiswa ini juga merupakan salah satu cara untuk menyertai perkhidmatan awam. Secara teorinya, mereka yang mendapat biasiswa akan diikat secara kontrak untuk berkhidmata dengan kerajaan di antara 5 - 10 tahun bergantung kepada bidang pengajian.

Melalui cara inilah, kerajaan akan mendapat 'the best brain of Malaysian' untuk berkhidmat di sektor awam. Tentunya para profesional seperti para doktor, jurutera, saintis, arkitek dan lain-lain lagi akan memberikan khidmat bakti kepada negara dengan penuh minat dan tekad.

Ini adalah amat penting kerana demi memajukan negara, pakar-pakar sebegini akan dapat membantu mempercepatkan wawasan Malaysia ke arah negara maju. Tidak dapat dinafikan, untuk menjadi negara maju, sektor awam perlu maju dahulu.

Namun jika di kaji dengan teliti, ke manakah golongan-golongan bijak pandai yang merupakan pelajar cemerlang ini di dalam sektor awam. Mereka-mereka ini yang terdiri daripada para doktor, jurutera, saintis, pensyarah dll. seperti tidak dirasai akan kehadiran mereka.

Persoalannya adakah mereka sudah menjadi kurang bijak, kurang IQnya, tidak balik berkhidmat dengan kerajaan, ataupun sudah memilih langkah bijak yang lain? Adakah kita ketiadaan golongan profesional ini ataupun golongan profesional ini menyepikan diri.

Jika Nur Amalina, seorang pelajar cemerlang yang sedang melanjutkan pengajiannya di dalam bidang kedoktoran dan akan pulang berkhidmat dengan kerajaan, di manakah posisinya nanti?

Kepada para lepasan SPM yang cemerlang ini, diucapkan tahniah dan rebutlah peluang untuk mendapatkan biasiswa JPA ini kerana anda merupakan yang terbaik di dalam generasi anda.

Dan sebagai yang terbaik, anda perlu diletakkan di tempat yang terbaik di dalam kerjaya anda kelak.

Faedah-Faedahnya

Dengan bekerja di sektor awam, secara automatiknya terdapat beberapa faedah kepada mereka yang bekerja di sektor awam berbanding dengan sektor swasta. Walaubagaimanapun harus diingat bahawa di dalam sektor awam ini terdapat berbagai kategori samada secara :

1. Tetap
2. Kontrak
3. Sambilan
4. Sementara
5. Sangkut
6. Pekerja Khidmat Singkat

Di antara kesemua kategori di atas, kategori yang pertama ialah kategori yang paling mempunyai banyak faedah dan kelebihan. Bagi kategori yang lain, ia mungkin diadakan kerana untuk memenuhi jawatan yang sementara, mengganti kakitangan tetap yang tiada bagi tempoh yang lama dan sebagainya.

Bagi kakitangan awam yang dilantik secara tetap, kemudahan-kemudahan yang biasa diperolehi ialah imbuhan tetap khidmat awam, elaun COLA, imbuhan tetap perumahan, elaun wilayah (bersyarat) dan beberapa elaun lain mengikut jawatan.

Selain dari itu, kemudahan rawatan di klinik/hospital kerajaan adalah percuma untuk diri dan tanggungan.

Demikianlah sedikit sebanyak faedah-faedah bagi seseorang yang menjawat jawatan di sektor awam tetapi yang paling menarik ialah jaminan pekerjaan dan pencen. Tidak dinafikan faktor yang dua inilah yang menarik ramai orang untuk menawarkan diri berkhidmat di sektor awam.

Thursday, March 8, 2007

Lulus temuduga

Sepucuk surat membawa berbagai makna dan implikasi. Sepucuk surat bakal merubah kehidupan seseorang.

"Tahniah, anda telah lulus temuduga..."

Ungkapan ini membuatkan ramai orang bakal terseyum dan ada yang melompat kegirangan. Ini adalah antara ungkapan 'hitlist' yang ditunggu-tunggu dengan penuh harapan oleh ramai orang.

Apatah lagi apabilan menerima surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang tugas utamanya ialah mencari orang untuk berkhidmatan di dalam kerajaan.

Namun begitu, kepada mereka diluar sana yang ingin berkhidmat di sektor awam (kerajaan), terdapat berbagai-bagai lagi agensi yang boleh membuat temuduga tanpa perlu melalui SPA.

Jika dilihat di akhbar-akhbar utama, terdapat berbagai-bagai iklan untuk jawatan kosong samada daripada badan berkanun, universiti, pusat penyelidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Kerajan Negeri, Majlis Tempatan dan berbagai lagi.

Jawatan-jawatan tersebut pula daripada lulusan SRP/PMR hinggalah ke Ijazah dan Ph.D. OLeh itu selain daripada SPA, masih ada ruang lain untuk dicuba.