Dah hampir seminggu Laporan Audit Negara 2007 dicanangkan di seantero negara. Jika mengikut rakan-rakan politik, berita audit ini diadakan bagi memesongkan tragedi di Batu Buruk baru-baru ini. Tetapi semalam semasa menonton Buletin Utama, penjelasan (alasan) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah di dedahkan oleh Ketua Audit.
Tentulah setiap Kementerian perlu memberi penjelasan kepada laporan tersebut seperti yang diarahkan. KBS juga secara khusus diminta menjelaskan perkara ini pada 9 September lalu oleh TPM. Sebelum ini ada terdengar alasan yang menyatakan "perkara tersebut berlaku di dalam zaman sebelum saya dilantik,...". Alasan ini memang alasan yang popular selalu yang digunapakai di seantero negara untuk melepaskan diri. Alasan ini sering digunakan oleh pekerja gomen yang selalu berpindah atau dipindahkan di kementerian atau negeri.
Walaupun alasan ini sukar diterima minda, namun ianya menjadi lumrah dan jarang ada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap salah urus dana awam tersebut. Mengapa ini berlaku.? Adakah kerana terlalu ramai pihak yang harus dipertanggungjawabkan, atau kerana ianya membabitkan golongan tertinggi di kementerian tersebut?
Merujuk kepada Buletin Utama semalam, alasan KBS ialah 'kementerian tidak berpengalaman dan berpengetahuan di dalam menguruskan tender rundingan terus tersebut'. Wah! Inikah alasannya....lantas membuatkan teori ini betul. Ketua Audit sendiri semasa sidang medianya menyatakan bahawa Kementerian tersebut tidak mempunyai pegawai yang kompeten. Tak tahulah pula samada pegawai tersebut lulus PTK atau pun menggunakan sistem borong sahaja. Itu cerita lain.
Kemudian ianya ditambah, 'ini menyebabkan salah tafsir dan hilang tumpuan'. Lantas Kementerian tersebut menyatakan hanya ada seorang KPSU dan PSU di dalam bahagian pembangunan. Ini mungkin bagi menunjukkan bahawa kurangnya pegawai untuk membuat kerja ataupun untuk menunjukkan bahawa dua pegawai ini sahaja yang tidak kompeten (huh). Kementerian juga mencadangkan bahawa kedua-dua pegawai tersebut tidak dikenakan tindakan surcaj.
Entah bagaimana pula boleh keluar cadangan ini yang akan memperlihatkan bahawa kesalahan tersebut seolah-olah dilakukan oleh mereka berdua sahaja. Di dalam kes ini memang akan berlaku ketidakadilan kepada KPSU dan PSU tersebut jika mereka berdua sahaja dikenakan tindakan. Bagaimana dengan SUB, TKSU dan KSU? Mungkin ada pihak atasan lain juga perlu dipertanggungjawabkan. Semuanya ingin lepas tangan dan tidak mahu menerima tanggungjawab. Tetapi jika ada berlaku kejayaan atau kebanggaan kementerian, laju sahaja untuk menonjolkan diri.
Secara umumnya, KBS mengakui tidak mahir dan kurang berpengetahuan. Oleh itu marilah kita perbaiki sistem sedia ada ke arah yang lebih baik semoga jentera sektor awam semakin berprestasi tinggi. Jangan buatkan orang seperti Hamdan Ibrahim (pembaca Malaysiakini) semakin marah. Ramai lagi orang seperti Hamdan ini diluar sana menunggu pengurusan yang lebih cekap di sektor awam.

No comments:
Post a Comment