Sunday, June 14, 2009

Kerja kosong Pakej Rangsangan

Untuk makluman semua, pada masa sekarang ni terdapat banyak kerja-kerja kosong yang ditawarkan oleh beberapa Kementerian dan Agensi-agensi di bawah Skim Pakej Rangsangan. Jawatan yang ditawarkan berstatus kontrak selama 6 bulan. Namun begitu ianya adalah lebih baik berbanding jawatan Pekerja Khidmat Singkat (PKS).

Oleh itu kepada sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada laman web setiap kementrian ataupun iklan di akhbar-akhbar untuk mendapatkan maklumat.

Friday, May 1, 2009

Siapa bekas KSU ni..?

Sedang kita menyambut Hari Pekerja 2009 kali ini, nampaknya kita dikejutkan dengan laporan akhbar daripada SPRM. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pesurujaya SPRM yang menyatakan kertas siasatan berada pada peringkat akhir.

Sebenarnya belum ada apa-apa keputusan mengenai siasatan tersebut tetapi ianya telah membangkitkan satu senario di dalam perkhidmatan awam kerana ia membabitkan seorang KSU.

Iyalah di Malaysia ini hanya ada beberapa kerat KSU. Ada KSU yang cuma jadi 'seat warmers' dan ada juga yang 'actual doers'. Ada KSU yang duduk di kerusi tersebut hanya untuk beberapa bulan sahaja dan kemudiannya berpindah ke kerusi yang lain. Dan seterusnya proses ini berlaku seolah-olah kerajaan ni mereka punya.

Di dalam rombakan KSU yang diumumkan oleh KSN pada 21 April 2009 yang lalu, ianya berlaku disebabkan oleh penstrukturan beberapa kementerian daripada pengumuman DS Najib baru-baru ini.

Tetapi pekerja-pekerja gomen juga telah dapat membaca apa yang berlaku. Rombakan kali ini juga diambil kesempatan untuk memindahkan beberapa orang yang mungkin telah menimbulkan masalah di tempat lama mereka.

Pekerja gomen sebenarnya kecewa dengan bentuk tindakan yang selalunya diambil iaitu dengan memindahkan sambil menaikkan pangkat terutama kepada pegawai-pegawai tinggi.

Tindakan sebegini mungkin digunakan bagi menjaga nama baik pekerja gomen tinggi itu serta nama baik perkhidmatan awam. Tindakan sebegini juga boleh disalahertikan sebagai mendapat ganjaran dan bukannya hukuman.

Jika KSN telah menerima aduan, mohon untuk disiasat. Apatah lagi aduan pula bukannya daripada surat layang dan boleh dikatakan 'valid'. Tentu ada yang tidak kena.

Berbalik kepada isu ini, mohon agar siasatan dapat dijalankan dengan seadil-adilnya.

Selamat Hari Pekerja 2009-Kerana Mu Malaysia Maju

Tuesday, April 28, 2009

Merentasi Transformasi JUSA

Lama tidak menjenguk ke sini...lama tidak meyambut ajakan-ajakan rakan-rakan untuk memberikan input-input yang menyegarkan. Bukan apa cuma masa kurang mengizinkan untuk menulis. Banyak peristiwa yang aneh-aneh telah berlaku semenjak peninggalan kerjagomen ini.

Namun begitu kepada para pembaca yang mengirimkan email, terima kasih diucapkan samada berbentuk positif mahupun negatif. Ini menunjukkan telah mula terbit bibit kesedaran terhadap orang kerja gomen itu sendiri atau penjawat awam untuk berubah dan berubah demi kebaikan organisasi, kerjaya dan perkhidmatan awam itu sendiri.

Hari ini 27 April 2009, telah berlangsung satu majlis yang perdana di PICC berkaitan perkhidmatan awam. Tak perlulah diceritakan apa yang ada di majlis ini cuma ia merupakan satu majlis di mana PM baru Datuk Seri Najib pertama kali akan berucap di depan pekerja gomen selaku Perdana Menteri. Cuepacs pula tidak dijemput ke majlis ini. Mengapa ini terjadi, cuba tanya PTD di JPA..mungkin mereka lebih tahu.

Apapun ternyata usaha-usaha yang dijalankan kerjagomen selama ini semakin mendapat perhatian. Boleh merujuk ke tulisan-tulisan terdahulu dan ianya telah mula digerakkan oleh PM sendiri melalui ucapan beliau itu:

Di bawah kaedah ini, Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan lain selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.

Satu transformasi amat diharapkan. Saya sendiri telah lama memberitahu bahawa potensi modal insan yang amat besar yang ada di dalam perkhidmatan awam tidak dicungkil dengan sepenuhnya kerana terdapat dasar-dasar pincang yang masih ingin dipertahankan oleh golongan tertentu. Ini merupakan halangan-halangan yang harus ditempuhi oleh PM di dalam merencanakan agenda pembaharuan di dalam perkhidmatan awam.

Satu langkah pertama yang bermakna di dalam memartabatkan sektor awam.