Bajet atau Belanjawan telah dibentangkan Jumaat lepas. Nak tak nak saya tidak dapat lari dari memperkatakan mengenai perkara tersebut. Pada mulanya tidak ingin untuk menyentuh mengenai bonus namun setelah ramai rakan seangkatan memberikan reaksi serta setelah mendengar alasan yang diberikan daripada pihak majikan (kerajaan) eloklah diulas serba sedikit.
Menurut akhbar, oleh kerana kerajaan telah memberikan kenaikan gaji mulai bulan Julai maka bonus tidak diberikan. Untuk menguatkan alasan tersebut lagi, diambil pula satu contoh di mana ada pekerja gomen yang menerima kenaikan gaji tersebut bersamaan dengan 4 bulan bonus. Di dalam ucapan di Dewan Rakyat juga PM telah menggunakan alasan RM8 billion ini.
Di dalam akhbar ini pula, ditambah lagi satu sebab iaitu bagi memastikan wujudnya dana untuk menangani isu sosioekonomi. Ini mungkin merupakan alasan tambahan bagi memberikan lebih justifikasi tindakan tersebut.
Pekerja gomen memahami bahawa pemberian bonus adalah merupakan hak mutlak kerajaan selaku majikan dan bergantung kepada kemampuan. Walaupun demikian untuk mengatakan bonus tidak boleh diberikan kerana telah mendapat kenaikan gaji adalah sesuatu yang sungguh malang. Tentu mereka sedar bahawa bonus dan kenaikan gaji adalah dua perkara yang berbeza. Kenaikan gaji ini merupakan semakan setelah 15 tahun dan ianya merupakan satu tempoh yang lama. Kenaikan gaji adalah berdasarkan juga kepada kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi akhir-akhir ini ditambah dengan kenaikan harga minyak yang memberikan implikasi rantaian terhadap semua harga barangan.
Walaupun demikian, TPM ada mengatakan bahawa ada kemungkinan pengumuman pemberian bonus berkemungkinan berlaku walaupun selepas Bajet. Saya melihat ini merupakan satu langkah untuk meredakan ketegangan sahaja. Namun begitu pernah juga kerajaan memberikan bantuan khas Hari Raya (tidak dinamakan bonus) kepada pekerja gomen. Jika ini berlaku, pemberian bantuan tersebut biasanya adalah kurang daripada pemberian bonus.
Walaupun demikian segalanya masih berkemungkinan.

No comments:
Post a Comment