Monday, July 2, 2007

Gaji Guru DG41

Sejak pengumuman kenaikan gaji baru-baru ini, keluhan dan rintihan yang kedengaran kebanyakannya adalah daripada kalangan guru di gred 41. Rintihan para-para guru kita ini secara umumnya adalah daripada kalangan guru yang telah lama berkhidmat di gred 29 dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Guru-guru ini merupakan guru yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah demi untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dan menyahut dasar pensiswazahan guru oleh kerajaan. Dengan memilih untuk melanjutkan pelajaran, mereka mendapat cuti belajar dan hanya dibayar separuh gaji sepanjang tempoh pengajian tersebut. Secara puratanya, tempoh pengajian adalah selama 3 tahun.

Setelah tamat pengajian, biasanya (bukan secara automatik kerana ada beberapa proses lain lagi) guru-guru ini akan dinaikkan pangkat dari gred sebelumnya ke gred 41. Kesan daripada kenaikan pangkat tersebut, guru-guru tadi akan kehilangan senioriti kerana akan dilantik pada P1T1 tanpa mengambilkira tempoh perkhidmatan sebelumnya.

Sebenarnya inilah punca yang membuatkan isu ini menjadi hangat dan ditambah dengan kesan ‘pemberian kenaikan’ gaji baru-baru ini membuatkan keadaan menjadi bertambah tertekan buat guru-guru tersebut. Perkara ini telah diulas dengan panjang lebar oleh para guru.

Perkara ini juga berlaku kepada semua pekerja gomen yang naik pangkat dari kategori kumpulan sokongan ke kategori kumpulan pengurusan dan profesional. Ini kerana apabila seseorang pekerja gomen itu mendapat kenaikan pangkat seperti yang disebut tadi, kekananan perkhidmatannya akan hilang apabila dinaikkan pangkat ke gred baru. Apa yang boleh dibawa bersamanya hanyalah tempoh perkhidmatan di dalam kerajaan untuk dikira bagi tujuan pencen.

Apabila ini berlaku kepada pekerja gomen yang meningkatkan ilmu serta kemahirannya, ditambah lagi dengan pengorbanan yang terpaksa dilaluinya, maka tentu sedikit sebanyak akan timbul kekecewaan kepada pekerja gomen tersebut.

Persoalannya mengapa arahan sebegini berlaku? Mengapa kelemahan kepada peraturan ini boleh timbul? Jika diperhalusi perkara ini, hasrat kerajaan untuk meningkat modal insan di kalangan pekerja gomen boleh terbantut. Sudah pasti pekerja gomen akan merasakan ada pula kerugian jika menyambung pelajaran kerana sebab-sebab seperti yang dinyatakan tadi. Kesannya ialah usaha kerajaan untuk meningkatkan modal insan kakitangannya sendiri akan menjadi kurang berjaya.

Walaubagaimanapun mengikut laporan akhbar ini, perkara ini telah dirujuk kepada JPA untuk diselesaikan.

Bertindaklah dengan bijak dan rujuklah kepada pihak-pihak berkenaan sebelum sesuatu dasar atau polisi dalaman kerajaan dikeluarkan.

9 comments:

Anonymous said...

Tangga Gaji Marginal yang diperkenalkan oleh JPA tidak ada cacat celanya. Tetapi yang menjadi masalah rintihan para guru yang sebelumnya DG32 dan menyambung pengajian lalu dinaikkan pangkat ke DG29 ialah sistem kenaikkan pangkat (KPSL) itu sendiri. Sistem sediada akan membandingkan gaji terakhir sebelum guru itu menyambung belajar dan gaji permulaan setelah dinaikkan pangkat (iaitu gaji DG41). Sebenarnya ianya bukan terjadi kepada guru sahaja. Mana2 pegawai kerajaan yang berkhidmat di gred 32 @ 36 kemudian memperolehi ijazah lalu dinaikkan pangkat ke 41, perkara tetap sama dibuat. Oleh itu dakwaan guru teraniaya dengan pelarasan gaji baru ini adalah 'pembohongan terancang'..sebabnya bukan guru sahaja, tetapi semua kakitangan awam yang dapat KPSL ke gred 41..

Anonymous said...

Terima kasih diucapkan kepada Pak Lah kerana mengumumkan kenaikan gaji terbaru kakitangan awam. tapi apa yang saya nak nyatakan disini, saya sebagai seorang guru yang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan berasa tidak puas hati kerana kami guru-guru yang melanjutkan pelajaran akan menerima gaji hanya lebih RM 50 - Rm 100 sahaja berbeza dengan gaji guru seposting yang tidak melanjutkan pelajaran. kami telah mengorbankan masa, keluarga malah dengan separuh gaji untuk menyahut seruan kerajaan, tapi apa yang kami dapat hanyalah perbezaan gaji yang hanya RM 50-Rm100. berbanding pula dengan guru yang telah mengajar 10 tahun terus mendapat DGA32, sedangkan kami guru yang menyambung pelajaran mempunyai pengalaman 8,9 dan ada yang 10 tahun. tapi mereka menerima kenaikan gaji sehingga Rm2,400.
adilkah ini............. renung-renungkanlah wahai Pak Lah.....
Jangan Menganiaya guru-guru ini lagi
Menteri Pelajaran pun tak boleh pakai....
asyid nak salahkan guru....
takkan Menteri Pelajaran makan gaji buta kot.............
dulu masa Najib pegang Menteri Pelajaran dapat gak guru merasa kenaikan gaji 10% tapi bila Hishamudin pegang....... satu sen pun tak da......
mentang-mentang la gaji dia dah banyakkkkkk
kami yang separuh gaji ni.........
tapi suruh guru-guru menyambung pelajaran... hampeh punya menteri pelajaran......

Anonymous said...

Aku setuju dengan apa yang di katakan oleh anonymous tu. Hanya guru-guru yang mengalami nasib begitu yang mengerti. masa najib dulu memeng ada pembelaan yang wajar. Ntah lah, leps pak lah jadi PM, Najib akan jadi PM...hmm aku lega lagi. Tapi nanti laps najib,...ntah lah...tak de 'sekor'pun yang layak..ops maaf. tapi semua orang satu malaya pun tau. itulah hakikatnya. Apapun kepada pihak yang berwajib, sila ambil perhatian..jangan sudah, nanti nasi jadi bubur...dah terhantuk baru nak terngadah..cit!! poorah, boleh blah!

Anonymous said...

Begini sajalah bagi rakan2 yang senasib dengan saya (Kumpulan yang teraniaya).... Kalau keluhan kita tidak mendapat penyelesaiaan yang memuaskan dari pihak yang berkenaan....tak mengapa....tugas dan amanah tetap kita junjung kerana yang bersalah bukannya anak didik kita tetapi BAHALUL-BAHALUL yang tidak bijak melaksanakan sistem... Tetapi insyallah... mereka2 ini pasti akan ditanya sesudah mati kelak tentang bagaimana cara mereka memimpin semasa hidup di dunia dan berapa ramai manusia yang teraniaya disebabkan oleh kepimpinan mereka... Yang teraniaya itu adalah kita serta keluarga kita dan kesannya terhadap generasi keluarga kita seterusnya...

ayieLembahBenum said...

wei x keje lain ko nak pertikai bab gaji 41 ni...kena tengok ke depan la... yg dg41 ni kan banyak peluang naik pangkat ... itu x dikira faedah ke... memula mmg skit dpt... pastu dpt naik pngkat dpt lagi banyak...lain la kalau dah x layak naik naik pngkat...dok la kat dg41 tu smpai pencen... setahu aku mana ada dr dga29 ke dg41 dia beri p1t1 kat dg41...mesti beri gaji terhampir dgn gaji skrg la... nak jadi isu pun kena la belajar jugak bab2 nak letak gaji utk lantikan ke gred baru, nnti org kata cikgu ni asyik nak pertikai bab gaji jer smpai ke pencen...sory to say that...murid didahulukan pencapaian diutamakan...amacam

Anonymous said...

apa daa..gaji naik sikit tapi barang dah mahal giler.. ni minyak nak naik

Anonymous said...

lebih jelasnya org tak puas hati peratus kenaikan gaji yg pak lah bg dulu tak adil lahhh..peratusan tak sama.. yg sambung belaja dengan yg tak sambung belaja pun gaji lebih kurang sama (baik tak sambung belaja) lebih2 lg guru yg baru beberapa thn posting dan lepas tu sambung belaja, bila peratusan gaji naik, cuba bygkn berapa kenaikan guru tu dengan guru yg tak sambung belaja yg berkhidmat sama thn? mcm mana tu?

Anonymous said...

Berlakunya jurang perbezaan gaji yang begitu besar disebabkan oleh kenaikan gaji 25% bagi kumpulan sokongan dan 10% pada kumpulan profesional.Jika jurang perbezaan itu tidak diselesaikan,tentu akan menimbulkan rasa patah hati yang tidak terhingga.Walaupun pihak kerajaan telah mengambil kira tempoh perkhidmatan DG29 sebagai menjaga hati kumpulan DG 41,tetapi yang baru dilantik juga akan menikmati keistimewa itu.Jagi gaji mereka akan bertambah banyak lagi.

Anonymous said...

Kenaikan gaji bg gred sokongan(29 & 27) hanyalah RM 66.55 berbanding Gred 41 sebanyak RM 92.00..jadi tidak timbul permasalahan gaji kumpulan sokongan akan mengatasi Kump Pengurusan...Isu ini hanyalah pembohongan semata-mata...
Yg menjadi masalahnya adalah tempoh kenaikan pangkat dimana Guru DG 29 mendapat kenaikan selepas 10 tahun manakala bg lain2 kumpulan sepeti S,N dll hanya mendapat kenaikan selepas 15tahun dan bg mereka di kerajaan negeri lebih lg..jadi ini adalah suatu ketidak adilan....
sy mencadangkan agar tempoh kenaikan pangkat bg semua Kelas Kump Sokongan diseragamkan dan kenaikan Gaji tambahan diberi sebanyak
Kump D&C 18%
Kump B 15%
Kump A 10 % lg...
angka ini adalah sesuai dengan kadar inflasi semasa negara.