Sabtu 16 Jun 2007, pihak JPA telah mengeluarkan pekeliling gaji baru bagi kakitangan awam. Maka dengan ini rasmilah pemberian kenaikan gaji (bukan semakan) kepada kakitangan awam. Bagi kakitangan awam diperingkat negeri, pengumuman daripada negeri masing-masing perlu dinantikan terlebih dahulu (ada negeri yang telah umumkan).
Proses kira mengira akan berlangsung dengan rancak, peningkatan aktiviti matematik secara ketara bakal dilihat kepada kakitangan awam. Jika soalan PTK ada yang bersangkut paut dengan bidang gaji dan peratusan, nescaya ramai yang akan menjawab dengan tepat dan betul. Harap JPA dengan angka 70% dan Cuepacs dengan angka 50% akan dapat membuktikan ketepatan pengiraan masing-masing.
Namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan dan alasan yang bermakna mengenai isu peratusan lulusan PTK di kalangan penjawat awam. Mungkin juga tiada angka tersebut...
Sunday, June 17, 2007
Gaji baru
Posted by Civil Servant @ 17:37
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kadang2 aku lihat mcm tak adil plak bila terdapat lantikan ke PTD tetap atas dasar sempati.sepatutnya bila x dpt secara tetap dan tamat kontrak pandai2lah cari kerja lain.xreti2 lg ke?ini sampai tulis surat sana sini minta sempati dan campur tangan politik untuk selesaikan masalah yg dihadapi.
Post a Comment