Dipetik dari Laman Marhaen
CADANGAN PENYELESAIAN
1. Rombakan Ke atas Jawatankuasa Kerja Pembangunan Organisasi (JKK-PO), BPO, JPA
JKK-PO telah bertanggungjawab, membuat keputusan berkaitan penyusunan semula organisasi. Pada pandangan saya Punca kuasa JKK-PO adalah tidak jelas iaitu sekadar melalui Arahan Pentadbiran Bahagian Perjawatan Bil. 5/1992 sedangkan keputusan yang dibuat JKK-PO memberi impak besar kepada penjawat awam khasnya dan kerajaan amnya. Keahlian JKK-PO dikuasai sepenuhnya oleh PTD yang akan membuat keputusan untuk pelbagai skim perkhidmatan. Pendekkata peribahasanya,Hakim Berok wujud disini.
Sehubungan itu, punca kuasa JKK-PO hendaklah jelas dan dari peringkat tinggi iaitu sekurang-kurangnya Kertas Kabinet sementara keahlian JKK-PO pula hendaklah dari semua Ketua Perkhidmatan atau wakilnya skim perkhidmatan.
2. Jawatan Terbuka
Jawatan tertinggi yang kini hanya boleh diisi oleh PTD perlu dijadikan Jawatan Terbuka iaitu Jawatan KSN. Bagi jawatan KSU dan Timbalan KSU pula ianya perlu dibuka kepada Ketua Jabatan dari jabatan atau agensi dibawah Kementerian berkenaan. Contohnya, KSU Kementerian Kesihatan adalah bekas Ketua Pengarah Kesihatan seorang doktor dan begitulah seterusnya. Ketua Pengarah Pelajaran perlu diberi peluang menjadi KSU Kementerian Pelajaran (Dulunya jawatan KP Pelajaran lebih tinggi dari KSU Pelajaran tapi kini zaman Pak Lah dah bertukar begitu juga dengan kebanyakkan kementerian – Kini kebanyakan Ketua Perkhidmatan (Non-PTD) lebih rendah pangkat dan kedudukan dari KSU Kementerian (PTD)).
3. Kajian Semula Penjawatan Sebagai SUB, KPSU dan PSU.
Amalan semasa, jawatan di atas di bahagian-bahagian di kementerian-kementerian didominasi oleh PTD kecuali Bahagian Teknologi Maklumat (ini pun setelah diperjuangkan oleh persatuan Pejusa dimana sebelum 2004 ianya dipegang oleh PTD sepenuhnya). Jawatan SUB, KPSU, PSU Bahagian di Kementerian perlu dijalankan oleh penjawat dari skim yang berkenaan. Contohnya SUB, KPSU, PSU Bahagian Kewangan perlulah seorang akauntan, SUB, KPSU, PSU Bahagian Perhutanan perlulah pegawai dari Jabatan Perhutanan. Banyak kesan positifnya, ini dapat dilihat apabila SUB Bahagian Teknologi Maklumat diberikan kepada Pegawai Sistem Maklumat. Sewaktu PTD menduduki SUB BTM, amat payah dan sukar kerana mereka ini kebanyakkanya tak tahu apa-apa terutama semasa hendak buat perolehan IT, kita buat kerja untuk dia. Kini tak berlaku lagi, SUB BTM akan beri tunjuk ajar dan nasihat kerana IT ini bidangkerja mereka, semuanya ada dalam kepala mereka.
Bagi Jabatan Pelajaran Negeri pula, dicadangkan PTD dikeluarkan dari Bahagian Perkhidmatan dan diisi oleh pegawai pendidikan yang berkelulusan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dan seumpamanya atau dikhaskan kepada skim N. Sementara di Bahagian Kewangan pula di isi oleh pegawai pendidikan yang berkelulusan akaun dan seumpamanya atau diberikan kepada skim W. Ini kerana tiada alasan yang kuat oleh kerajaan uintuk meletakkan PTD berkelulusan pelbagai ini di tempat berkenaan, jadi patut diletakkan ahlinya di situ.
4. Ketua Jabatan Bagi Jabatan Teknikal/Professional
Jawatan Ketua Jabatan bagi jabatan teknikal/professional perlu dikhaskan kepada ahlinya dari skim berkenaan. Sebagai contoh, adalah amat tidak patut jawatan Pengarah JAIPk, JAIS dan beberapa jabatan agama negeri lain dipegang oleh PTD yang diterbangkan dari pelbagai jabatan lain. Ini kerana pegawai-pegawai dari jabatan teknikal dan tertutup biasanya amat menjaga nama baik jabatan dan profesionalisme mereka dengan mematuhi etika profesion mereka kerana kesannya turut terpalit kepada profesion mereka.
5. Skim PTD Dipisahkan Kepada Pegawai Tadbir (N) & Pegawai Diplomatik (D).
Skim PTD perlu dipisahkan kepada dua iaitu pegawai tadbir dan pegawai diplomatik. Bagi skim pegawai diplomatik (D) hanya dibuka kepada lulusan degree hubungan antarabangsa dan seumpamanya. Penempatannya pula adalah sebagai pegawai-pegawai di Kementerian Luar Negari dan kedutaan-kedutaan di luar negera.
Bagi skim pegawai tadbir (N) pula hanya dibuka kepada lulusan degree pengurusan sumber manusia dan seumpamanya. Penempatannya pula ialah di Unit, Seksyen, Bahagian Perkhidmatan pelbagai Jabatan dan Kementerian. Keutamaan patut diberi penolong pegawai tadbir gred N17, N22 dan seumpamanya yang memiliki degree untuk menjawat jawatan ini. Ini kerana bilangan golongan ini ramai tetapi jawatan N41 adalah terhad kerana jawatan tersebut telah menjadi M41 yang diisi oleh PTD.
Jika cadangan ini diterima, PTD yang ada sekarang perlu diberi pilihan samada memilik N atau D. PTD yang sedia ada perlu juga diberi peluang untuk memasuki skim lain (teknikal/profesional) sebagaimana kelulusan degree mereka.
6. Sistem Pemilihan Pegawai Menduduki Jawatan Kanan dan Strategik Perlu Dirombak.
Kini jawatan kanan dan strategik dikuasai oleh PTD. Kaedah pemilihan untuk mencari pegawai terbaik perlu dirombak dimana amalan sekarang hanya tertumpu kepada pegawai PTD. Adakah pemilihan pegawai PTD dari kalangan lantikan baru oleh JPA dan diberi DPA oleh INTAN adalah kaedah terbaik dan tepat?.
Adalah lebih baik, pegawai terbaik dipilih dari kalangan penjawat awam dari pelbagai skim sedia ada. Kerana mereka ini telah mempunyai rekod perkhidmatan serta pengalaman kerja. Oleh itu pemilihan boleh dibuat dari kalangan pegawai gred 44 sebelum dinaikkan pangkat ke gred 48. Ini bermakna kaedah pemilihan pegawai terbaik dari kalangan lantikan baru dicadangkan dipinda kepada pegawai gred 44 untuk kenaikan pangkat gred 48. Ini juga bermakna, program DPA INTAN sebagaimana amalan sekarang dihentikan dan diberikan kepada pegawai kerajaan gred 44 untuk kenaikan pangkat Gred 48. Ini kerana gred 48 biasanya akan terlibat dengan pelbagai pengurusan. Dari kalangan mereka ini lah kerajaan mencungkil pegawai terbaik untuk ditempatkan ke jawatan-jawatan strategik di masa depan dan bukannya dari kalangan orang yang belum ada rekod perkhidmatan dan pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.
7. Keperluan Menetapkan Tempoh Minima Untuk Naik Pangkat.
Kerajaan perlu menetapkan tempoh masa minima untuk kenaikan pangkat. Sebagai contoh, pegawai perlu berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun untuk dinaikan ke Gred 44 dan 5 tahun seterusnya untuk dinaikkan ke Gred 48. Ini bermakna seseorang pegawai perlu berkhidmat sekurang-kurang 10 tahun sebelum dilantik sebagai pegawai kanan kerajaan. Untuk Gred 52 dan keatas mungkin tidak perlu ditetapkan tempoh masa minima. Fenomena sekarang iaitu kenaikan pangkat terlalu cepat dan laju oleh PTD perlu dihentikan segera. Adakah patut berkhidmat dengan kerajaan tak sampai 5 tahun dah dinaikkan pangkat gred 48 (pegawai kanan). Inilah punca utama penjawat dari lain-lain skim merasa dipinggir dan akan menjadikan skim PTD sebagai contoh semasa membuat tuntutan dan bantahan.
PENUTUP
Tulisan ini hanya melontar beberapa isu utama dan banyak lagi isu kecil berkaitan ketidakadilan kerajaan dalam perlantikan, penempatan dan kenaikan pangkat pegawai kerajaan antaranya;
a) JPA dengan mudah dan senangnya memberi JUSA C KUP kepada PTD, sedang ramai Non PTD berkhidmat lebih 10 tahun di gred 54 tetapi tidak diberikan.
b) JPA dengan mudahnya menempatkan PTD walaupun bukan di jawatan hakikinya. Contohnya Gred hakiki 48, diletakkan pegawai gred 52. Post N48 diletakkan M48, semua JPA boleh buat dan ada je alasan dan hujahnya.
c) JPA ada jawatan pool, mana-mana PTD bermasalah akan diletakan di situ. Kerja tak buat, gaji dapat (rugi duit kerajaan). Jika dari skim lain ada kes Mahkamah mungkin dah kena gantung kerja. Untung jadi PTD, senantiasa di bela. (Contoh KP Imigresen)
Diulangi sekali lagi PTD adalah lulusan degree rojak. Dimana kerajaan telah menempatkan orang yang tidak betul-betul faham, mahir dengan kerja berkenaan ke jawatan berkaitan yang penuh berkuasa dan berstrategik. Ini punca sebenar kenapa bocor situ bocor sini, runtuh situ, runtuh sini. Gikgu tak puas hati, polis tak puas hati, Jurutera mengeluh, Doktor boring. Pegawai sosial malas nak berurusan. Harga tender menjadi tinggi dan pelbagai masalah lagi. Prinsip keadilan dalam perlantikan iaitu right person to the right job perlu dilaksanakan.
Kita tidak mahu generasi Malaysia akan datang akan dikuasai oleh seseorang atau satu kelompok kecil sahaja. Bangsa Indonesia pernah mengalami suasana seperti ini dimana Presiden dikuasai oleh Ibu Tien yang didokong oleh ABRI dan dibantu oleh golongan tauke besar. ABRI menguasai setiap inci jentera kerajaan, tauke besar menguasai segenap cerok rantau ekonomi negara. Apakah kita nak biarkan Negara Malaysia mengalami nasib yang sama seperti di atas. PM dipengaruhi oleh anak menantu yang didokong/bersekonkol dengan PTD dan dibantu oleh tauke-tauke besar. Kes video Lingam adalah bukti perkara ini boleh berlaku.
Akhirkata, kita menaruh harapan penuh kepada PR yang dijangka membentuk Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu ketidakadilan diatas dengan memperbaiki sistem dan kaedah sebagaimana yang dicadangkan. Kami telah putus harap dengan Pak Lah dan Najib. Sementara Ku Li dan Muhyidin jika jadi PM dan TPM belum tentu akan ambil tahu perkara ini.