Setelah membaca akhbar mengenai isu honorarium ini, rasa nak tergelak pun ada. Saya akui saya tidak berkesempatan untuk menonton program bicarawara tersebut di TV1, oleh itu saya hanya tahu mengenai perkara ini melalui laporan akhbar.
Ternyata jawapan yang diberikan oleh KSN amat memeranjatkan. Ini kerana isu ini telah dinasihatkan sendiri oleh PM semasa Konvensyen Tritahunan Cuepacs agar dibawa berbincang dengan KSN. Di dalam majlis yang sama juga, KSN turut hadir dan sedia maklum mengenai perkara ini dan pada 7 Januari 2008, satu mesyuarat telah diadakan mengenai isu ini seperti yang diarahkan oleh PM.
Setelah 4 minggu mesyuarat tersebut diadakan, rupa-rupanya tiada tindakan diambil! Satu contoh pengurusan yang cekap dan berkualiti. Mengarahkan orang memang mudah, tetapi apabila kena pada batang hidung sendiri baru terserlah kelemahan.
Patutlah Cuepacs terus menempelak KSN diatas kelemahannya yang melibatkan pelanggan seramai 1.2 juta orang. Dia terlupa bahawa dia harus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang ramai. Dia juga terlupa dengan 'One Service, One Delivery and No Wrong Door' yang patut sahaja ditukar kepada 'One Simple Job, No Delivery and No Respond'.

Isunya sekarang ini bukannya dapat atau tidak honorarium itu tetapi tiada tindakan langsung daripada KSN dan itulah yang amat mengecewakan. Tiada tindakan dalam masa 4 minggu bermakna tidak cekap. Segan bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut.
1 comment:
Kenapa tak tanya penemuduga memang ramai yang minta tapi ramai yang mangkuk hayun, tak boleh jawap soalan temuduga.... Tanya perdana menteri malaysia pun tergagap.. tanya perdana malaysia pertama pun tak tahu. Sebagai rakyat negara malaysia nak kerja dengan kerajaan, perkara macam tu tak perlu diajar. Kalau dah lupa bapa negara, baik lupa nama bapak sendiri. Jangan salahkan cigku pulak, kalau dah di ajar tapi masih dungu, jangan salahkan org lain. Baiki diri sendiri dulu. Jangan selalu sangat lah nak cari salah orang, kenapa tak cuba pulak cari salah sendiri...
Sekian dari Penemuduga Sektor Awam
Post a Comment