Melalui
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2007 yang baru dikeluarkan oleh JPA baru-baru ini, ia hanya membuktikan bahawa betapa lewatnya pihak JPA (Kerajaan) menyedari bahawa dunia semakin berubah dan mengambil tindakan. Tindakan ini diambil hanya setelah 20 tahun berlalu iaitu semenjak tahun 1987.
Semenjak 20 tahun jugalah timbul permasalahan jika ada calon yang menerima ijazah Sarjana/Ph.D secara separuh masa untuk mendapatkan pengiktirafan. Ini kerana tidak dinyatakan secara khusus akan kriteria Sarjana/Ph.D tersebut sama ada ianya perlu diperolehi secara sepenuh masa atau separuh masa.
Walaupun begitu, apabila kita mendengar sahaja ijazah Sarjana/Ph.D secara ‘online’, persepsi ramai akan meragui akan kesahihan ijazah tersebut. Adalah diharapkan pihak berkenaan akan lebih teliti (teliti pun janganlah ambil masa 20 tahun) di dalam memberikan pengiktirafan kepada ijazah yang diperolehi secara ‘online’. Kita tidak bermaksud untuk memperkecilkan pemegang ijazah secara ‘online’ tersebut cuma pernah timbul seketika dulu isu ijazah Sarjana/Ph.D ini boleh dibeli oleh orang ramai. Ini yang tidak seharusnya berlaku.
Sebenarnya apa yang lebih diperlukan oleh pekerja gomen yang memiliki ijazah Sarjana dan Ph.D ialah suatu bentuk pengiktrafan yang lebih bermakna daripada JPA. Pemegang Sarjana/Ph.D yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan bolehlah dikatakan seolah-olah ijazah tersebut tidak memberikan apa-apa impak terhadap kerjaya mereka. Maka timbullah cakap-cakap nakal:
‘Kerajaan (JPA) tidak suka kepada yang bijak-bijak, sebab tu ada Master/Ph.D masih macam tu jugak’.
Inilah contoh sistem yang perlu dimajukan.
10 comments:
Post a Comment