Friday, July 6, 2007

MOSTI Berhad

Seorang pembaca Malaysiakini menyatakan bahawa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi mempunyai banyak masalah. Mengikut ceritanya kementerian ini bermasalah disebabkan oleh berlakunya penyelewengan akibat daripada tindakan Menterinya sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa urusan mesyuarat tender dan perolehan merupakan antara urusan yang amat diminati oleh ramai pihak. Urusan ini tentunya akan ditunggu-tunggu oleh pihak-pihak yang bersama-sama menyertai tender tersebut. Urusan ini juga akan ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak terlibat secara terus tetapi melibatkan diri secara tidak langsung. Urusan ini juga akan ditunggu-tunggu oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengepalai sesuatu Kementerian.

Apabila urusan-urusan ‘dalaman’ jentera kerajaan mempunyai banyak ‘tangan-tangan ghaib’ yang menganggu, maka di sini juga akan berlakunya kesukaran di dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan. Faktor-faktor ini juga menjadi penyebab kepada kelewatan yang berlaku. Ini akan menyebabkan timbulnya aduan bahawa berlakunya kelewatan di dalam mengumumkan perolehan tersebut.

Ramai pihak tidak menyedari bahawa gangguan-gangguan yang timbul ini ada ketikanya membuatkan pekerja gomen berada di dalam keadaan resah. Tidak kiralah Ketua Setiausaha mahupun urusetia jawatankuasa tersebut ataupun penyedia minuman, semuanya akan terpalit. Ada kemungkinan mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan 'last minute', mesyuarat diadakan berkali-kali ataupun secara tiba-tiba urusan perolehan tersebut dibatalkan. Sebagai pekerja gomen, arahan daripada atasan perlu dilaksanakan. Jika arahan tersebut tidak mengikut prosedur, pekerja gomen boleh memberikan nasihat yang sewajarnya.

Namun begitu masalah akan timbul jika ada arahan-arahan tertentu yang tidak mengikut prosedur tetapi ada pihak yang mahukannya dilaksanakan. Inilah antara masalah yang dihadapi oleh pekerja gomen. Jika tidak melaksanakan arahan tersebut, akan didakwa engkar perintah, jika melaksanakan arahan tersebut bersiap-siaplah untuk menerima ‘tetamu’ yang tidak diundang nanti.


No comments: