Sunday, May 4, 2008

Daripada Marhaen : PTD

Apabila sistem lebih kepada 'menindas' maka ramai yang 'teraniaya'. Artikel ini dipetik dari laman web Marhaen. Untuk artikel penuh, sila rujuk ke Marhaen. Laman web ini sebenarnya lebih kepada laman web sosio-politik namun ada juga terselit isu-isu pekerja gomen.

Artikel ini di sediakan untuk penerusan wadah perjuangan Barisan Rakyat ( BR ) yang telah menguasai 5 + 1 negeri dan menafikan 2/3 majoriti kerajaan pemerintah ( BN ). Pesanan dan pandangan ini adalah untuk memastikan supaya kerajaan Barisan Rakyat yang ada pada ketika ini akan terus mendapat mandat yang lebih besar dalam PRU13 akan datang, Insyaallah. Jangan nafikan peranan kakitangan awam yang berjumlah hampir satu juta orang. Kepada semua pegawai kerajaan terutama pegawai bukan PTD Gred 41 ke atas yang tidak mengundi Kerajaan Barisan Nasional di tempat masing-masing diucapkan syabas. Ketidakadilan d isini bermaksud tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Undi anda kepada parti bukan-BN adalah suatu syarat kepada kerajaan akan datang bahawa ketidakadilan dalam pelantikan dan kenaikan pangkat perlu dihentikan.

Tuan-tuan sedia maklum, sejak Pak Lah menjadi PM, pegawai kerajaan dari kelompok PTD telah mendapat layanan dan kedudukkan paling istimewa dan sangat melampau serta mencipta sejarah. Bermula tahun 2003, golongan PTD telah secara pelahan-lahan menguasai jentera kerajaan, sejak 2005 pula belang dan daulat golongan ini telah ditunjukkan secara jelas dan rakus. Kini PTD telah menguasai setiap inci jabatan kerajaan. Semua diatur begitu rapi dan berstrategi.

Sejarah telah tercipta di zaman Pak Lah ini, kenaikan pangkat pegawai PTD terlalu laju, tidak munasabah dan dan menjejaskan hubungan interpesonal antara PTD dan Non PTD serta telah merosakkan pentadbiran jentera kerajaan. Cuba bayangkan PTD yang mula masuk kerja baru 3 tahun (termasuk kursus Diploma Pentadbiran Awam –DPA di INTAN) dah dinaikkan pangkat ke M44, setahun lebih kemudian dinaikkan pangkat ke Gred M48. Ini bermakna 4 tahun kerja dan belum sampai umur 30 dah dapat jawatan strategik, berkuasa serta bergaji besar (lebih 5 ribu sebulan).

Berbanding dengan sebahagian besar pegawai kerajaan gred 41 yang bukan non PTD. Biasanya 10 tahun keatas dan ada juga berbelas tahun baru dapat dinaikkan pangkat ke gred 48. Malah ada yang pencen pun dengan gred 41 atau
Gred 44.

Kenapa ini berlaku ? Adakah kerana :-

- Memang dah rezeki PTD, jawatan dibanyakkan ( re-org sesuka hati ) ?
- PTD pakar dalam pengurusan dan serba boleh ?
- Non PTD tidak kompetent ?
- Orang teknikal hanya boleh kerja teknikal ?
Dan pelbagai lagi alasan yang boleh diberikan oleh JPA (Jabatan Pencipta Alasan) yang menjadi pangkalan PTD seperti dibawah :-

PTD Pakar Dalam Pengurusan.

PTD diwar-warkan sebagai pakar dalam pengurusan dan dah bidang kerja dia. Menteri, orang kampung di Ulu seluruh negara (memang kubu kuat BN) bolehlah ditipu.

Untuk pengetahuan menteri, dan orang kampung sekelian, PTD adalah lulusan pelbagai jurusan ilmu peringkat ijazah pertama yang ditapis sebelum dilantik oleh JPA seterusnya di beri latihan di INTAN selama 6 bulan sebelum dikurniakan Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Diulangi sekali lagi lulusan pelbagai jurusan ilmu (lulusan rojak). Dengan DPA yang dimiliki oleh PTD maka kerajaan telah menganggapkan PTD adalah serba boleh dalam 8 bidang teras iaitu;-

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Kerana itulah, Pengarah Jabatan Agama adalah bukan ustaz tetapi PTD yang tidak semestinya ustaz. Bahagian kewangan di uruskan oleh PTD (mungkin tak pernah belajarpun hal ehwal kewangan) bukan akauntan. Pentadbiran dan pembangunan wilayah diuruskan oleh PTD (yang mungkin baru jumpa akta berkaitan semasa melapor diri.) bukan lulusan perancang bandar. Pentadbiran tanah oleh PTD (yang baru dengan term-term berkaitan) dan bukan lulusan yang berkenaan dan begitulah dengan lain-lain bidang. Bagi jabatan pelajaran, adalah lebih adil dan lebih baik guru-guru yang lulusan bidang pengurusan sumber manusia diberi tugas untuk mengurus urusan perkhidmatan di Jabatan Pelajaran Negeri daripada meletakkan PTD (yang dinaikkan pangkat) yang belum tentu lagi dari lulusan berkenaan.

Memang lah kata JPA, nak mahir kena pergi kursus. Itulah sebabnya pegawai dok pergi kursus je sebab lantik orang yang zero atau tahu sikit-sikit je. Kerja tinggal kat orang bawah selesaikan, dia pergi kursus, mesyuarat kemudian tunggu untuk naik pangkat dan bertukar ke bidang lain. Lepas tu, kerana tak mahir bidang baru kursus lagi, naik pangkat lagi dan bertukar lagi ke bidang lain dan lanjut pelajaran di luar negara (guna duit kerajaan) sehingga selesai 8 bidang teras di atas maka jadilah PTD ini pegawai kanan kerajaan (JUSA – jutawan sektor awam – bukan jawatan utama sektor awam! ) yang pada pandangan kerajaan dan rakyat pegawai yang berintegreti, mahir dalam pengurusan walhal habok pun tarak. Membazir duit rakyat je. Itu lah dia PTD (Pegawai Terbang Diawangan – Bukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik! ), mencari tempat untuk bertenggek dan berak kemudian terbang lagi ke tempat lain.

Oleh itu persepsi JPA perlu dibetulkan iaitu belajar sebelum kerja bukannya kerja baru belajar. Jika konsep pelantikan PTD oleh JPA ini teruskan maka tak payah ada Universiti-Universiti berbentuk teknikal dan sains di peringkat ijazah, yang perlu ada ialah politeknik-politeknik sahaja kerana pegawai PTD boleh belajar selepas masuk kerja. Kerja teknikal boleh dijalankan oleh lulusan diploma dan sijil. Jimat duit kerajaan tak payah buat universiti.

Ringkasnya,

  • Kerajaan telah melakukan kezaliman kerana meletak orang bukan di tempat yang betul.
  • Kerajaan telah melakukan pembaziran kerana membiarkan Modal Insan yang dibangunkan tetapi perkerjaan diberikan kepada bukan lulusannya dan membiayai pegawai PTD berkursus/melanjut pelajaran.
  • Kerajaan telah melakukan pembohongan (manipulasi) fakta kerana mewar-warkan kepada rakyat, PTD pakar dalam bidang pengurusan.
  • Kerajaan telah melakukan penindasan kepada pegawai bukan PTD dan lulusan profesional kerana membiarkan JPA yang dikuasai PTD meletakkan dan menguasai posisi pegawai kanan (Gred 48 ke atas).
PTD ada dimana-mana, dari tertinggi sehingga daerah. Parlimen ada PTD yang berkuasa bukan Setiausaha Parlimen, Jemaah Menteri ada PTD (KSN) sebagai Setiausaha Jemaah Menteri. Semua KSU, timbalan KSU, KPSU, PSU secara amnya disemua kementerian adalah PTD. Diperingkat kerajaan negeri, secara amnya SUK , Pegawai Kewangan, Pengarah PTG, PSU, Pengarah Pembangunan, Pengarah Jabatan Agama dan seumpamanya adalah PTD. Diperingkat daerah pula secara kasarnya semua YDP dan pegawai daerah, pegawai pembangunan daerah adalah PTD.

Diulangi sekali lagi PTD adalah lulusan degree rojak bermakna kerajaan telah menempatkan orang yang tidak betul faham, mahir dengan kerja berkenaan ke jawatan berkaitan yang penuh berkuasa dan berstrategik. Ini punca sebenar kenapa bocor situ bocor sini, runtuh situ, runtuh sini. Gikgu tak puas hati, polis tak puas hati, Jurutera mengeluh, doktor boring. Pegawai sosial malas nak berurusan. Harga tender menjadi tinggi dan pelbagai masalah lagi. Prinsip keadilan dalam perlantikan iaitu right person to the right job perlu dilaksanakan.

Salam Hormat.

RAMOSA.

18.03.2008

5 comments:

Anonymous said...

macam tak pass ujian PTD je marahnya..kalo rasa tak puas hati, pegi la apply PTD..dari berkoko kat sini takde najib nak dengar pon..

Anonymous said...

ni la org kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga..mmg ada PTD yg sedemikian..tp x leh la salah kn kesemuanya? walaupun mmg diakui, bukan setitik je yg macam tu...terpulang kpd pegawai tu sendiri..nk jd Pegawai Tadbir & Diplomatik atau Pegawai Terbang Diawangan..tp rsnya bukan PTD je mcm tu? amik cth jurutera yg bekerja dgn kerajaan..ada yg x buat keje pn? sekadar outsource n tgk mcm mana kontraktor buat keje..last2 sain je..x tau ape..tu yg jd bgnn runtuh? takkan bgnn runtuh pn nk salahkan ptd kot? mana2 jawatan pn same, terpulang pd manusia tu sendiri..nk keje atau nk mkn gaji bute...yg penting muhasabah diri...halal ke haram duit gaji yg kite terima tu...ade kah mmg hasil titik peluh kite..ataupn hasil titik air liur tido kat pejabat...lu pk la sendiri..

PTD Muda said...

salam..

setelah membaca penulisan tuan, saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya berkenaan isu PTD ini.

Pertamanya, mungkin tuan telah lama menjadi penjawat awam dan berasa tidak puas hati terhadap jawatan PTD ini dan juga penjawat serta kewujudannya. tuan adalah penjawat awam yang bukan PTD mungkin tuan guru, doktor, pensyarah dan sebagainya. saya hargai pandangan tuan walaupun kebanyakannya saya tidak bersetuju.

pernahkah tuan bayangkan apa akan terjadi sekiranya tidak ada lagi PTD di malaysia ini? jika kita imbas kembali, PTD ini telah lama diwujudkan di Malaysia. bermula dengan Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat (1920), diikuti FMS, MCS, MHFS dan PTD. saya ingin menegaskan bahawa negara Malaysia yang ada pada hari ini wujud atas sumbangan oleh PTD yang sekian lama. Malaysia pada hari ini juga wujud atas sumbangan tok nenek kita dahulu yang terdiri daripada PTD, Guru, Doktor, Jurutera dan lain-lain.

Pentingnya PTD adalah sama pentingnya dengan kewujudan skim tuan sekarang ini. Jika tuan marah terhadap keistimewaan PTD tuan boleh usulkan perkara ini, kerajaan saya fikir pada masa ini telah pun memberikan beberapa keistimewaan kepada skim lain seperti doktor dan guru. doktor lepas housemanship dah boleh dapat 48, guru dengan gaji dan kemudahan elaun yang telah dinaikkan.

Jangan kita sesekali buat tuduhan melulu jika kita tidak tahu fakta. sumbangan PTD terlalu banyak dalam pelbagai aspek dan asas kepada sumbangan itu adalah untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

pernahkah tuan menjawat jawatan PTD? tahukah tuan akan kesusahan sebagai seorang PTD? fikir-fikirkanlah..

dan akhir sekali saya berasa sangat marah dengan tuan atas hukuman dan tuduhan-tuduhan yang tuan lemparkan terhadap PTD. Tuan seumpama telah mengambilalih kuasa Allah untuk menghukum orang. adil sangtkah tuan? pernahkah tuan terfikir apa kesan jika tuduhan itu tidak benar? mudah benar tuan menghukum orang lain sedangkan diri sendiri tidak tahu hukum..

terakhir sekali, cuba tuan renung dan fikir.. jika isteri, suami, anak, bapa, ibu tuan adalah seorang PTD? adakah mereka tergolong dalam golongan yang tuan maksudkan.. renungkanlah..

salam

Anonymous said...

saya pun tak puas hati ar..mcmna nak lepas Ujian PTD tu...mati-mati sya belajar..tahun lepas..dengar nak sah jawatan pun boleh mati masa DPA PTD tu...teruk nya keja, baik takya jadi PTD

SAIFULNIZAM said...

haha...mamat ni x lulus ujian PTD gamaknyer...hehe..relax arr, gua pun x lulus. dah tak layak, cool jer...hahaha(jgn marah bro)