Memang jarang berlaku kenyataan sebegini keluar daripada seorang penjawat awam 'M'. Hanya mereka yang benar-benar mahukan perkhidmatan awam yang cemerlang dan unggul serta dihormati akan mengeluarkan kenyataan sebegini. Lebih-lebih lagi ia diakui oleh seorang dari kalangan 'M'ereka.
Ini katanya;
"Mengikut sistem sekarang hanya mereka dalam kategori 'M' (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) berpeluang mengetuai pentadbiran tertinggi kerajaan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Setiausaha (KSU)."
"Untuk mencari bakat terbaik mencapai kemuncak kerjaya seharusnya datang daripada kalangan 50,000 orang bukan 500 orang"
Jika persaingan itu adalah dikalangan kelompok kecil, tidak perlu mendabik dada dengan mengatakan ianya 'perkhidmatan utama' kerana pekerja gomen mengetahui yang terbaik tidak berada di sana.
Apapun ini seharusnya menjadikan pihak berkenaan sedar akan ketidakseimbangan dan ketidakharmonian sektor awam dan mengambil langkah lanjut bagi mengatasinya.
Berita asal di sini dan sini.
Tuesday, June 17, 2008
Sokongan kepada PBBM
Posted by Civil Servant @ 18:11 0 comments
Sunday, May 4, 2008
Daripada Marhaen : PTD
Artikel ini di sediakan untuk penerusan wadah perjuangan Barisan Rakyat ( BR ) yang telah menguasai 5 + 1 negeri dan menafikan 2/3 majoriti kerajaan pemerintah ( BN ). Pesanan dan pandangan ini adalah untuk memastikan supaya kerajaan Barisan Rakyat yang ada pada ketika ini akan terus mendapat mandat yang lebih besar dalam PRU13 akan datang, Insyaallah. Jangan nafikan peranan kakitangan awam yang berjumlah hampir satu juta orang. Kepada semua pegawai kerajaan terutama pegawai bukan PTD Gred 41 ke atas yang tidak mengundi Kerajaan Barisan Nasional di tempat masing-masing diucapkan syabas. Ketidakadilan d isini bermaksud tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Undi anda kepada parti bukan-BN adalah suatu syarat kepada kerajaan akan datang bahawa ketidakadilan dalam pelantikan dan kenaikan pangkat perlu dihentikan.
Tuan-tuan sedia maklum, sejak Pak Lah menjadi PM, pegawai kerajaan dari kelompok PTD telah mendapat layanan dan kedudukkan paling istimewa dan sangat melampau serta mencipta sejarah. Bermula tahun 2003, golongan PTD telah secara pelahan-lahan menguasai jentera kerajaan, sejak 2005 pula belang dan daulat golongan ini telah ditunjukkan secara jelas dan rakus. Kini PTD telah menguasai setiap inci jabatan kerajaan. Semua diatur begitu rapi dan berstrategi.
Sejarah telah tercipta di zaman Pak Lah ini, kenaikan pangkat pegawai PTD terlalu laju, tidak munasabah dan dan menjejaskan hubungan interpesonal antara PTD dan Non PTD serta telah merosakkan pentadbiran jentera kerajaan. Cuba bayangkan PTD yang mula masuk kerja baru 3 tahun (termasuk kursus Diploma Pentadbiran Awam –DPA di INTAN) dah dinaikkan pangkat ke M44, setahun lebih kemudian dinaikkan pangkat ke Gred M48. Ini bermakna 4 tahun kerja dan belum sampai umur 30 dah dapat jawatan strategik, berkuasa serta bergaji besar (lebih 5 ribu sebulan).
Berbanding dengan sebahagian besar pegawai kerajaan gred 41 yang bukan non PTD. Biasanya 10 tahun keatas dan ada juga berbelas tahun baru dapat dinaikkan pangkat ke gred 48. Malah ada yang pencen pun dengan gred 41 atau
Gred 44.
Kenapa ini berlaku ? Adakah kerana :-
- Memang dah rezeki PTD, jawatan dibanyakkan ( re-org sesuka hati ) ?Dan pelbagai lagi alasan yang boleh diberikan oleh JPA (Jabatan Pencipta Alasan) yang menjadi pangkalan PTD seperti dibawah :-
- PTD pakar dalam pengurusan dan serba boleh ?
- Non PTD tidak kompetent ?
- Orang teknikal hanya boleh kerja teknikal ?
PTD Pakar Dalam Pengurusan.
PTD diwar-warkan sebagai pakar dalam pengurusan dan dah bidang kerja dia. Menteri, orang kampung di Ulu seluruh negara (memang kubu kuat BN) bolehlah ditipu.
Untuk pengetahuan menteri, dan orang kampung sekelian, PTD adalah lulusan pelbagai jurusan ilmu peringkat ijazah pertama yang ditapis sebelum dilantik oleh JPA seterusnya di beri latihan di INTAN selama 6 bulan sebelum dikurniakan Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Diulangi sekali lagi lulusan pelbagai jurusan ilmu (lulusan rojak). Dengan DPA yang dimiliki oleh PTD maka kerajaan telah menganggapkan PTD adalah serba boleh dalam 8 bidang teras iaitu;-
1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,Kerana itulah, Pengarah Jabatan Agama adalah bukan ustaz tetapi PTD yang tidak semestinya ustaz. Bahagian kewangan di uruskan oleh PTD (mungkin tak pernah belajarpun hal ehwal kewangan) bukan akauntan. Pentadbiran dan pembangunan wilayah diuruskan oleh PTD (yang mungkin baru jumpa akta berkaitan semasa melapor diri.) bukan lulusan perancang bandar. Pentadbiran tanah oleh PTD (yang baru dengan term-term berkaitan) dan bukan lulusan yang berkenaan dan begitulah dengan lain-lain bidang. Bagi jabatan pelajaran, adalah lebih adil dan lebih baik guru-guru yang lulusan bidang pengurusan sumber manusia diberi tugas untuk mengurus urusan perkhidmatan di Jabatan Pelajaran Negeri daripada meletakkan PTD (yang dinaikkan pangkat) yang belum tentu lagi dari lulusan berkenaan.
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Memang lah kata JPA, nak mahir kena pergi kursus. Itulah sebabnya pegawai dok pergi kursus je sebab lantik orang yang zero atau tahu sikit-sikit je. Kerja tinggal kat orang bawah selesaikan, dia pergi kursus, mesyuarat kemudian tunggu untuk naik pangkat dan bertukar ke bidang lain. Lepas tu, kerana tak mahir bidang baru kursus lagi, naik pangkat lagi dan bertukar lagi ke bidang lain dan lanjut pelajaran di luar negara (guna duit kerajaan) sehingga selesai 8 bidang teras di atas maka jadilah PTD ini pegawai kanan kerajaan (JUSA – jutawan sektor awam – bukan jawatan utama sektor awam! ) yang pada pandangan kerajaan dan rakyat pegawai yang berintegreti, mahir dalam pengurusan walhal habok pun tarak. Membazir duit rakyat je. Itu lah dia PTD (Pegawai Terbang Diawangan – Bukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik! ), mencari tempat untuk bertenggek dan berak kemudian terbang lagi ke tempat lain.
Oleh itu persepsi JPA perlu dibetulkan iaitu belajar sebelum kerja bukannya kerja baru belajar. Jika konsep pelantikan PTD oleh JPA ini teruskan maka tak payah ada Universiti-Universiti berbentuk teknikal dan sains di peringkat ijazah, yang perlu ada ialah politeknik-politeknik sahaja kerana pegawai PTD boleh belajar selepas masuk kerja. Kerja teknikal boleh dijalankan oleh lulusan diploma dan sijil. Jimat duit kerajaan tak payah buat universiti.
Ringkasnya,
- Kerajaan telah melakukan kezaliman kerana meletak orang bukan di tempat yang betul.
- Kerajaan telah melakukan pembaziran kerana membiarkan Modal Insan yang dibangunkan tetapi perkerjaan diberikan kepada bukan lulusannya dan membiayai pegawai PTD berkursus/melanjut pelajaran.
- Kerajaan telah melakukan pembohongan (manipulasi) fakta kerana mewar-warkan kepada rakyat, PTD pakar dalam bidang pengurusan.
- Kerajaan telah melakukan penindasan kepada pegawai bukan PTD dan lulusan profesional kerana membiarkan JPA yang dikuasai PTD meletakkan dan menguasai posisi pegawai kanan (Gred 48 ke atas).
Diulangi sekali lagi PTD adalah lulusan degree rojak bermakna kerajaan telah menempatkan orang yang tidak betul faham, mahir dengan kerja berkenaan ke jawatan berkaitan yang penuh berkuasa dan berstrategik. Ini punca sebenar kenapa bocor situ bocor sini, runtuh situ, runtuh sini. Gikgu tak puas hati, polis tak puas hati, Jurutera mengeluh, doktor boring. Pegawai sosial malas nak berurusan. Harga tender menjadi tinggi dan pelbagai masalah lagi. Prinsip keadilan dalam perlantikan iaitu right person to the right job perlu dilaksanakan.
Salam Hormat.
RAMOSA.
18.03.2008
Posted by Civil Servant @ 19:09 5 comments
Semangat Hari Pekerja 2008
Namun begitu kepada para pekerja gomen, sambutan Hari Pekerja yang khusus kepada pekerja gomen ialah pada 10 Mei 2008 yang akan diadakan di diadakan di PICC. Ini merupakan kali kedua acara Hari Pekerja Perkhidmatan Awam diadakan secara lebih menyeluruh. Walaupun begitu, isu-isu yang sama juga masih belum selesai seperti yang telah dinyatakan di dalam blog ini tahun lepas.
Kita memerlukan satu anjakan pengisian di dalam sambutan hari pekerja ini. Pekerja gomen memang menantikan pengumuman yang dijangka akan diumumkan pada majlis tersebut. Pengumuman itu ialah salah satu pengisian di dalam acara 'ucapan berganti-ganti'...biarlah mereka dengan tugas mereka, pengisian lain yang lebih bermakna juga perlu difikirkan.
Pihak penganjur mempunyai masa yang mencukupi untuk menambahbaik sambutan hari pekerja ini. Kita mengharapkan suatu nafas baru dijelmakan terhadap hari pekerja orang gomen...dan saya masih menunggu.
Posted by Civil Servant @ 18:30 0 comments
Friday, April 18, 2008
Usaha Cuepacs
Namun begitu para pekerja gomen harus bersabar di dalam menantikan kaedah-kaedah serta syarat-syarat yang akan dikarang oleh pihak-pihak berkenaan di dalam isu yang berkaitan dengan umur persaraan serta isu PTK. Bagi isu-isu yang lain, ia lebih 'straightforward' seperti elaun kritikal, imbuhan tetap perumahan dan bayaran pencen mengikut tahun perkhidmatan.
Mengenai elaun kritikal tersebut, sebenarnya tidak dijelaskan mengapa elaun tersebut ditarik balik dan kenapa. Mungkin juga tiada rundingan terlebih dahulu (seperti biasa) sebelum di buat keputusan. Tiba-tiba sahaja, mereka yang 'terpilih' terus dikejutkan dengan penarikan balik elaun kritikal.
Tetapi yang lebih utaman sekarang ini ialah PTK. Sudah jelas ianya merupakan satu ketidakselesaan kepada hampir keseluruhan pekerja gomen. Cuepacs terpaksa menuntut ianya diubah. Cuba bayangkan jika tiada tuntutan daripada Cuepacs, sudah tentu PTK ini akan tetap diteruskan oleh JPA. Mungkin JPA sahaja yang bersetuju dengan PTK ini. Itu pun mungkin kerana terpaksa kerana mereka yang menciptanya.
Mengikut laporan, Cuepacs mahu peperiksaan diganti dengan kursus. Walaupun ini merupakan cadangan awal, penelitian daripada JPA juga perlu. Kursus yang bagaimana yang diperlukan, apa kandungan kursus, tempoh kursus, bentuk penilaian, tahap cemerlang, isu kuota, dan macam-macam lagi.
Memang isu ini menyulitkan, ia menjadi sulit disebabkan oleh kelemahan perancangan. Kelemahan perancangan ini yang menjadi puncanya ialah apabila orang yang bukan ahli diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Memang menjadi sesuatu lumrah apabila orang yang bukan ahli ini dipilih mengisi kerusi tertentu di sektor awam. Lebih-lebih lagi yang diisi itu merupakan jawatan-jawatan kanan yang penting. Sudahlah tidak mahir di dalam bidang tersebut, tidak pula mahu merujuk dengan pihak-pihak yang sepatutnya sebelum pekeliling dikeluarkan.
Sekali lagi di dalam hal ini, pekerja gomen perlu berhati-hati di dalam menunggu pekeliling baru mengenai PTK ini. Jika masih diteruskan tabiat lama, pisang mungkin berbuah dua kali.
Posted by Civil Servant @ 17:28 0 comments
Monday, April 14, 2008
Ada lagi PTK?
Yang masih membuai dengan PTK ini hanya golongan tertentu di Putrajaya yang masih mahu mengakui bahawa PTK adalah amat perlu. Sudahlah tu....cukuplah dengan semua perancangan yang separa siap. Kelemahan yang ada amat ketara apabila keputusan untuk melaksanakan PTK dibuat secara tergesa-gesa tanpa mahu merujuk kepada pelbagai pihak di dalam sektor awam.
Kini ramai yang telah terkena tempias PTK ini dan ramai yang mahu ianya dimansuhkan. Ini kerana semuanya disebabkan masalah perancangan tadi yang tidak dilakukan dengan baik.
Kita boleh lihat apabila mulanya PTK ini dibuat, keputusan peperiksaan hanya ada dua sahaja iaitu lulus dan gagal. Apabila menyedari bahawa ini pun sebenarnya tidak tepat, maka diubah pula dengan frasa 'lulus' dan 'lulus bersyarat'. Kemudian ditambah pula dengan empat aras untuk menjadikannya lebih 'berinovasi'...kononnya.
Pada 2006 pula, kekerapan bagi peperiksaan ini ditambah bagi setiap tahun. Ini mungkin kerana ramai yang mengeluh dengan peperiksaan yang hanya dijalankan setahun sekali menyebabkan agak sukar untuk merancang. Jika ditakdirkan masa peperiksaan tersebut bertindih dengan perkara lain yang lebih penting, tentu ianya merupakan satu kerugian kepada pekerja gomen sendiri.
Namun begitu, kita juga terfikir tidakkah mereka-mereka ini yang selalu mengeluarkan pekeliling tidak terfikir kepada masalah-masalah 'mudah' ini. Sepatutnya perkara ini yang diperhalusi dahulu.
Ini belum dimasukkan dengan isu kenaikan gaji automatik kepada yang lulus, isu wujudnya kuota lulus, isu BTNP, isu PTK golongan profesional, serta pelbagai isu-isu lebih mikro yang wujud.
Sekali lagi saya mengatakan bahawa PTK banyak kelemahan. Kelemahan perancangan merupakan satu tragedi.
Posted by Civil Servant @ 16:49 0 comments
Friday, March 28, 2008
Pinjaman JPA
Nampaknya ramai di kalangan pekerja gomen yang membuat pinjaman pelajaran dengan JPA selepas ini perlu melunaskan semula pinjaman tersebut. Ini berikutan arahan daripada JPA yang hendakkan maklumat pekerja-pekerja gomen yang sedang berkhidmat dengan kerajaan dan pernah mendapat pinjaman pelajaran daripada JPA.
Nampaknya inisiatif ini terpaksa diambil setelah di dapati ramai yang tidak membayar semula pinjaman pelajaran walaupun berkhidmat dengan kerajaan. Seharusnya pekerja gomen ini menunjukkan contoh yang sesuai dengan statusnya selaku pekerja gomen. Mana-mana yang belum diselesaikan baiklah diselesaikan dahulu. Janganlah sehingga tindakan sebegini diambil yang tidak manis kelihatannya.
Saya mengharapkan agar pekerja gomen yang kebanyakannya tentulah menjawat jawatan gred 41 ke atas ini dapat segera menyelesaikan urusan pinjaman tersebut agar wang tersebut dapat digunakan untuk keperluan mereka yang lebih memerlukan.
Posted by Civil Servant @ 16:32 0 comments
Wednesday, March 26, 2008
Datuk Bandar Syok Sendiri
Sejak akhir-akhir ini, macam-macam cerita dan cerekarama ditayangkan di scenario politik negara. Mahu tidak mahu pekerja gomen juga merasakan tempiasnya. Bermula dengan ura-ura pekerjaan yang tidak pasti sehinggalah membincangkannya di kedai kopi. Bermacam-macam idea dan pandangan dapat didengari daripada pelbagai pihak.
Isu terkini ialah mengenai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dikhabarkan di dalam akhbar dan boleh dilihat di sini, ia mengenai rungutan bahawa sikap dan kepimpinan Datuk Bandar ini dikatakan 'one-man-show'.
Istilah ini biasanya digunakan apabila seseorang itu memiliki sifat authoritarianisme di dalam pengurusan. Sikap ini memang menyulitkan ramai orang untuk bekerja dengannya. Ini dapat dilihat daripada laporan tersebut yang mengatakan ramai ahli lembaga penasihat yang bosan dengan sikap 'one-man-show' ini dan mengambil sikap berdiam diri sahaja.
Saya merasakan bahawa Datuk Bandar ini masih dibelenggu oleh keadaannya semasa menjadi KSU dahulu yang merasakan mempunyai kuasa penuh terhadap kakitangan bawahan. Namun dia terlupa bahawa sebagai Datuk Bandar, dia perlu lebih berhati-hati dengan sikap authoritarianismenya itu.
Budaya KSU tipikal itu eloklah dibuang jauh-jauh. Kita sekarang di zaman yang lebih bermaklumat. Untuk menjadi KSU memang tidak perlu menjadi yang terbaik tetapi untuk menjadi Datuk Bandar yang baik perlu menjadi penduduk yang cerdik.
Posted by Civil Servant @ 17:09 0 comments