Lama jugak tak menulis. Merasa nak menulis pulak....
Memang memenatkan. Bekerja makan gaji selaku pekerja gomen ni tentulah mempunyai peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh majikan. Selaku orang yang makan gaji sudah pasti kita terpaksa menuruti segala suruhan atau dengan kata lain arahan-arahan dalam gomen.
Antara arahan yang pernah dibuat ialah pemakaian baju batik pada setiap hari Khamis, memang memenatkan kerana ia memerlukan kos tambahan dan ingatan (memory) tambahan. Ada juga arahan yang tidak digemari iaitu pelaksanaan PTK yang tangkap muat. Sudahlah ianya memberi kesan kepada kerjaya pekerja gomen, dibuat pula secara tergesa-gesa dan banyak kelemahannya. Cukuplah untuk saya menceritakan hal PTK yang sedang melalui proses 'penyalinan kulitnya' sekarang ini. Memang memenatkan...
Nama yang paling popular akhir-akhir ini tidak lain lagi ialah seorang pekerja gomen PTD yang bekerja di Pulau Pinang. Jawatan agak tinggi juga iaitu JUSA B. Pekerja gomen ini tentulah tinggal di Pulau Pinang walaupun belum tentu orang Pulau Pinang.
Kerja beliau ialah berkaitan dengan peruntukan pembangunan untuk negeri Pulau Pinang. Seperti yang semua sedia maklum, jabatan ini biasanya diwujudkan apabila ada negeri yang diperintah oleh parti politik yang tidak sealiran dengan Persekutuan. Jika ada banyak lagi negeri yang memerlukan Jabatan ini, tentulah PTD akan mengambil peluang dengan segera, bak kata pepatah 'sendiri mohon jawatan, sendiri wujud jawatan dan sendiri lulus jawatan'.
Tetapi apa yang menarik dengan isu di Pulau Pinang ini ialah ia turut dibincangkan di peringkat kabinet. Apabila ia dimasukkan di dalam mesyuarat kabinet, maka ia menjadi 'masalah negara'.
Masalah negara ini rupanya telah memberikan satu panduan kepada pekerja gomen bahawa pekerja gomen boleh 'menjawab teguran' pemimpin kerajaan secara terbuka beserta dengan 'Press Conference' dan 'Press Statement' dengan syarat ianya dilakukan pada majlis sebuah parti politik. Ha ha...
Tidak cukup dengan isu ini, beliau turut menempelak pula SUK Pulau Pinang. Tidak ada ribut mahu juga dibikin ribut. Nasib baik SUK ini lebih ada standard, tidak melatah dengan perkara sebegini.
Kepada KSN yang diakui segan, cubalah memartabatkan perkhidmatan awam ini dengan jawapan yang lebih sesuai. Sudah terang-terang peraturan menetapkan pekerja gomen tidak boleh mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitan kerajaan. Tambahan pula pekerja gomen ini menjatuhkan SUK Pulau Pinang yang merupakan Ketua kepada Kerajaan Negeri.
Yang salah tetap salah Tan Sri...
Thursday, July 22, 2010
Pekerja Gomen Pulau Pinang
Posted by Civil Servant @ 18:38
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment