Untuk makluman semua, pada masa sekarang ni terdapat banyak kerja-kerja kosong yang ditawarkan oleh beberapa Kementerian dan Agensi-agensi di bawah Skim Pakej Rangsangan. Jawatan yang ditawarkan berstatus kontrak selama 6 bulan. Namun begitu ianya adalah lebih baik berbanding jawatan Pekerja Khidmat Singkat (PKS).
Oleh itu kepada sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada laman web setiap kementrian ataupun iklan di akhbar-akhbar untuk mendapatkan maklumat.
Sunday, June 14, 2009
Kerja kosong Pakej Rangsangan
Posted by Civil Servant @ 12:42
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya sendiri dah berkhidmat 12 tahun dalam perkhidmatan awam negeri tapi masih berstatus sementara ( bergaji hari ). dari bujang hingga bekeluarga. umur dah cecah 30. Semakin lama bekerja, tugas dan tanggungjawab semakin bertambah, komitmen kepada keluarga juga bertambah.
Semangat untuk bkerja rasanya semakin luntur. nak buat pinjaman beli rumah x layak kerana status jawatan, bila cuti sakit gaji kena potong. rasanya x guna nak minta cuti kalau sakit.kalau sakit pun kena pegi kerja saja.
Cuti tahunan cuma 7 hari. kalau dah bekeluarga cmana nak cuti kalau nak urus sekolah anak, masalah keluarga yang kena ambil cuti? nak utarakan masalah nanti boleh kena buang kerja pula. jauh sekali tidak bersyukur kerana masih ada kerja.
Cuma tumpang tengok saja penjawat awam yang berjawatan tetap beli rumah, cuti sakit, cuti rehat dan sebagainya. Kadang rasa bersalah kerana x dapat beri kesempurnaan buat keluarga sepeti penjawat awam yang lain boleh buat. Kenapa perlu wujudkan jawatan berstatus sementara, PKS, sambilan ?
Bukankah lebih baik tugas2 itu diberikan saja kepada penjawat awam yang berjawatan tetap? kerana mereka layak menikmati keistimewaan2 yang diberi oleh kerajaan berbanding yang tidak berjawatan tetap.
Rata2 mereka yang berstatus tidak tetap ini mempunyai 1 harapan iaitu ingin berjawatan tetap pada 1 hari nanti. Namun adakah kerajaan boleh menunaikan harapan mereka yang bertahun2 berkhidmat bagaikan anak tiri? apa yang saya utarakan ini hanyalah suara hati sebagai seorang manusia yang memang mempunyai perasaan.
Post a Comment