Tuesday, April 28, 2009

Merentasi Transformasi JUSA

Lama tidak menjenguk ke sini...lama tidak meyambut ajakan-ajakan rakan-rakan untuk memberikan input-input yang menyegarkan. Bukan apa cuma masa kurang mengizinkan untuk menulis. Banyak peristiwa yang aneh-aneh telah berlaku semenjak peninggalan kerjagomen ini.

Namun begitu kepada para pembaca yang mengirimkan email, terima kasih diucapkan samada berbentuk positif mahupun negatif. Ini menunjukkan telah mula terbit bibit kesedaran terhadap orang kerja gomen itu sendiri atau penjawat awam untuk berubah dan berubah demi kebaikan organisasi, kerjaya dan perkhidmatan awam itu sendiri.

Hari ini 27 April 2009, telah berlangsung satu majlis yang perdana di PICC berkaitan perkhidmatan awam. Tak perlulah diceritakan apa yang ada di majlis ini cuma ia merupakan satu majlis di mana PM baru Datuk Seri Najib pertama kali akan berucap di depan pekerja gomen selaku Perdana Menteri. Cuepacs pula tidak dijemput ke majlis ini. Mengapa ini terjadi, cuba tanya PTD di JPA..mungkin mereka lebih tahu.

Apapun ternyata usaha-usaha yang dijalankan kerjagomen selama ini semakin mendapat perhatian. Boleh merujuk ke tulisan-tulisan terdahulu dan ianya telah mula digerakkan oleh PM sendiri melalui ucapan beliau itu:

Di bawah kaedah ini, Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan lain selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.

Satu transformasi amat diharapkan. Saya sendiri telah lama memberitahu bahawa potensi modal insan yang amat besar yang ada di dalam perkhidmatan awam tidak dicungkil dengan sepenuhnya kerana terdapat dasar-dasar pincang yang masih ingin dipertahankan oleh golongan tertentu. Ini merupakan halangan-halangan yang harus ditempuhi oleh PM di dalam merencanakan agenda pembaharuan di dalam perkhidmatan awam.

Satu langkah pertama yang bermakna di dalam memartabatkan sektor awam.

1 comment:

Anonymous said...

Eloklah tu... sbb kalau golongan tertentu sahaja (1 skim tu je) yg berbincang dalam mesyuarat, berkemungkinan mmg xkn berubah... golongan ini akan menjaga kebajikan 1 skim tu sahaja... kononnya only they all sahaja lah cream of the cream.. tp bila bab buat kerja, boleh plak tolak menolak even yg itulah tkandung dlm fail meja, perbezaan dasar baru dan dasar sediada (OE) pun tidak boleh dibezakan... mmg x logik, kalo grup2 ini pangkatnya sentiasa naik, walaupun tidak byk bilangannya tp memberikan kesan negatif terhadap skim tersebut... ini yg dikatakan oleh SPA individu cemerlang sahaja yg tpilih... jawapan bagi persoalan ini kompom dah ada... heheheh... lawak...