Apa itu gred 41? Jika di dalam sistem perkhidmatan awam ini, gred 41 ialah gred di mana mereka-mereka yang berkelulusan ijazah sarjana muda akan diterima berkhidmat di perkhidmatan awam. Kebiasaannya gred 41 merupakan gred asas bagi mana2 calon yang berkelulusan universiti untuk masuk berkhidmat di sektor awam.
Jika dilihat dari segi tangga gaji, secara umumnya lingkungan gaji adalah diantara RM1600 - RM2000 tidak termasuk elaun tetap. Gaji ini bolehlah dikira kompetitif jika dibandingkan dengan sektor swasta.
Walaubagaimanapun, bagi gred 41 kenaikan gaji tahunan adalah lebih kurang RM 80 ringgit setahun. Dengan bekerja selama lima tahun, kenaikan gaji keseluruhan adalah RM 400 ringit. Jika ini dibandingkan dengan sektor swasta (kepada golongan profesional), amat jauh dan besar bezanya. Bayangkan pengalaman dan kepakaran selama lima tahun itu membuatkan golongan profesional ini terasa perbezaannya.
Walaupun ramai yang memilih untuk keluar dan menyertai sektor swasta, namun begitu bukanlah gaji yang menjadi faktor utama. Tanyalah kepada para jurutera, doktor, peguam, arkitek dll. tentunya ramai yang mungkin tertanya-tanya mengapa terjadinya sedemikian.
Bukankah di dalam sektor awam ini lebih terjamin? Bukankah kerjaya juga terjamin? Bukankah orang mengatakan sektor awam ini kerjanya lebih ringan? Persepsi yang telah ditanam itu perlu dibuang jauh-jauh.
Kepada yang diluar sana yang mempunyai lulusan di dalam bidang yang berteraskan sains dan teknologi, tentunya anda merupakan pelajar yang cemerlang satu masa dahulu.Kerajaan juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menuntut di dalam bidang-bidang ini.
Walaupun begitu, inisiatif yang diambil oleh kerajaan di dalam perkhidmatan awam setakat ini menimbulkan rasa curiga tentang kesungguhan kerajaan di dalam memberikan pengiktirafan terhadap profesyen dan kerjaya bidang-bidang berkenaan di dalam sistem perkhidmatan awam.
Wednesday, March 14, 2007
Gred 41
Posted by Civil Servant @ 06:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang penuntut di IPTA dalam jurusan sains pendidikan. Saya agak tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. Bukanlah saya tidak bersyukur mahupun ingin menyalahkan mana-mana pihak, namun sebagai seorang insan, saya ingin keluhan saya didengar oleh pihak-pihak yang terbabit. Untuk pengetahuan anda, saya baru sahaja tamat pengajian dan belum dihantar mengajar lagi. Namun, dari maklumat rakan saya yang telah bekerja sebagai guru (sains pendidikan), mereka mengatakan gaji bersih yang diterima ialah RM2400.00. Dan baru-baru ini rakan saya memberitahu dia diarahkan mengajar matapelajaran goegrafi dan bahasa melayu bagi menengah rendah walaupun dia major dalam subjek biologi. Apa yang lebih menyedihkan, rakan saya tidak mendapat elaun guru sains iaitu lebih kurang RM200.00. Kini, gaji bersihnya hanyalah RM2200.00. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya melihat situasi ini, mengapa guru yang terlatih dalam bidang sains disuruh mengajar subjek sastera yang bukan bidangnya? Bagaimanakah kualiti pengajaran dan pembelajaran yang terhasil dari situasi ini dimana guru mengajar sesuatu yang bukan bidangnya.Dan bagi saya, sungguhpun rakan saya dan saya yakin ramai lagi yang diluar sana menerima nasib yang sama, sungguhpun mereka mengajar subjek sastera, mereka sebenarnya harus dan layak menerima elaun khas guru sains kerana mereka telah bersusah payah belajar dalam subjek sains. Bukanlah niat saya di sini untuk merendahkan subjek sastera tetapi umum harus menerima hakikat bahawa subjek sains terlalu susah jika dibandingkan dengan sastera. Buktinya, lihat sajalah guru-guru sains di Malaysia, sepanjang tempoh pengajian mereka, berapa banyak sijil dekan yang berjaya dikumpul berbanding guru-guru sastera. Selain itu, beza gaji antara guru sains dan sastera dalam RM400.00 juga tidak memadai kerana kesusahan belajar dalam bidang sains(bukan hanya pendidikan tetapi bidang lain seperti kejuruteraan, farmasi, perubatan dan sebagainya) demi memajukan negara agar teknologinya setanding negara-negara maju yang lain terlalu berat. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak terbabit dapat memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru sains agar setimpal dengan apa yang mereka pelajari. Jika anda semua tidak percaya apa yang saya tulis di sini, jalankan lah satu kajian untuk melihat intipati kurikulum bidang sains dan sastera dan lihat perbezaannya. Jika masih tidak puas hati, jalankan kajian dan tanyalah pendapat pelajar-pelajar kita sendiri di IPTA dan IPTS seluruh negara. Pendapat mereka harus kita dengar kerana merekalah pedang negara yang akan mempertahankan kedaulatan bumi tercinta di masa hadapan. Disini, saya dengan merendah diri, ingin memohon beribu-ribu ampun dan maaf jika ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya tulis di sini. Saya juga terlalu berharap agar tulisan saya ini tidaklah disalahertikan oleh mana-mana pihak. Saya sebagai hamba Allah hanyalah sekadar menyatakan pendapat agar di dengar pihak tertentu dan dipertimbangkan, tidak lebih dari itu dan saya juga tidak mempunyai agenda lain.
Post a Comment