Salah satu cara untuk mendapatkan pendidikan peringkat tinggi secara percuma ialah melalui cara mendapatkan bantuan biasiswa. Di Malaysia, antara biasiswa yang popular ialah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Biasiswa ini mempunyai syarat-syarat yang ketat dan kebiasaannya mereka yang berjaya merupakan mereka yang berjaya dengan cemerlang di dalam keputusan peperiksaan SPM. Mereka yang berminat untuk memohon bolehlah click di sini sebelum 22 Mac 2007.
Berjaya mendapatkan biasiswa ini juga merupakan salah satu cara untuk menyertai perkhidmatan awam. Secara teorinya, mereka yang mendapat biasiswa akan diikat secara kontrak untuk berkhidmata dengan kerajaan di antara 5 - 10 tahun bergantung kepada bidang pengajian.
Melalui cara inilah, kerajaan akan mendapat 'the best brain of Malaysian' untuk berkhidmat di sektor awam. Tentunya para profesional seperti para doktor, jurutera, saintis, arkitek dan lain-lain lagi akan memberikan khidmat bakti kepada negara dengan penuh minat dan tekad.
Ini adalah amat penting kerana demi memajukan negara, pakar-pakar sebegini akan dapat membantu mempercepatkan wawasan Malaysia ke arah negara maju. Tidak dapat dinafikan, untuk menjadi negara maju, sektor awam perlu maju dahulu.
Namun jika di kaji dengan teliti, ke manakah golongan-golongan bijak pandai yang merupakan pelajar cemerlang ini di dalam sektor awam. Mereka-mereka ini yang terdiri daripada para doktor, jurutera, saintis, pensyarah dll. seperti tidak dirasai akan kehadiran mereka.
Persoalannya adakah mereka sudah menjadi kurang bijak, kurang IQnya, tidak balik berkhidmat dengan kerajaan, ataupun sudah memilih langkah bijak yang lain? Adakah kita ketiadaan golongan profesional ini ataupun golongan profesional ini menyepikan diri.
Jika Nur Amalina, seorang pelajar cemerlang yang sedang melanjutkan pengajiannya di dalam bidang kedoktoran dan akan pulang berkhidmat dengan kerajaan, di manakah posisinya nanti?
Kepada para lepasan SPM yang cemerlang ini, diucapkan tahniah dan rebutlah peluang untuk mendapatkan biasiswa JPA ini kerana anda merupakan yang terbaik di dalam generasi anda.
Dan sebagai yang terbaik, anda perlu diletakkan di tempat yang terbaik di dalam kerjaya anda kelak.
Sunday, March 11, 2007
Biasiswa JPA
Posted by Civil Servant @ 18:23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kene study btl2..
pigi dahhhh.....study pandai2 masa SPM, dpt biasiswa JPA. pastu masuk U ambik kursus Sains/Engineering, last2 lepas grad, ditawarkan jawatan PTD M41 kontrak direct tanpa interview..klu tolak atas dasar x minat kira ingkar berkhidmat dgn kerajaan...terpaksa terima...bukankah membazir kepandaian dan kepakaran namanya??? kenapa gomen x bagi jawatan yang berkaitan dengan kepakaran dan pengkhususan??? pastu kenapa perlukan PTD yg ramai??? pa nak jadi klu boss ramai, golongan proffesional/pelaksana sikit??? pastu buleh harap kerr PTD short cut yg degree reject tuhhh???? bodohh la Kerajaan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
WLAU MCM MANE PANDAI PON KITA LAW DAH XDE REZEKI NK BUAT MCM MANE.KENALA SABAR DAN SELALU BERDOA,NI SEMAYANG PON MALAS
Post a Comment