Nampaknya ramai di kalangan pekerja gomen yang membuat pinjaman pelajaran dengan JPA selepas ini perlu melunaskan semula pinjaman tersebut. Ini berikutan arahan daripada JPA yang hendakkan maklumat pekerja-pekerja gomen yang sedang berkhidmat dengan kerajaan dan pernah mendapat pinjaman pelajaran daripada JPA.
Nampaknya inisiatif ini terpaksa diambil setelah di dapati ramai yang tidak membayar semula pinjaman pelajaran walaupun berkhidmat dengan kerajaan. Seharusnya pekerja gomen ini menunjukkan contoh yang sesuai dengan statusnya selaku pekerja gomen. Mana-mana yang belum diselesaikan baiklah diselesaikan dahulu. Janganlah sehingga tindakan sebegini diambil yang tidak manis kelihatannya.
Saya mengharapkan agar pekerja gomen yang kebanyakannya tentulah menjawat jawatan gred 41 ke atas ini dapat segera menyelesaikan urusan pinjaman tersebut agar wang tersebut dapat digunakan untuk keperluan mereka yang lebih memerlukan.
Friday, March 28, 2008
Pinjaman JPA
Posted by Civil Servant @ 16:32 0 comments
Wednesday, March 26, 2008
Datuk Bandar Syok Sendiri
Sejak akhir-akhir ini, macam-macam cerita dan cerekarama ditayangkan di scenario politik negara. Mahu tidak mahu pekerja gomen juga merasakan tempiasnya. Bermula dengan ura-ura pekerjaan yang tidak pasti sehinggalah membincangkannya di kedai kopi. Bermacam-macam idea dan pandangan dapat didengari daripada pelbagai pihak.
Isu terkini ialah mengenai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dikhabarkan di dalam akhbar dan boleh dilihat di sini, ia mengenai rungutan bahawa sikap dan kepimpinan Datuk Bandar ini dikatakan 'one-man-show'.
Istilah ini biasanya digunakan apabila seseorang itu memiliki sifat authoritarianisme di dalam pengurusan. Sikap ini memang menyulitkan ramai orang untuk bekerja dengannya. Ini dapat dilihat daripada laporan tersebut yang mengatakan ramai ahli lembaga penasihat yang bosan dengan sikap 'one-man-show' ini dan mengambil sikap berdiam diri sahaja.
Saya merasakan bahawa Datuk Bandar ini masih dibelenggu oleh keadaannya semasa menjadi KSU dahulu yang merasakan mempunyai kuasa penuh terhadap kakitangan bawahan. Namun dia terlupa bahawa sebagai Datuk Bandar, dia perlu lebih berhati-hati dengan sikap authoritarianismenya itu.
Budaya KSU tipikal itu eloklah dibuang jauh-jauh. Kita sekarang di zaman yang lebih bermaklumat. Untuk menjadi KSU memang tidak perlu menjadi yang terbaik tetapi untuk menjadi Datuk Bandar yang baik perlu menjadi penduduk yang cerdik.
Posted by Civil Servant @ 17:09 0 comments
Saturday, March 22, 2008
NUTP mohon penjelasan
Jika JPA menganggap dengan jawapan pekeliling ini telah menyelesaikan masalah, mereka tersilap. Ini telah diulas sebelum ini. JPA masih dengan minda analog di dalam membuat keputusan-keputusan berkaitan orang lain. Memang salah satu tugas JPA ialah membuat pekeliling demi pekeliling dan kebanyakannya menyentuh tentang pekerja gomen yang 'lain'.
Jika pekeliling tersebut menyentuh tentang 'suku-sakat' mereka, tentulah mereka lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan. Entahlah...bila pula JPA ingin berubah dan hendak berubah. Ataupun JPA mahu diubahkan!
Mereka sendiri mengeluarkan garis panduan budaya kerja kelas pertama tetapi masih juga mengamalkan pengurusan kerja kelas pasca-merdeka.
NUTP telah sekali lagi membangkitkan bahawa masih ada masalah lama terhadap guru-guru bukan siswazah yang sebenarnya belum selesai. Memang tidak perlu dikaji masalah ini, lihat sahaja kepada pekelilng tersebut pun kita telah dapat menjangka apa kesannya kepada para guru kita.
Ubahlah cara dan pengurusan lama tersebut. JPA perlu terus sahaja duduk dan buangkan kerenah birokrasi. Bukankah lebih baik jika JPA terus berurusan dengan para guru sendiri dan tidak perlu melalui kementerian agar prosesnya lebih cepat.
Fungsi kementerian disini bolehlah dikatakan sebagai 'penyibuk' sahaja hanya sebagai pelengkap birokrasi.
Posted by Civil Servant @ 14:49 0 comments
Friday, March 21, 2008
Menteri Baru
Kabinet baru baru sahaja dibentuk. Maka dengan tanggungjawab yang telah diberikan, pekerja-pekerja gomen mengharapkan semua yang dilantik dapat bertugas dengan penuh bersemangat, jujur, telus, bijaksana serta yang paling penting ialah...ikhlas.
Tahniah kepada yang dilantik dan kepada yang tidak dilantik cuba lagi pada 5 tahun akan datang. Biarlah ramai yang memberikan ulasan mengenai orang itu tidak layak, orang itu masih belum cukup umur, orang itu bawak banyak duit dalam beg atau apa-apa saja, mereka itu akan menjadi Menteri kepada kementerian masing-masing dan selaku pekerja gomen mereka merupakan 'boss'. Nampaknya kali ini di Mosti sudah ada menteri baru, tidak pasti jika ini sebabnya.
Apakah kesannya kepada struktur pentadbiran kerajaan? Dengan berubahnya Menteri di beberapa kementerian, maka kesannya akan turut dirasai oleh kementerian masing-masing. Tentu sekali daripada segi perubahan gaya kerja setiap Menteri akan memberi kesan kepada polisi di tiap-tiap kementerian. Pekerja gomen perlu mengambil masa untuk 'mengenali' cara bekerja mereka ini dan sudah pasti akan disesuaikan dengan kehendak mereka.
Disebaliknya juga, mereka ini memerlukan tempoh menyesuaikan diri dengan suasana baru di tempat baru dengan tanggungjawab baru. Kita memohon agar mereka sedar bahawa mereka ini juga diperhatikan bukan sahaja oleh orang kebanyakan tetapi juga oleh pekerja gomen yang jumlahnya tidaklah besar cuma 1.2 juta orang sahaja.
Untuk menjadikan keadaan lebih menarik, kita juga akan melihat pekerja-pekerja gomen yang kanan-kanan tu akan terlibat dalam proses 'mendekatkan' diri dengan menteri masing-masing. Tidak mengapa untuk 'mendekatkan' diri, ia tentulah sesuatu yang baik jika tujuannya baik. Cuma yang dikhuatirkan jika niatnya menyimpang dari urusan sebenar.
Teroponglah dengan bijak, lihat dengan teliti.Masyarakat sekarang lebih bijak dalam mengenali personaliti yang jujur
Posted by Civil Servant @ 12:50 0 comments
Thursday, March 13, 2008
Demam boss baru
Fuh...baru sahaja selesai PRU-12 maka kita biarkanlah mereka yang telah sedar dan dapat melihat akan bisanya pilihanraya ini. Selaku pekerja gomen, kerajaan boleh berubah jika ianya diubah. Kerajaan boleh bertukar seperti arahan pertukaran penempatan. Namun yang masih kekal adalah pekerja gomen. Siapa sahaja yang dipilih oleh rakyat, kita perlu menurutnya.
Oleh itu pada pekerja gomen di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor diucapkan selamat menerima boss baru.
Posted by Civil Servant @ 17:45 2 comments