Di musim perayaan ini ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyambut perayaan yang bakal menjelang tiba. Di Malaysia, tidak kira apa jua perayaan, semuanya akan bekerjasama menyambutnya dengan memenuhi tanggungjawab balik ke kampung ataupun bersantai-santai di tempat pilihan.
Namun ada juga yang terpaksa bekerja semasa musim tersebut terutamanya pekerja gomen seperti pasukan PDRM, bomba, sektor kesihatan, JPJ, imigresen, pasukan tentera, APMM, penguatkuasa KPDNHEP, dan bermacam lagi sehingga ada yang dibekukan cuti mereka dan ada yang bercuti singkat sahaja. Ini merupakan sebahagian komitmen yang ditunjukkan oleh pekerja gomen.
Pada sektor kesihatan pula, ternyata sumbangan mereka tidak dapat dinafikan melalui perkhidmatan di hospital yang menunggu kebanyakannya mangsa kemalangan jalan raya ops statik serta bomba yang bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit. Semoga kita semua dijauhkan dari bencana.
Namun begitu keprihatinan PDRM terhadap anggotanya boleh dikira menarik kerana PDRM mengakui perlunya polis mendapatkan keizinan sebelum berkahwin. Walaupun setahu saya, keizinan hanyalah perlu daripada wali tetapi sekarang ini ada wali PDRM! Langkah ini mungkin bertujuan di atas faktor keselamatan. Jika sampai ke tahap itu sekali penelitian yang dibuat oleh PDRM, maka diharapkan perkara lain yang lebih besar tentu tidak akan lepas dari pemerhatian pihak atasan PDRM.
Setakat menyemak dan meneliti pengisytiharan harta pegawai polis tentu bukan sesuatu yang sukar. Adalah mudah untuk mengesan keraguan yang timbul akibat daripada pemilikan harta anggota PDRM. Lebih-lebih lagi setelah Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM dahulu telah mendapat maklumat daripada orang ramai.
Entah mengapa tempoh untuk menyiasat perkara ini mengambil masa yang amat lama. Hanya setelah KP BPR bertukar baru nampak sedikit perubahan. Sepatutnya ianya tidak perlu tunggu BPR untuk membuat penyiasatan, pasukan PDRM sendiri boleh memulakan penyiasatan.
Namun harus diakui adalah sukar untuk membuka pekung di dada.