Semasa mula-mula bekerja dengan gomen ini, saya mendapati bahawa sebarang kerja-kerja di luar stesen (out sation) atau tugasan luar layak membuat tuntutan perjalanan dan elaun yang berkaitan. Ini merupakan kemudahan yang telah diberi oleh kerajaan kepada kakitangannya semasa melaksanakan tugasan luar.
Oleh itu apabila ditugaskan untuk melakukan tugasan luar, kita tidak dapat mengelak dan melakukannya dengan sebaik mungkin. Setelah selesai melakukan tugasan tersebut seterusnya kerja-kerja menyiapkan claim pun bermula. Pada kali pertama membuat tuntutan, borangnya pun kita tidak tahu bagaimana rupanya. Itu belum lagi cara untuk mengisi kandungan tuntutan dan kelayakan tuntutan yang telah ditetapkan. Begitu sukar sekali untuk menyiapkan sesuatu borang claim ini.
Setelah berpeluh-peluh menyiapkan borang claim, perlu pula dihantar kepada boss untuk disahkan. Terpaksa pula melayan sesi Q & A dengan boss. Jika boss tidak bekenan, kenalah ubah semula.
Setelah itu baru dihantar semula kepada boss dan dimajukan pula kepada bahagian yang memproses claim. Jika ada kesilapan yang dikesan oleh pakar claim, maka perlu diubah semula dan diperbetulkan. Begitulah penangan dan cabaran di dalam mendapat kembali tuntutan perbelanjaan yang telah kita keluarkan.
Agaknya sebab inilah boss-boss yang ada P.A suruh P.A saje yang buat claim. Macamlah tak biasa buat dulu-dulu!!

No comments:
Post a Comment