Monday, March 26, 2007

Mesyuarat

Mesyuarat merupakan sesuatu yang bagaikan wajib dan rutin di dalam bidang ini. Mesyuarat diadakan oleh berbagai tujuan. Mesyuarat bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar dan wakil-wakil daripada pelbagai latarbelakang untuk duduk dan berbincang megenai satu-satu agenda atau isu dan mendapatkan satu keputusan yang berfaedah kepada semua pihak.

Oleh itu, jemputan dan panggilan ke mesyuarat merupakan satu penghormatan kepada ahli-ahli mesyuarat. Sebagai ahli satu-satu mesyuarat, peranan yang dimainkan adalah mewakili sama ada organisasi, bahagian atau unit masing-masing. Oleh itu, jika dijemput menghadiri sesuatu mesyuarat dan hanya bertindak sebagai pendengar yang setia dan menjamu jamuan yang dihidangkan jadilah ia parasit mesyuarat.

Sesiapa yang menghadiri sesuatu mesyuarat harus memberikan buah fikiran dan sumbangan kepada mesyuarat bukannya duduk dan dengar seperti yang banyak berlaku. Biasanya mesyuarat hanya dimonopoli oleh beberapa orang ahli yang biasanya berjawatan lebih tinggi manakala ahli-ahli lain hanya duduk dan mendengar dengan khusyuk.

Pengerusi juga harus memainkan peranan dengan membuka ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk bersuara. Masalah yang berlaku ialah apabila pengerusi mesyuarat hanya membenarkan dirinya bercakap tanpa henti dan membuat keputusan sendiri. Jika ini yang berlaku, mesyuarat hanya diadakan untuk 'melepaskan diri' daripada dituduh membuat keputusan seorang diri. Kesimpulannya ahli mesyuarat dipergunakan!

Fahamilah maksud mesyuarat.

1 comment:

Anonymous said...

Bagus nih....menyedarkan tentang fungsi mesyuarat