Thursday, March 8, 2007

Lulus temuduga

Sepucuk surat membawa berbagai makna dan implikasi. Sepucuk surat bakal merubah kehidupan seseorang.

"Tahniah, anda telah lulus temuduga..."

Ungkapan ini membuatkan ramai orang bakal terseyum dan ada yang melompat kegirangan. Ini adalah antara ungkapan 'hitlist' yang ditunggu-tunggu dengan penuh harapan oleh ramai orang.

Apatah lagi apabilan menerima surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang tugas utamanya ialah mencari orang untuk berkhidmatan di dalam kerajaan.

Namun begitu, kepada mereka diluar sana yang ingin berkhidmat di sektor awam (kerajaan), terdapat berbagai-bagai lagi agensi yang boleh membuat temuduga tanpa perlu melalui SPA.

Jika dilihat di akhbar-akhbar utama, terdapat berbagai-bagai iklan untuk jawatan kosong samada daripada badan berkanun, universiti, pusat penyelidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Kerajan Negeri, Majlis Tempatan dan berbagai lagi.

Jawatan-jawatan tersebut pula daripada lulusan SRP/PMR hinggalah ke Ijazah dan Ph.D. OLeh itu selain daripada SPA, masih ada ruang lain untuk dicuba.

No comments: