Monday, March 12, 2007

Mengapa masih dikatakan lembab?

Dengan memiliki 1.2 juta kakitangan awam di kalangan 25 Juta rakyat Malaysia, sepatutnya perkhidmatan awam tidak mempunyai masalah dengan sistem penyampaian. Oleh kerana sistem penyampaian dilihat sebagai amat bermasalah, maka di dalam RMK-9, kerajaan telah menjadikannya sebagai salah satu teras kepada kejayaan RMK-9.

Sesungguhnya ini satu perkara yang memalukan! Memalukan kerana sistem perkhidmatan awam yang telah diwarisi daripada British telah menjadi tidak releven dengan suasana sekarang. Sistem penyampaian yang sepatutnya menjadi perkara asas telah ditandakan sebagai lemah, kurang berfungsi dan lembab.

Persoalan timbul mengapakan perkara ini terjadi? Bukankah sektor awam memiliki mereka yang 'hebat-hebat' yang bekerja di dalamnya. Di dalam organisasi, jika dikatakan 'sistem' yang lemah, maka ia akan memperlihatkan kelemahan kepada penggubal dasar-dasar awam. Para-para penggubal ini telah merangka satu sistem yang telah mengakibatkan berlaku kelembapan kepada sistem penyampaian seperti terlalu banyak birokrasi, tempoh yang terlalu lama, kekurangan kepakaran di dalam sektor tertentu ataupun kurang mesra kepada entiti perniagaan. Kesemua ini mendatangkan kesan yang besar kepada perancangan kerajaan di dalam RMK-9.

Penggubal dasar yang tidak pernah berniaga telah dipertangungjawabkan untuk mewujudkan suasana yang kondusif unttuk perniagaan. Oleh kerana telah sedar dengan kelemahan para penggubal dasar ini, maka telah diwujukan satu organisasi yang dinamakan PERMUDAH. Bagi membantu penggubal dasar ini yang tidak pernah pun menjalankan perniagaan, dilantik ahli-ahli korporat untuk membantu mereka.

Daripada keadaan ini dapat dilihat bahawa sikap kerajaan untuk mengekalkan dan melantik penggubal dasar yang sama akan memberi implikasi negatif kepada sistem perkhidmatan awam.

Perlantikan ini sepatutnya dibuat dengan mengambilkira kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu. Perlantikan yang dibuat ini hanya bersandarkan ke atas jawatan di mana semua telah sedia maklum bahawa jawatan yang diisi tersebut bukanlah di atas kepakaran tetapi peraturan.

No comments: