Tuesday, March 20, 2007

Biasiswa untuk lepasan diploma

Di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 19 Mac 2007, terdapat satu iklan yang menawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan diploma. Iklan ini menarik kerana ia merupakan satu-satunya iklan yang menawarkan biasiswa hanya untuk pelajar lepasan diploma.

Seperti yang semua sedia maklum, pelajar-pelajar lepasan diploma merupakan antara golongan yang seperti diketepikan di dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya di IPTA. Ini berlaku kerana hampir kesemua penaja, IPT-IPT lebih menumpukan kepada mereka yang baru menamatkan SPM. Oleh itu di dalam keghairahan ini, golongan lepasan diploma ini seperti 'dilupakan'.

Namun begitu, iklan daripada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti ini mungkin merupakan peluang bagi para lepasan Diploma ini untuk memohon bagi medapatkan biasiswa. Menurut iklan tersebut, peluang melanjutkan pengajian ini adalah bagi universiti di luar negara (England).

Walaubagaimanapun biasiswa ini hanya kepada lepasan Diploma yang mencapai CGPA 3.50 ke atas sahaja. Ini merupakan satu langkah untuk mencari yang terbaik dikalangan para pemohon kerana mereka ini akan dilantik menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Langkah untuk mendapatkan kakitanan yang terbaik untuk berkhidmat di dalam sektor awam ini merupakan satu langkah yang bijak. Dengan ini kita mengharapkan agar kualiti penuntut di Politeknik dan Kolej Komuniti akan turut meningkat.

Namun begitu persoalannya, jika diukur daripada suasana sistem perkhidmatan awam sekarang...

1. adakah mereka-mereka yang balik dan kemudian berkhidmat akan kekal di perkhidmatan awam?
2. adakah mereka-mereka yang cemerlang ini digilap sepenuhnya potensinya dengan berkhidmat di perkhidmatan awam?
3. adakah mereka yang cemerlang ini akan menjadi peneraju kepada perkhidmatan awam?
4. adakah mereka yang cemerlang ini akan terus bekerja dan bekerja sehingga pencen dengan hanya di gred 44?

Persoalan yang perlu dijawab dan sememangnya mudah untuk dijawab. Dengan scenario sekarang ini, kita merasakan adalah amat rugi dan membazir jika potensi anak-anak Malaysia yang bijak dan cemerlang ini terpendam setelah mereka mula berkhidmat dengan kerajaan.

Ubahlah minda, majulah ke depan.

1 comment:

Anonymous said...

eorang diam jer..xnak bgtau...laman web die asyik sedang dalam pembinaan...dh malaslah dgn biasiswa penipu dari kerajaan nih....