Tuesday, September 9, 2008

JPA Yang Perlu Prihatin

Untuk bekerja dengan gomen memang sesuatu yang menarik sejak kenaikan gaji diumum pada tahun lepas. Gaji permulaan bagi satu-satu jawatan adalah agak menarik terutama bagi pekerja gomen yang 'fresh' dan sebelum ini belum mempunyai pengalaman kerja yang lama. Bagi golongan ini, memang pendapatan yang diterima adalah mencukupi dan selesa.

Namun bagi yang telah bekerja untuk beberapa lama di sektor swasta dan kemudian memohon bekerja di gomen, tentulah ada sikit penyesuaian perlu dibuat kerana sukar untuk diambil kira pengalaman di swasta bagi tujuan gaji ni. Memang pekerja gomen tersebut perlu memohon dan tunggulah keputusan permohonannya. Secara puratanya, usah diharap sangat benda ni.

Kita usah ceritakan mengenai gaji permulaan itu tetapi melencong ke arah lain yang tersirat, di mana wujud kelemahan juga dengan skim gaji ini. Kelemahan ini boleh kita cungkil serta perhalusi kepada senario sumber manusia yang diperingkat pasca ijazah. Kita tolak ketepi kepada jawatan di universiti tetapi kita fokuskan kepada jawatan di persekutuan serta negeri dahulu.

Berkenaan dengan gaji ini bukannya pekerja gomen ingin sangat gaji yang melampau-lampau. Kita juga sedar dan insafi bahawa insentif gaji ini harus diberikan secara wajar dan sesuai dengan kemahiran dan kepakaran masing-masing. Tak perlu lagi dijelaskan apakah maksud kewajaran dan kesesuaian itu, kerana sendiri boleh tau...

Satu-satunya pihak yang dengan jelas merasakan perlu ditambahbaik skim gaji mereka ialah para guru. Tentulah ada kelemahan yang agak ketara apabila para guru sanggup untuk melantik pakar-pakar bagi mengkaji skim gaji mereka serta dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia.

Saya merasakan sebenarnya pekerja gomen yang lain juga (selain guru) merasakan penambahbaikan skim sekarang ini adalah amat perlu dan mendesak. Kita semua telah melalui tempoh yang sebegini sejak sekian lama dimana kelemahan-kelemahan ini telah lama dihadapi tetapi mereka yang berkenaan tidak berusaha ke arah itu.

Ini telah saya timbulkan dahulu bahawa sebenarnya yang kita pohon adalah semakan skim gaji. Apabila semakan skim gaji, maka secara keseluruhannya ianya akan disemak semula dan tidak hanya tertakluk kepada kenaikan gaji sahaja.

Oleh itu inisiatif NUTP ini perlu diberi perhatian dan penghormatan bagi mereka untuk memperbaiki skim mereka sendiri. Inisiatif ini nampaknya diambil kerana pihak berkenaan tidak berminat dan hanya melihat kepada kepentingan mereka sahaja.

Salah satu yang menarik minat saya ialah mengenai insentif yang perlu diberikan kepada mereka yang berkelulusan sarjana dan Ph.D. Ini juga telah saya sentuh di sini. Entah mengapa perkara ini masih tidak mendapat perhatian dari JPA. Bukanlah susah sangat untuk mendapatkan persetujuan jawatankuasa kabinet mengenai perkara ini. Mungkin tiada siapa yang mahu membawa isu ini kerana mungkin mahukan ianya terus begitu sahaja.

Pembentukan dasar dan strategi baru Pengurusan Sumber Manusia ke arah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan Perkhidmatan Awam melalui penekanan terhadap konsep, perancangan strategik, best practices, model pengurusan dan pembangunan Sumber Manusia; contohnya Kajian Semula Perintah Am, Arahan Perkhidmatan, Dasar Kenaikan Pangkat dan Dasar In-Service Training;

'Perpaduan Teras Kejayaan'

No comments: