Saturday, August 30, 2008

Juruaudit

Laporan Audit 2007 telah dikeluarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2008. Laporan Audit ini telah mula mendapat perhatian semenjak tahun lalu semenak ianya medapat laporan yang meluas di akhbar-akhbar utama walaupun sebelum ini juga Jabatan Audit Negara senantiasa mengeluarkan laporan yang sama tanpa mengenal erti penat setiap tahun.

Memang benar, kerja untuk menghasilkan laporan audit ini diletakkan di bawah Jabatan Audit Negara. Di jabatan ini para juruaudit yang berkelayakan yang bertugas akan bertungkus lumus bekerja bagi menyiapkan laporan audit tersebut. Rasanya tidak perlulah untuk kita membincangkan apa yang terkandung di dalam laporan bagi tahun 2007 itu kerana sudah hampir pasti ia akan keluar dalam suratkhabar.

Cuma apa yang kurang yang dibincangkan ialah mengenai mereka yang di belakang tabir yang membuat kerja-kerja pengauditan tersebut. Di dalam sektor awam, pekerja gomen yang terlibat di dalam kerja audit ini adalah di dalam skim Juruaudit. Biasanya ia menggunakan kod 'W'.

Juruaudit merupakan satu jawatan profesional yang memerlukan latihan dan kemahiran yang tersusun, sistematik serta memiliki kepakaran yang mencapai standard tertentu. Di Malaysia, Institut Audit Dalaman Malaysia juga telah ditubuhkan pada 1977 bagi menyokong pembangunan dan peningkatan profesion juruaudit.

Oleh itu, jawatan juruaudit ini bukanlah merupakan jawatan yang boleh dimasuki secara semberono jika tidak ada ilmu yang mencukupi. Ilmu sahaja tentu tidak mencukupi jika tidak pula ditambah dengan kemahiran dan latihan yang berterusan.

Namun begitu oleh kerana kita berada di sektor awam yang agak lemah di dalam pengurusan modal insannya, maka terdapat satu jawatan penting di Jabatan Audit Negara yang telah diisi oleh orang yang tidak ada ilmu audit. Siapa kata juruaudit perlu ada ilmu audit?

No comments: