Saturday, July 26, 2008

Pensyarah Gred 51

Kerajaan telah membuat keputusan bahawa pensyarah-pensyarah universiti yang berkelulusan Ph.D, akan terus dinaikkan ke gred 51. Keputusan ini merupakan satu langkah yang tepat memandangkan dengan kelulusan tersebut, sekurang-kurangnya segala usaha dan penat jerih yang dilalui selama menyambung pengajian berbaloilah juga akhirnya.

Memang akan ada yang tidak akan bersetuju namun kepada mereka yang pernah melalui pengalaman membuat Ph.D akan sedar dan insaf bahawa memang ia merupakan satu jenis cabaran dan pengalaman yang paling getir di dalam hidup mereka.

Kepada yang kurang mengetahui apakah itu Ph.D, di dalam bahasa yang mudah Ph.D ialah satu sumbangan asli kepada ilmu pengetahuan atau di dalam bahasa mudahnya 'an original contribution to knowledge'.

1 comment:

Anonymous said...

Banyak universiti telah memberi staf nya gred 51 ni, tahniah.
Tetapi saya dengar2 ada universiti yang masih tidak mengambil tindakan ini untuk kakitangan mereka, sehingga kini. Saya kesian juga dengan junior-junior saya tu, dah lah berjawatan tutor sementara selama 5-6 tahun tanpa dikira untuk faedah pencen, gaji mula pada DS45 T3? aje...kesian betul.
Kalau ada kakitangan HR universiti berkenaan membaca komen saya ni, cepatlah bertindak, berdosa kia kalau rezeki orang disekat. Saya dah merasa rezeki disekat beberapa kali semasa berkhidmat-gomen ni. Tapi tak apa, ada hikmah disebalik nya.