Sunday, July 6, 2008

Biasiswa dan Hadiah Latihan Persekutuan

Untuk mendapat biasiswa memang sesuatu yang sukar. Memang sudah banyak pihak jelaskan bahawa biasiswa ini adalah satu kemudahan dan bukannya hak. Isu ini tak perlulah dijelaskan lagi. Jadi kepada yang berhajat untuk mendapatkan biasiswa JPA, cepat-cepatlah memohon di laman web JPA.

Biasiswa ini adalah untuk peringkat diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS dalam negara. Tarikh tutup ialah pada 13 Julai 2008. Namun harus diingat, biasiswa JPA merupakan antara biasiswa yang berprestij dan antara yang kompetitif. Oleh itu, cubalah memohon dan lakukan yang terbaik semasa proses pemilihan.

Melalui biasiswa ini juga, setiap pemohon yang berjaya akan mengikat kontrak dengan JPA mengikut tempoh yang ditetapkan. Tempoh adalah berbeza-beza mengikut kursus.

Bagi pekerja gomen di peringkat sokongan, mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran memang antara yang dinanti-nantikan. Namun begitu, untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah ini adalah agak terhad dan memerlukan pengorbanan.

Namun begitu usaha gigih dan semangat yang tinggi ini sewajarnya dipuji dan diberikan perhatian. Langkah untuk memberikan penambahbaikan terhadap sektor perguruan mengenai perkara ini merupakan satu langkah yang boleh dipertingkatkan lagi.

Kita juga perlu melihat kepada pekerja gomen lain yang melanjutkan pengajian. Ada pekerja gomen yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi daripada jawatan mereka. Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu mereka yang semasa memohon menggunakan kelayakan yang lebih rendah agar sesuai dengan jawatan dan golongan kedua ialah golongan yang melanjutkan pengajian semasa dalam perkhidmatan.

Tidak kiralah bagaimana mereka mendapatkannya tetapi yang pentingnya dimana mereka berada sekarang. Apabila difikirkan, kelayakan masuk ke jawatan perkhidmatan awam ini ternyata lebih berpaksikan kepada taraf pengajian. Namun begitu kepada mereka yang telah melanjutkan pengajian (kumpulan sokongan), agak sukar untuk mendapatkan peluang mengisi jawatan yang lebih tinggi sedangkan pengalaman serta kemahiran yang ada pada mereka ini adalah lebih baik berbanding dengan calon biasa. Ini juga secara relatifnya sama kes dengan pekerja kontrak yang telah dinyatakan sebelum ini.

Bila menyedari akan pentingnya modal insan dan usaha untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama", perkara ini telah dijadikan sebagai salah satu misi nasional di dalam RMK-9.

Walaupun langkah untuk meningkat modal insan di dalam sektor awam boleh dikatakan agak positif, namun masih ada ruang yang penting yang kurang diberi perhatian. Ruang ini adalah amat signifikan sekali dan perlu diberi perhatian oleh mereka yang berkenaan. Ada satu agensi kerajaan yang salah satu misinya ialah :

Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.

Jadi agensi ini perlu lebih proaktif dalam menggubal dasar untuk kebaikan seluruh sektor awam dan bukannya terhad kepada skim-skim tertentu sahaja.

Buat masa ini pekerja gomen yang melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah tidak termasuk di pekerja gomen di universiti, kurang diberikan pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Pekerja gomen yang memiliki Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) seharusnya lebih dihargai memandangkan mereka inilah antara produk 'modal insan kelas pertama' yang wujud di dalam sektor awam.

Sesuatu pembaharuan perlu dikaji dan digubal terhadap dasar ini yang telah lama disedari tidak lagi sesuai dengan peredaran semasa. Mungkin hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang belum sedar lagi. Jangan pula ambil masa hingga 20 tahun lagi.

Secara kasar, anggaran pekerja gomen yang menerima Hadiah Latihan Persekutuan oleh JPA adalah lebih kurang 300-400 orang setahun dan sejak akhir-akhir ini bilangan mereka yang memohon adalah semakin berkurangan disebabkan oleh daya tarikan 'memangku' yang lebih penting.

Mereka yang menggubal dasar ini telah menjadikan pemikiran pekerja gomen seolah-olah meletakkan modal insan sebagai perkara kedua dan dasar yang mereka gubal ini mereka katakan sebagai satu dasar yang baik dan sebab itulah mereka melantik diri mereka sendiri sebagai "penasihat kerajaan dalam urusan personal sektor awam." Baca di sini.

Hebat bukan!?

3 comments:

lempok said...

Buat masa ini pekerja gomen yang melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah tidak termasuk di pekerja gomen di universiti, kurang diberikan pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Pekerja gomen yang memiliki Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) seharusnya lebih dihargai memandangkan mereka inilah antara produk 'modal insan kelas pertama' yang wujud di dalam sektor awam.
Dasar sekarang bukan mementingkan kelayakan akademik untuk kenaikan pangkat, hanya berdasarkan PRESTASI, prestasi juga adalah SUBJEKTIF dan TIDAK TELUS, BOS suka BOS BAGI MARKAH TINGGI.Ada Sarjana untuk diperah otak kesarjanaan dan bukannya diberi CABARAN dalam MELAKSANAKAN TUGAS.Bahkan pemegang Ph.D yang bekerja Gomen (Persekutuan/Negeri) masih belum TENTU.Entah mengapa KERAJAAN BERBELANJA BERJUTA-JUTA UNTUK MEMBIAYAI PENGAJIAN Ph.D dalam NEGARA DAN LUAR NEGARA tetapi PEGAWAI BERJAYA, pengiktirafan seoalah TIADA terhadap pemegang SARJANA dan Ph.D. bahkan kelulusan SPM melalui Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) LEBIH DIBERI KEUTAMAAN

Secara kasar, anggaran pekerja gomen yang menerima Hadiah Latihan Persekutuan oleh JPA adalah lebih kurang 300-400 orang setahun dan sejak akhir-akhir ini bilangan mereka yang memohon adalah semakin berkurangan disebabkan oleh daya tarikan 'memangku' yang lebih penting.
Terdapat sebuah Jabatan Kerajaan dimana 2 pegawai yang sedang CUTI BELAJAR DI BAWAH HADIAH LATIHAN, menamatkan PENGAJIAN KERANA DINAIKKAN PANGKAT (Memangku) katanya PANGKAT payah nak dapat walaupun ada SARJANA, belajar bila-bila MASA BOLEH

Civil Servant said...

Seperti yang dijelaskan, produk modal insan perlu lebih dikaji dan diteliti. Masih banyak ruang untuk dibuat pembaharuan. Entah dimana silapnya, sukar sekali melakukan pembaharuan bagi perkara ini.

Anonymous said...

iya, saya juga hairan dengan dasar kerajaan Malaysia ni..Penjawat awam pemegang masters langsung tak diberi penghargaan.Ph.D dah ada ganjaran diberikan dgn 1 kenaikan gred tapi pemegang masters tak ada langsung pada hal masters pun stengah mati juga belajar. Saya sendiri dpt rasakan perbezaan tahap pengetahuan bidang yang dipelajari antara sarjana muda dan sarjana memang pengajian ijazah jauh lebih mendalam dan lebih pakar dalam bidang yang dipelajari tapi tak mendapat pengiktirafan langsung dari kerajaan Malaysia. Kalau kerajaan Malaysia perihatian berilah kenaikan 2 anak tanggakah gaji, so kita rasa dihargai...