Friday, March 21, 2008

Menteri Baru

Kabinet baru baru sahaja dibentuk. Maka dengan tanggungjawab yang telah diberikan, pekerja-pekerja gomen mengharapkan semua yang dilantik dapat bertugas dengan penuh bersemangat, jujur, telus, bijaksana serta yang paling penting ialah...ikhlas.

Tahniah kepada yang dilantik dan kepada yang tidak dilantik cuba lagi pada 5 tahun akan datang. Biarlah ramai yang memberikan ulasan mengenai orang itu tidak layak, orang itu masih belum cukup umur, orang itu bawak banyak duit dalam beg atau apa-apa saja, mereka itu akan menjadi Menteri kepada kementerian masing-masing dan selaku pekerja gomen mereka merupakan 'boss'. Nampaknya kali ini di Mosti sudah ada menteri baru, tidak pasti jika ini sebabnya.

Apakah kesannya kepada struktur pentadbiran kerajaan? Dengan berubahnya Menteri di beberapa kementerian, maka kesannya akan turut dirasai oleh kementerian masing-masing. Tentu sekali daripada segi perubahan gaya kerja setiap Menteri akan memberi kesan kepada polisi di tiap-tiap kementerian. Pekerja gomen perlu mengambil masa untuk 'mengenali' cara bekerja mereka ini dan sudah pasti akan disesuaikan dengan kehendak mereka.

Disebaliknya juga, mereka ini memerlukan tempoh menyesuaikan diri dengan suasana baru di tempat baru dengan tanggungjawab baru. Kita memohon agar mereka sedar bahawa mereka ini juga diperhatikan bukan sahaja oleh orang kebanyakan tetapi juga oleh pekerja gomen yang jumlahnya tidaklah besar cuma 1.2 juta orang sahaja.

Untuk menjadikan keadaan lebih menarik, kita juga akan melihat pekerja-pekerja gomen yang kanan-kanan tu akan terlibat dalam proses 'mendekatkan' diri dengan menteri masing-masing. Tidak mengapa untuk 'mendekatkan' diri, ia tentulah sesuatu yang baik jika tujuannya baik. Cuma yang dikhuatirkan jika niatnya menyimpang dari urusan sebenar.

Teroponglah dengan bijak, lihat dengan teliti.Masyarakat sekarang lebih bijak dalam mengenali personaliti yang jujur

No comments: