Wednesday, March 26, 2008

Datuk Bandar Syok Sendiri

Sejak akhir-akhir ini, macam-macam cerita dan cerekarama ditayangkan di scenario politik negara. Mahu tidak mahu pekerja gomen juga merasakan tempiasnya. Bermula dengan ura-ura pekerjaan yang tidak pasti sehinggalah membincangkannya di kedai kopi. Bermacam-macam idea dan pandangan dapat didengari daripada pelbagai pihak.

Isu terkini ialah mengenai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dikhabarkan di dalam akhbar dan boleh dilihat di sini, ia mengenai rungutan bahawa sikap dan kepimpinan Datuk Bandar ini dikatakan 'one-man-show'.

Istilah ini biasanya digunakan apabila seseorang itu memiliki sifat authoritarianisme di dalam pengurusan. Sikap ini memang menyulitkan ramai orang untuk bekerja dengannya. Ini dapat dilihat daripada laporan tersebut yang mengatakan ramai ahli lembaga penasihat yang bosan dengan sikap 'one-man-show' ini dan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

Saya merasakan bahawa Datuk Bandar ini masih dibelenggu oleh keadaannya semasa menjadi KSU dahulu yang merasakan mempunyai kuasa penuh terhadap kakitangan bawahan. Namun dia terlupa bahawa sebagai Datuk Bandar, dia perlu lebih berhati-hati dengan sikap authoritarianismenya itu.

Budaya KSU tipikal itu eloklah dibuang jauh-jauh. Kita sekarang di zaman yang lebih bermaklumat. Untuk menjadi KSU memang tidak perlu menjadi yang terbaik tetapi untuk menjadi Datuk Bandar yang baik perlu menjadi penduduk yang cerdik.

No comments: