Saturday, March 22, 2008

NUTP mohon penjelasan

Jika JPA menganggap dengan jawapan pekeliling ini telah menyelesaikan masalah, mereka tersilap. Ini telah diulas sebelum ini. JPA masih dengan minda analog di dalam membuat keputusan-keputusan berkaitan orang lain. Memang salah satu tugas JPA ialah membuat pekeliling demi pekeliling dan kebanyakannya menyentuh tentang pekerja gomen yang 'lain'.

Jika pekeliling tersebut menyentuh tentang 'suku-sakat' mereka, tentulah mereka lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan. Entahlah...bila pula JPA ingin berubah dan hendak berubah. Ataupun JPA mahu diubahkan!

Mereka sendiri mengeluarkan garis panduan budaya kerja kelas pertama tetapi masih juga mengamalkan pengurusan kerja kelas pasca-merdeka.

NUTP telah sekali lagi membangkitkan bahawa masih ada masalah lama terhadap guru-guru bukan siswazah yang sebenarnya belum selesai. Memang tidak perlu dikaji masalah ini, lihat sahaja kepada pekelilng tersebut pun kita telah dapat menjangka apa kesannya kepada para guru kita.

Ubahlah cara dan pengurusan lama tersebut. JPA perlu terus sahaja duduk dan buangkan kerenah birokrasi. Bukankah lebih baik jika JPA terus berurusan dengan para guru sendiri dan tidak perlu melalui kementerian agar prosesnya lebih cepat.

Fungsi kementerian disini bolehlah dikatakan sebagai 'penyibuk' sahaja hanya sebagai pelengkap birokrasi.

No comments: