Tuesday, May 15, 2007

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2007 merupakan hari guru. Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia dan dunia terutamanya kepada semua guru yang pernah mengajar saya dari tadika ke sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Agak pelik juga bila difikirkan mengapa tiada hari pensyarah? Sedangkan pensyarah juga membimbing dan menurunkan ilmu kepada kita semua. Pensyarah juga mendidik anak-anak muridnya dan kadangkala memberi khidmat nasihat serta 'tips-tips' yang berguna. Mungkin sesuatu patut difikirkan oleh orang-orang di Kementerian Pengajian Tinggi mengenai hal ini.

Pada hari ini juga akan diumumkan insentif-insentif kepada para guru-guru kita bagi menunjukkan kerajaan menghargai pengorbanan para guru. Ia juga salah satu langkan meningkatkan taraf profesion perguruan. Saya kurang pasti mengenai peningkatan profesion perguruan ini kerana pada kebiasaannya memang profesion guru ini dipandang mulia oleh semua pihak.

Hanya pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sahaja yang akan membiarkan profesion perguruan itu direndahkan secara halus dan tersirat. Namun begitu guru-guru telah bangkit secara 'total' dan sedar bahawa perubahan perlu dilakukan demi memartabatkan profesion mulia ini.

Bersempena dengan hari guru, saya memetik kata-kata Hishamuddin Rais 'jangan biar diri kita diSabtukan'.

No comments: