Sunday, September 21, 2008

HENTIKAN KEZALIMAN/KETIDAKADILAN DALAM PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KERAJAAN GRED 41 KE ATAS (Bahagian Kedua)

Dipetik dari Laman Marhaen.
Oleh: Pegawai Bukan-PTD

BAHAGIAN KEDUA:
Analisis Berdasarkan Kepada Nas Akhbar

Kami sudah tentu tak percaya kepada Pak Lah kerana berdasarkan sejarah dan realitinya Pak Lah telah terbukti dan pasti menyebelahi Persatuan PTD.

Jika DS Najib naik jadi PM pun kami tak boleh menaruh harapan kerana pada sebelum PRU12 DS Najib sudah berjanji, tapi janji tinggal janji, lihatlah janji Kerajaan (DS Najib) berikutnya.

Setelah kerajaan menyedari kekecewaan dan ketidakpuashati pegawai kerajaan bukan-PTD yang berjumlah lebih 300,000 orang terhadap PTD yang berjumlah 7,000 orang lebih yang boleh memberi kesan besar kepada PRU13. Kekecewaan ini disalurkan melalui persatuan, akhbar dan pelbagai media. Antaranya isu kenaikan pangkat, penempatan PTD serta dominasi PTD.

Maka kerajaan telah berjanji dan ramai yang percaya kepada janji kerajaan.

Berita Harian 25/01/2008
Bukan-PTD boleh isi jawatan utama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan sistem kemasukan pelbagai dalam pelantikan jawatan pada semua peringkat, termasuk jawatan kanan dan utama, bagi menarik serta mengekalkan kakitangan terbaik dalam perkhidmatan awam, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri memberi contoh pelantikan bagi jawatan utama yang kini diisi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), akan turut dibuka kepada anggota perkhidmatan awam lain seperti pegawai perkhidmatan teknikal, perguruan, tentera dan polis yang berkelayakan.
Kenapa Janji 25.01.08 dibuat Kerajaan (Najib), Inilah dinamakan Janji Pilihanraya
Berita Harian 29/01/2008 Oleh Zulkeflee Yaacob
Kakitangan awam tak boleh khianati kerajaan
SISTEM kemasukan pelbagai dalam pelantikan jawatan awam sektor kerajaan dapat menarik dan mengekalkan kakitangan, bahkan mengoptimumkan perkhidmatan berikutan hasrat kerajaan untuk memastikan mereka yang berminat dan berbakat menjadi penjawat terbaik dalam perkhidmatan awam. Pelantikan pegawai kanan kini hanya diisi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akan dibuka kepada anggota perkhidmatan awam lain seperti perkhidmatan perguruan, teknikal, tentera dan polis agar disepadukan keupayaan pengurusan dengan kepakaran, pengetahuan dan bakat masing-masing. Apa lagi penggemblengan pengalaman, kelayakan dan kemahiran menjadi petanda aras kualiti.


Bagimana reaksi NUTP - persatuan Non PTD yang paling berpengaruh

Berita Harian 26/01/2008
NUTP syor guru diberi peluang isi jawatan utama
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyambut baik cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem kemasukan pelbagai dalam pelantikan jawatan pada semua peringkat, termasuk jawatan kanan dan utama bagi menarik serta mengekalkan kakitangan terbaik dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun, mereka menyarankan cadangan itu diteliti membabitkan semua aspek, termasuk memastikan jawatankuasa penilai dan pemilihan dianggotai kalangan profesional yang berkelayakan.


Harapan Arus Perdana Pegawai Non PTD

Berita Harian26/01/2008
Syarat sistem kemasukan pelbagai mesti adil
PENGUMUMAN Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan akan memperkenalkan sistem kemasukan pelbagai dalam pelantikan jawatan pada semua peringkat, termasuk jawatan kanan dan utama, bagi menarik serta mengekalkan kakitangan terbaik dalam perkhidmatan awam, amat dialu-alukan. Ini bermakna pelantikan bagi jawatan utama yang kini diisi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), akan turut dibuka kepada anggota perkhidmatan awam lain seperti pegawai perkhidmatan teknikal, perguruan, tentera dan polis yang berkelayakan. Langkah itu selaras hasrat kerajaan mengambil bakat terbaik untuk perkhidmatan awam. Kerajaan sudah tentu membuat kajian mendalam dengan mengambil kira segala aspek sebelum pengumuman itu dibuat. Cadangan itu sudah pasti memberi harapan baru di kalangan pegawai semua peringkat di pelbagai jabatan, kementerian dan agensinya. Contohnya, dalam bidang perguruan, sistem baru itu akan memberi nafas baru kepada 350,000 guru yang berkhidmat di 10,000 sekolah seluruh negara. Dengan bilangan terlalu ramai dan jawatan kanan terhad, menyebabkan sebahagian besar mereka selama ini terus bersara sebagai guru. Ketika ini hanya 40,000 guru atau kira-kira 11.42 peratus daripada jumlah guru berpeluang memegang jawatan tinggi sama ada di sekolah, jabatan mahupun peringkat kementerian.


Lepas PRU13 ....Janji Pilihanraya, Ada je alasan untuk tidak mahu tunai janji.

Isnin 21 Julai 2008(Berita Harian)
Dewan Negara: Kerajaan tak cadang satukan skim awam
KERAJAAN tidak bercadang untuk menyatukan pelbagai skim perkhidmatan awam kepada satu skim saja bagi memberi peluang kepada kakitangan sektor berkenaan memegang jawatan lebih tinggi selepas mendapati ia agak sukar dilaksanakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharum, berkata ada lebih 500 skim perkhidmatan awam dan jumlah kini lebih kecil iaitu 200 selepas Skim Saraan Baru (SSB) dilaksanakan.

Selepas SSB, kita sudah menyatukan membabitkan pelayan pejabat, pencari fail dan operator mesin, semua itu sudah disatukan menjadi pembantu pejabat am. "Kebanyakannya tidak dapat disatukan kerana bidang dan tugas adalah berbeza, umpamanya doktor, skim doktor dan skim guru tidak dapat disamakan kerana dari segi kerja, tanggungjawab dan kelulusannya berbeza... ini sukar untuk hendak kita satukan," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Samsiah Samsudin.

Menjawab soalan asal Samsiah yang ingin tahu pendirian kerajaan mengenai permintaan Persatuan Badan Berkanun Malaysia supaya kerajaan menyatukan pelbagai skim perkhidmatan kepada hanya satu skim, Johari berkata, pelaksanaannya akan menghadapi jalan sukar. Johari berkata, dengan ada kepelbagaian skim perkhidmatan mengikut fungsi perkhidmatan masing-masing keupayaan pengurusan sektor awam dapat ditingkatkan.

Katanya, keupayaan pengurusan itu juga dapat dilakukan menerusi penentuan peranan dan huraian tugas, mewujudkan struktur organisasi lebih tersusun, perancangan pembangunan tenaga kerja lebih mantap dan kemajuan kerjaya dijalankan lebih berkesan mengikut keperluan skim berkenaan.

Nota: Presiden Persatuan Badan Berkanun Malaysia; Tan Sri Datuk Dr. Nordin Kardi meminta kerajaan memberi peluang kepada pegawai Non PTD untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan seperti Jawatan KSU dan sebagainya.


Kesan Janji Tinggal Janji ....... Harapan Kami Kini Kepada Pakatan Rakyat

Berita Harian 04/04/2008
Guru tak puas hati undi pembangkang
SHAH ALAM: Kekecewaan kerana kerajaan gagal mengkaji tempoh kenaikan pangkat dan menstruktur semula gaji guru adalah antara punca segelintir daripada mereka mengundi pembangkang pada pilihan raya lalu. Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arshad, berkata ia menimbulkan tidak puas hati guru dan mendorong mereka mengundi pembangkang dengan harapan nasib guru mendapat pembelaan sewajarnya


Lepas PRU13, Contoh PTD tunjuk taring, tunjuk pandai di bidang beliau bukan ahlinya

Berita Harian 29/04/2008
Kesatuan tolak PTD
KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Kesatuan-Persatuan Guru Malaysia, semalam sekali lagi mengingatkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran supaya tidak campur tangan dalam pengurusan dan pentadbiran pada semua peringkat sistem pelajaran.

Berapa % kah PTD bertugas dibidang yang sesuai dengan lulusan/ kemahiran semasa di Universiti? Jadi jangan tuju kpd orang politik, kerana ia dipilih oleh rakyat

Utusan Malaysia 5 Ogos 2008
Exco negeri ada pembangkang tidak berkelayakan
KUALA LUMPUR – Sesi dialog pada Persidangan Perkhidmatan Awam 2008 hari ini menyaksikan rungutan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dari negeri yang diperintah pembangkang kerana sesetengah anggota Exco kerajaan negeri berkenaan didakwa tidak berkelayakan memegang jawatan tersebut.

Salah seorang daripada pegawai kerajaan yang menyertai persidangan itu mendakwa, terdapat Exco di negeri pembangkang yang tidak mahir berbahasa Melayu mahupun Inggeris. ‘‘Malahan ada di antara Exco di negeri pembangkang yang tidak tahu langsung mengenai portfolio atau agensi di bawahnya apalagi bidang tugas mereka sendiri.

‘‘Keadaan ini menyukarkan kami sebagai anggota perkhidmatan awam untuk berurusan dengan Exco berkenaan dan melaksanakan tugas dengan baik,’’ kata salah seorang peserta pada sesi dialog persidangan berkenaan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Bukit Kiara di sini hari ini.

Sesi berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd. Ismail Merican sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Tan Sri Zainul Ariff Hussain merupakan ahli panel. Zaid ketika menjawab soalan yang dibangkitkan berkata, PTD di seluruh negara perlu menerima keputusan rakyat yang memilih individu sedemikian sebagai wakil rakyat. ‘‘Dalam hal ini, pegawai perkhidmatan awam hanya perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin sahaja. ‘‘PTD hanya perlu melaksanakan tugas dan janganlah menghakimi pemimpin sedemikian,’’ katanya.

Lepas PRU13, Kekecewaan terhadap janji kerajaan pada 25.01.08
Berita Harian 04/06/2008
Pegawai profesional tuntut setaraf PTD
Oleh A Ahmad SAYA ingin merujuk kepada surat `Kecewa Pegawai PTD Saja Diberi Peluang Dalam Sektor Kerajaan' yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 Mei lalu mengenai pelantikan wakil atau duta di luar negara. Sebenarnya kekecewaan yang diluahkan `Kakitangan Putrajaya' itu bukan asing dalam perkhidmatan awam. Kekecewaan sebenarnya berlaku memandangkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan saja memonopoli perkhidmatan luar negara, malah juga hampir semua jawatan penting dalam kerajaan.


Kesan Bajet Akibat Ketidakadilan Dalam Perlantikan, Penempatan Dan Kenaikan Pangkat

Bajet : Kos Operasi Mendadak (2 September 2008)
Perbelanjaan operasi dalam Bajet 2009 semakin besar berbanding tahun-tahun sebelum sehingga peningkatannya itu mengatasi keseluruhan peruntukan bajet tiga tahun lalu, kata DAP. Setiausaha publisiti parti itu Tony Pua berkata, jumlah RM154.2 bilion untuk tahun depan melebihi bajet 2006 sebanyak 12.7 peratus daripada jumlah RM136.8 bilion. "Sangat sukar DAP memahami sebab kerajaan meningkatkan perbelanjaan operasi sehingga RM53 bilion atau 52.4 peratus dalam tempoh tiga tahun," katanya.
"Ia meningkat hampir dua kali ganda sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2003."
Pua, yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, berkata parti itu mempertikaikan kecekapan pentadbiran kerajaan apabila perbelanjaan operasinya meningkat dengan begitu cepat sejak 10 tahun lalu (lihat carta)."Ia meningkat 189 peratus sejak 2000," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Adakah perlu di tubuhkan Kesatuan Kakitangan Awam Profesional. Boleh dibentuk daripada gabungan persatuan-persatuan sedia ada seperti NUTP, PERJASA, PERPERTA etc kecuali Persatuan PTD. Barulah ada keseimbangan.

Civil Servant said...

Satu cadangan yang harus diberikan pertimbangan. Boleh dimajukan juga perkara ini ke pihak berkenaan. Namun perlu diperhalusi dengan teliti.

Unknown said...

bagi saya tidak perlu lagi sbb sudah banyak kesatuan ada cuma sekarang perlu menjadi ahli ikut kesatuan yg berkaitan .. masalah banyak pejawat awam tidak menjadi ahli. hampir 400 ribu pejawat awam belum jadi ahli kesatuan.. kalau banyak kesatuan pun susah juga tapi kalau belum ada lagi kena tubuh la supaya suara lebih ramai makin kuat memohon sesuatu dari kita melihat kawan2 lain dok usaha.
kalau perlu boleh kita bincang n jempu buat penerangan pun sedia membantu.boleh hubungi saya kalau sudi nanti saya beri.

Civil Servant said...

Khazim,

Ini yang saya katakan perlu diperhalusi. Jika kesatuan banyak tetapi bagaikan buih di lautan, tidak bermakna juga.

Namun apa yang anda sebutkan mengenai ramai kakitangan awam tidak menjadi ahli mana2 kesatuan adalah benar. Oleh itu satu daya usaha untuk mengkaji kenapa?, dan dari itu kita sama-sama baiki.