Friday, August 15, 2008

Jawatan Elit dan Premier

Nampaknya sekarang segala kursus, bengkel, dan benda-benda biasa yang sebelum ini dibuat di hotel boleh terus diadakan di hotel-hotel. Ternyata industri perhotelan menerima tempias yang paling kuat akibat daripada arahan kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil 4/2008 bertarikh 9 Jun 2008. Kepada yang tidak tahu mengapa tempias ini boleh terjadi, ianya dinamakan 'chain reaction' yang rasanya tak perlulah dihebohkan 'kesan rantaian' ini. Ianya boleh terjadi kepada mana-mana pihak di dalam struktur ekonomi yang berubah-ubah ini.

Salah satu klausa di dalam PP 4/2008 ialah mengenai pewujudan jawatan baru yang dibolehkan hanya kepada bidang pendidikan, penguatkuasaan dan kesihatan. Mungkin ada yang tertanya -tanya mengapa jawatan bagi bidang-bidang tersebut sahaja yang boleh diwujudkan. Ini bermakna jawatan tersebut tidak boleh ditangguhkan atau ditiadakan hatta untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Ini juga bermakna, bidang pendidikan, penguatkuasaan dan kesihatan merupakan bidang yang amat-amat penting kepada Malaysia.

Apabila disebut bidang pendidikan, kita tidak dapat lari daripada para pendidik dan pensyarah, bidang penguatkuasaan pula dengan pasukan polis, penguatkuasa peringkat pusat atau negeri, kesihatan pula dengan pegawai perubatan, ahli farmasi, jururawat, pembantu hospital serta doktor gigi. Ternyata kepentingan para pekerja gomen ini tidak dapat dinafikan lagi, cuma kaedah untuk menghargai kepentingan mereka sahaja kurang diberikan perhatian.

Dengan berdasarkan kepada pekeliling tersebut, bidang-bidang tersebut seperti di atas merupakan 'tulang belakang' kepada sektor perkhidmatan awam. Bidang pendidikan, penguatkuasaan dan kesihatan inilah yang sebenarnya merupakan bidang yang elit dan 'premier' di dalam sektor awam yang banyak mencorakkan halatuju taraf hidup rakyat.

Sukar untuk saya percayai jika ada bidang lain yang mahu mengakui mereka merupakan yang penting dan 'perdana' di dalam sektor awam. Jika ada bidang yang mengakui mereka penting dan 'perdana', sepatutnya bidang yang kononnya 'perdana' itu juga mestilah tidak dikecualikan daripada pewujudan jawatan baru. Iyalah...kalau penting ... bidang tu... kalau penting sudah tentu tiada alasan untuk ditahan perjawatannya.

Saya akui ada bidang-bidang lain yang penting tetapi tidak termasuk di dalam pekeliling tadi namun bidang-bidang tersebut tidaklah mengisytiharkan 'keperdanaan' atau 'keutamaan' mereka secara melalak-lalak tetapi dengan penuh merendah diri.

2 comments:

Anonymous said...

Saya andaikan tuan penulis merujuk kepada group PTD. pada saya, kalau tak di masukkan dalam pekeliling tu, PTD tetap re-org sesuka hati jugak dan tak perlu justifikasi yang kukuh pun untuk re-org. rasanya duit kerajaan habis hanya untuk diberi kepada PTD yang tidak begitu menymbang kepada kemajuan perkhidmatan awam. yalah.. baru grad 4 tahun grad dah jadi Ketua Penolong Setiausaha. bukan dengki tetapi itulah key issue nya yang mana kalau tak dicegah akan meletup satu hari nanti...

Civil Servant said...

eh.. iye ke?