Sunday, May 4, 2008

Semangat Hari Pekerja 2008

Sekali lagi hari pekerja dah disambut oleh mereka yang menyambut. Majlis yang disambut di Bukit Jalil telah selesai dengan acaranya. Kepada pekerja-pekerja yang dianugerahkan dengan anugerah pada Hari Pekerja kali ini, tahniah diucapkan.

Namun begitu kepada para pekerja gomen, sambutan Hari Pekerja yang khusus kepada pekerja gomen ialah pada 10 Mei 2008 yang akan diadakan di diadakan di PICC. Ini merupakan kali kedua acara Hari Pekerja Perkhidmatan Awam diadakan secara lebih menyeluruh. Walaupun begitu, isu-isu yang sama juga masih belum selesai seperti yang telah dinyatakan di dalam blog ini tahun lepas.

Kita memerlukan satu anjakan pengisian di dalam sambutan hari pekerja ini. Pekerja gomen memang menantikan pengumuman yang dijangka akan diumumkan pada majlis tersebut. Pengumuman itu ialah salah satu pengisian di dalam acara 'ucapan berganti-ganti'...biarlah mereka dengan tugas mereka, pengisian lain yang lebih bermakna juga perlu difikirkan.

Pihak penganjur mempunyai masa yang mencukupi untuk menambahbaik sambutan hari pekerja ini. Kita mengharapkan suatu nafas baru dijelmakan terhadap hari pekerja orang gomen...dan saya masih menunggu.

No comments: