Thursday, August 21, 2008

Kontrak ke Tetap

Isu Pekerja Kontrak telah diceritakan di sini. Ianya telah diulas dan kali ini juga diulas sekali lagi oleh KSN tanpa segan-segan lagi. Ini kataya,

Beliau berkata pegawai-pegawai kontrak yang telah berkhidmat secara kontrak selama satu tahun atau lebih, mencapai tahap prestasi yang baik dengan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan melebihi 85 peratus dan diperakukan oleh ketua jabatan harus diutamakan untuk diserapkan secara tetap dalam perkhidmatan awam.

"Janganlah samakan mereka ini dengan pemohon baru kerana pengalaman, pengetahuan serta kemahiran yang mereka peroleh sewaktu bekerja secara kontrak merupakan satu kelebihan dan ia harus dipertimbangkan untuk lantikan tetap," katanya.

Saya bersetuju bahawa ia bukanlah boleh dilantik jawatan tetap dengan automatik, tetapi perlu ada pemberatnya jika mereka pernah dilantik secara kontrak. Berita penuh di sini.

3 comments:

kobe_san@yahoo.com said...

Tumpang tanya boleh? Awak ni pensyarah ke? Pensyarah yang makan gaji buta. Buat ler akademik paper banyak-banyak. Kalau tulis dalam blog boleh, bahan ilmiah pun mesti boleh.

Civil Servant said...

not related

Anonymous said...

Banyak kali bangkit cite ni pun sama je endingnye... Pengambilan baru dibuat berkali2, kontrak tetap kontrak... exam n segala mcm assesment timbang berat sama... persediaan yg cukup tiada berbanding dengan freshie kerana kerja yg ditanggung bagai nak rak...cthnye.. esok nak exam, dua minggu sebelum bertungkus lumus buat persediaan program jabatan... habis program gelabah persediaan xde... mana nak lulus... sori, ayat x tersusun, nak cpt...