tag:blogger.com,1999:blog-4980310176612150151.post2026085195994516997..comments2023-08-16T17:26:17.085+03:00Comments on Penjawat Awam: Gred 41Unknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4980310176612150151.post-3823674303928758272007-09-18T08:22:00.000+03:002007-09-18T08:22:00.000+03:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupaka...Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang penuntut di IPTA dalam jurusan sains pendidikan. Saya agak tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. Bukanlah saya tidak bersyukur mahupun ingin menyalahkan mana-mana pihak, namun sebagai seorang insan, saya ingin keluhan saya didengar oleh pihak-pihak yang terbabit. Untuk pengetahuan anda, saya baru sahaja tamat pengajian dan belum dihantar mengajar lagi. Namun, dari maklumat rakan saya yang telah bekerja sebagai guru (sains pendidikan), mereka mengatakan gaji bersih yang diterima ialah RM2400.00. Dan baru-baru ini rakan saya memberitahu dia diarahkan mengajar matapelajaran goegrafi dan bahasa melayu bagi menengah rendah walaupun dia major dalam subjek biologi. Apa yang lebih menyedihkan, rakan saya tidak mendapat elaun guru sains iaitu lebih kurang RM200.00. Kini, gaji bersihnya hanyalah RM2200.00. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya melihat situasi ini, mengapa guru yang terlatih dalam bidang sains disuruh mengajar subjek sastera yang bukan bidangnya? Bagaimanakah kualiti pengajaran dan pembelajaran yang terhasil dari situasi ini dimana guru mengajar sesuatu yang bukan bidangnya.Dan bagi saya, sungguhpun rakan saya dan saya yakin ramai lagi yang diluar sana menerima nasib yang sama, sungguhpun mereka mengajar subjek sastera, mereka sebenarnya harus dan layak menerima elaun khas guru sains kerana mereka telah bersusah payah belajar dalam subjek sains. Bukanlah niat saya di sini untuk merendahkan subjek sastera tetapi umum harus menerima hakikat bahawa subjek sains terlalu susah jika dibandingkan dengan sastera. Buktinya, lihat sajalah guru-guru sains di Malaysia, sepanjang tempoh pengajian mereka, berapa banyak sijil dekan yang berjaya dikumpul berbanding guru-guru sastera. Selain itu, beza gaji antara guru sains dan sastera dalam RM400.00 juga tidak memadai kerana kesusahan belajar dalam bidang sains(bukan hanya pendidikan tetapi bidang lain seperti kejuruteraan, farmasi, perubatan dan sebagainya) demi memajukan negara agar teknologinya setanding negara-negara maju yang lain terlalu berat. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak terbabit dapat memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru sains agar setimpal dengan apa yang mereka pelajari. Jika anda semua tidak percaya apa yang saya tulis di sini, jalankan lah satu kajian untuk melihat intipati kurikulum bidang sains dan sastera dan lihat perbezaannya. Jika masih tidak puas hati, jalankan kajian dan tanyalah pendapat pelajar-pelajar kita sendiri di IPTA dan IPTS seluruh negara. Pendapat mereka harus kita dengar kerana merekalah pedang negara yang akan mempertahankan kedaulatan bumi tercinta di masa hadapan. Disini, saya dengan merendah diri, ingin memohon beribu-ribu ampun dan maaf jika ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya tulis di sini. Saya juga terlalu berharap agar tulisan saya ini tidaklah disalahertikan oleh mana-mana pihak. Saya sebagai hamba Allah hanyalah sekadar menyatakan pendapat agar di dengar pihak tertentu dan dipertimbangkan, tidak lebih dari itu dan saya juga tidak mempunyai agenda lain.Anonymousnoreply@blogger.com